Tuesday, November 27, 2012

Menarik Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini - 27 Nov. 2012- keluar berita yg menarik dalam akhbar Utusan Malaysia rencana dalam selitan Mega, Utusan Malaysia, mengenai perasmian besar-besaran oleh YAB Perdana Menteri, Najib Tun Razak, dan disertai oleh Menteri Keseniaan, Dr Rais Yatim di PWTC tentang tertubuhnya sebuah yayasan untuk para artis - penyanyi dan pelakon - yg dinamakan Yayasan Artis 1 Malaysia (YAIM) yg dilancarkan pada 11 Nov. 12 yg lalu. Katanya YAIM ini dijelmakan ideanya oleh DJ Dave (= Irwan Shah Abdullah) dan didokongi oleh artis-artis terkenal (yg juga kaya) iaitu M. Nasir, Yusof Haslam, A Rahman Hassan, Nash dan Hattan - artis-artis yg kini hidup mewah dgn sokongan pengikut muda mudi yg banyak. Dulu P Ramlee begitu hebat namun mati miskin. Kini kesemua artis-artis moden taklah sehebat beliau tapi kaya lana, memiliki wang dan harta yg banyak dan pelbagai aset, sehinggakan pelawak yg tak kemanapun dan sepopular manapun memiliki wang yg banyak. Begitulah dunia. Apatah lagi dunia artis - penyanyi dan pelakun.
Saudara, mungkin suatu masa dulu saudara terbaca tentang sumbangan Siti Nurhaliza sejumlah RM 500.0k (= setengah juta) untuk suatu tabung kebajikan, dah lupa apa. Begitulah berjayanya warga artis dalam dunia mereka dan dunia kita. Semakin ramai para artis dan semakin laku dan laris serta kontroversial filem dan lagu-lagu mereka, semakin ramai peminat mereka. Semakin popular pula penampilan mereka dari segi pakaian dan gaya hidup, maka semakin dicontohi oleh generasi muda. Kita ditunjukkan kediaman mewah, kereta mewah, cara dan gaya hidup mewah, bergaulan tanpa sempadan, pendedahan aurat tak jauh bezanya dengan artis Holywood dan Bolywood, skandal mereka, dan sebagainya. Kini sebahagian besar muda mudi meniru penampilan dan gayahidup mereka - siang dan malam takda bezanya, Islam atau tak Islam sama saja! Dan ... semakin berjayalah syaitan melalaikan umat Islam dalam kehidupan mereka. Yg menerajui masyarakat dan ummah lalai dan mendokonginya, dan rakyat biasa semakin juga dilalaikan, sebagaimana kini umat Islam dilalaikan oleh pelbagai media - TV, radio, internet dllnya - dan akhirnya ketika sampai ajal mati masing-masing, tak tahu dan tak sedar mereka dimana kesudahannya ...
Saudara, dilapurkan dalam akhbar tersebut sokongan kerajaan secara formal kepada YAIM ini apabila Najib dilapurkan sebagai bersetuju memperuntukkan sejumlah RM 5.0 juta untuk YAIM, RM 3.0juta katanya akan diperuntukan tahun ini dan selebihnya tahun depan. Memang ramai para artis dan para dermawan yg beragama Islam akan menyumbang kelak untuk memajukan kegiatan YAIM - membantu para artis yg mengalami pelbagai musibah spt Azean Irdawati, Yahaya Sulong dalam program pembelaan YAIM. Tahniah, kita ucapkan.
Saudara, mudah-mudahan salah satu daripada program YAIM itu adalah program keagamaan - mengilmukan para artis tentang Islam dan agama mereka, menyedarkan mereka dimana mereka berada, dan kemana mereka akan tjui apabila sampai ajal mereka. Kerana nyata-nyata mereka disanjung oleh genarasi muda - diidolakan oleh mereka - dan mereka tidaklah mencerminkan keperibadian yg disanjung oleh agama, dan mereka tidak melambangkan ciri-ciri orang Islam yg berada dijalan yg lurus untuk kejayaan akhirat. Mungkin, suatu hari, peneraju dan penaung YAIM akan menyedari bahawa dunia itu hanyalah sementara dan akhirat itu tiada sempadan waktu.
Saudara, kita harus berbangga dengan semangat ingin membantu mereka yg lemah dan mengalami musibah dari mana-mana pihak. Kita juga hargai keperihatinan pihak kerajaan sebagaimana yg dicontohkan oleh sokongan PM dan Menteri kepada YAIM itu. Namun, kita menunggu bilakah masa dan ketikanya PM dan Menteri dan mereka yg berada di kalangan orang Melayu - para ulama' dan ilmuwan serta yg dianugerahkan Allah (a.w) kelebihan di dunia - menyedari bahawa kejayaan dan kesejahteraan akhirat itu bergantung kepada usaha menghapuskan kejahilan, meningkatkan ilmu dan kefahaman, serta melaksanakan ketetapan dan perintah Allah (a.w) dan RasulNya berdasarkan tuntuan al-Quran dan as-Sunnah, yg semakin hari semakin dicemari oleh pemimpin dan umat Islam sendiri, dan kejahilan terhadap Islam yg haq itu semakin menular di kalangan orang Islam sendiri. Jika begitu, mungkin akan terbit keinginan dikalangan mereka menubuhkan sebuah yayasan yg memberikan mereka landasan dan panduan untuk berjaya di akhirat - dapat syurga dan selamat dari neraka - seperti penubuhan 'Yayasan Ilmu' - membimbing umat Islam untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, memahami kehendak dan tuntutan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), menjauhi penyimpangan dan terpesongnya aqidah, dan batalnya amalan. Dengan bekalan kefahaman sedemikian itu, dan mengamalkan ketetapan kedua-duanya, dan melabur pula untuk mendapatkan dividen akhirat, pasti mereka berjaya dan selamat di akhirat ?
Mudah-mudahan Allah (a.w) membukakan hati para 'ulil amri' di Malaysia dan umat Islam amnya, untuk menubuhkan pula YIIM = Yayasan Ilmu 1 Malaysia, yg pasti pula mendapat sokongan padu Allah (a.w) dan para malaikat - malah semua pihak - kerana YIIM itu adalah untuk kebajikan dunia dan akhirat umat Islam, insya Allah
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment