Monday, November 26, 2012

Ilmu, Amalan dan Akhirat: Bid'ah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg terdahulu ita telah senaraikan begitu banyaknya faktor yg menjadi menyebab mengapa manusia, umumnya tak dapat syurga, maka mereka masuk neraka di akhirat kelak. Yg paling utama adalah syurga itu hanyalah diperolehi orang yg agamanya Islam sahaja. Kedua, kalaupun dia Islam tapi jika tidak mengerjakan sebarang amalan dan ibadah yg ditutntut oleh Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tak juga dapat syurga. Jikapun seseorang itu Islam, namun niatnya mengerjakan amalan dan ibadah bukan atas dasar Ayat 57, Surah al-Isra' - kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w), i.e. neraka, tak juga dapat syurga.Kalaupun Islam tetapi tidak berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tak juga dapat syurga.
Saudara, itulah yg diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi) [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (dalam mencari dan mendapat serta mengikuti siratul mustaqim, yakni mendapatkan syurga) (iaitu): Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabi (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)).] [Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, al-Malik, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi]
[Nota: Pesanan ini disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah beliau ketika mengerjakan haji wida’ tahun 9Hijrah. Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’: Surah-surah al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2).  Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud Sunnah Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.]
Untuk mendapatkan syurga amat mudah. Rasulallah (s.a.w) memberi jaminan bahawa jika seseorang Islam dan beriman itu berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah tidak akan sesat mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’, jalan lurus mendapat kerahmatan Allah (a.w), iaitu syurga. Sebenarnya itulah sahaja jalan pintas ke syurga bukan belajar dan mengamalkan pelbagai amalan dan ibadah atau ajakan-ajakan manusia yang sama sekali tidak ada sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Segala sesuatu amalan dan ibadah yang berlainan daripada as-Sunnah adalah kebatilan, yakni kesesatan dan tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, jelas jika seseorang yg Islam dan beriman itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata, pasti dia menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', maka pasti berada di atas 'siratul mustaqim' dan mendapat syurga. kalau berpandukan sesuatu yg selainnya atau menokok tambah kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti, lambat laun, akan sesat.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu manusia, khususnya kita yg Islam, bahawa Islam dan syariatnya telahun sempurna - tidak lagi perlu diubah atau ditokok tambah - Ayat 3, Surah al-Maidah. Justeru itu, segala sesuatu yg diubahsuai pastilah batil.
Perintah ini diulangi pula dalam al-Hadith berikut, apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa syariat agama Islam itu telah sempurna dengan menyebut bahawa Islam itu seumpama sesuatu yang ‘putih’ –malamnya putih sebagaimana siangnya ‘putih’, yakni sudah jelas lagi terang. Tidak meragukan. Hanya manusia yang mencipta dan melakukan sesuatu yang mereka ragu atau dalam kejahilan walaupun Islam dan syariatnya sudah jelas.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku (i.e. selepas ketiadaanku) kecuali rosak (i.e. masuk neraka); Barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai agama Islam), maka (aku mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dansunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham (yakni, peganglah sekuat-kuatnya, jangan lepaskan), dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu sekali lagi Rasulallah (s.a.w) mengistiharkan sebagai panduan dan peringatan kita bahawa syariat Islam sudahpun sempurna. Kalau adapun sedikit perubahan, perubahan yang dibawakan oleh khalifah ar-rasyidian al-mahdiyin itu boleh diambil-pakai sebagai sah dan benar kerana telahpun disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hayatnya bahawa sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah sebahagian daripada as-Sunnah. Perubahan selainnya tidak ada landasan nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith maka tidak boleh seseorang yang Islam itu jadikan panduan atau diterima pakai sebagai Islam dan sebahagian dari syariatnya.
Saudara, kita sebutkan bahawa 'pembaharuan dalam perkara agama' itu adalah batil, kerana menyimpang dari hakikat bahawa syariat agama Islam itu sudahpun sempurna. Sesiapa yg berpandukan hanya a-Quran dan as-Sunnah pastilah berjaya akhirnya mendapat syurga dengan syarat dia mengerjakan amalan dan ibadah yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu mereka dan meninggalkan tegahan dan larangan. Itulah sis perintah Allah (a.w) pada Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Dalam hadith di atas syariat Islam itu sesuatu yg 'putih' - putih siang dan malamnya, maksudnya sudahpun sempurna dan jelas. Maka sesiapa yg mengikuti ketetapan atau ajaran atau perlakuan orang lain, pastilah rosak binasa, i.e. takkan dapat syurga. Seseorang Islam itu wajb belajar, fahami dan akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mengikuti perintah kepiminan mereka dengan taat, walaupun pemimin tersebut orang yg tidak disukai, jika perintah atau suruhan atau ijtihad mereka tidak maksiat atau tidak bertentangan danagn al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya ikuti as-Sunnah - sunnah beliau dan sunnah khailafah ar-rasydin al-mahdiyin selepas beliau. Jika mereka ikuti 'sunnah' orang yg tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah, maka batil segala amalan dan ibadah mereka, maka tergelincir dari 'siratul mustaqim', dan pasti sesat dan pasti tak dapat syurga sebaliknya dapat neraka, wal iya zubillah.
Mudah-mudahan, saudara yg mengikuti blog ini faham. Kefahaman hanya didapati dengan ilmu. Ilmu yg wajib dipelajari hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Hanya panduan al-Quran dan as-Sunnah menjamin kejayaan akhirat.
Saudara, insya Allah kita akan teruskan lagi penelitian kita ketetapan as-Sunnah mengenai kebatilan dalam amalan dan ibadah ini - bid'ah - supaya kita berwaspada, tidak menjerut diri sendiri, menolak kejayaan akhirat yg dijamin Allah (a.w) dan RasulNya, dan sebaliknya memperdagangkan akidah kita kerana desakan dan dorongan manusia.
 
Jazakallahu khairah 
 
 

No comments:

Post a Comment