Wednesday, November 14, 2012

Ilmu dan Kefahaman - Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita melihat firman Allah (a.w) mengenai orang yg mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah, tetapi di akhirat didapati oleh mereka dalam Kitab Catatan Amalan mereka kosong semata-mata - kerana beramal tanpa ilmu. Maka kerana itu batal dan batil amalan mereka - tidak diterima Allah (a.w). Dalam blog ini kita seringkali diperingatkan bahawa seseorang yg Islam dan akui dia beriman tetapi tidak mengerjakan amalan dan ibadah menepati praktikalnya sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), akan mendapati segala amalan dan ibadahnya tidak mendatangkan pahala kerana tidak diterima oleh Allah (a.w). Justeru itu, sebanyak mana sekalipun dia beramal dan beribadah  - secara istiqamah - namun sia-sia sahaja. Kita juga telah tahu bahawa  sistem dan proses pengilmuan yg sah itu adalah secara 'manqul' atau berguru dan belajar secara berdepan dengan membuka al-Quran - jika ilmu al-Quran, atau membuka kitab al-Hadith - jika ilmu as-Sunnah. Proses pengilmuan inilah yg ditunjukkan oleh Allah (a.w) sebagaimana yg diceritakan dalam hadith berikut:
Saudara, dalam hadith kita diberitahu proses mengulangkaji ilmu oleh malaikat Jibril (a.s) ketika menemui Rasulallah (s.a.w) - khususnya mengenai apakah yg sebenarnya dimaksudkan dengan kalimah 'Islam', 'Iman' dan 'Ikhsan'. Yg penting untuk penelitian kita dalam post ini adalah kaedah penyampaian dan pembelajaran ilmu apabila Rasulallah (s.a.w) di ajar dan kemudian diulangkaji oleh Rasulallah (s.a.w) di hadapan Jibril (a.s).
Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) berkata: ‘Pada suatu hari kami duduk beserta Rasulallah (s.a.w), datang kepada kami seorang lelaki yang memakai pakaian serba putih (yang bersih) dan rambutnya sungguh hitam. Tidak kelihatan tanda-tanda dia dalam perjalanan (yakni, orang bermusafir) dan tidak seorangpun dari kalangan kami mengenali dia. Dia kemudian duduk hampir dengan Rasulallah (s.a.w), dan meletakkan kepala lututnya dekat peha Rasulallah (s.a.w), seraya berkata: ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Beritahu aku tentang ‘Islam’. Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Islam’ itu bahawa kamu naik saksi (bersyahadah) bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah (a.w) dan Muhammad (s.a.w) itu Pesuruh Allah (a.w), dan kamu hendaklah mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji di Baitullah (Kaabah), jika kamu dapat mencari jalan kepadanya (yakni, mempunyai kemampuan untuk perjalanan ke Mekah, yakni datang naik haji).’ Dia (Jibril)  menjawab: ‘Benar kata engkau.’ Kami (kata Omar) sungguh hairan kerana dia yang bertanyakan pada Rasulallah (s.a.w) dan kemudian dia pula membenarkannya (jawapan Rasulallah (s.a.w)). Kemudian dia  (Jibril) bertanya pula: ‘Beritahu kepadaku tentang ‘Iman.’ Maka Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Iman’ itu bahawa kamu yakin (percaya) dengan wujudnya Allah (a.w), para malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya, hari akhirat dan qadar (baik dan buruk).’ Dia (Jibril) berkata: ‘Benar kata engkau itu.’ Kemudian dia (Jibril) bertanya pula: ‘Beritahu aku apa dia ‘ikhsan’?  Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Ikhsan’ itu bahawa kamu mengabdikan diri kepada Allah (a.w) seolah-olah kamu dapat melihat Dia (Allah (a.w)), kerana walaupun kamu tidak dapat melihatNya, Dia (Allah (a.w)) melihat kamu.’ Kemudian dia (Jibril) bertanya: ‘Beritahu aku tahu tentang bila akan terjadi Qiamat.’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Mengenai bila Qiamat itu, orang yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada orang yang menanya.’ Kemudian dia bertanya: ‘Beritahu kepadaku apakah tanda-tanda akan terjadi Qiamat?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Akan terjadi Qiamat itu apabila hamba sahaya perempuan melahirkan anak tuannya, engkau akan melihat orang-orang yang berkaki ayam, yang bogel, yang melarat, gembala kambing bersaing-saingan (yakni, berlumba-lumba) mendirikan (i.e. membangunkan) bangunan-bangunan yang tinggi (mencakar langit).’ Orang itupun (Jibril) beredar (yakni, pergi).
Aku (Omar berkata) menunggu beberapa ketika (atau, hari)(di dalam hadith lain disebutkan bahawa Omar (r.a) sering ingin bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) siapa gerangan orang yang datang tersebut). Selepas tiga hari berlalu dia menemui Rasulallah (s.a.w)), kemudian Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wahai Omar (r.a)! Tahukah engkau siapa yang bertanya itu?’ Lalu menjawab (Omar (r.a)): ‘Hanya Allah (a.w) dan RasulNya sahaja yang tahu.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dialah Jibril (a.s). Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu.’ [Hadith Muslim & at-Termidzi, dll]
Saudara, yang penting kita hendak teliti dalam hadith di atas itu adalah hadith tersebut menunjukkan atau membuktikan bahawa tradisi dan proses pengilmuan dalam Islam itu adalah proses pemanqulan (yakni, ada orang berkata, yakni menyampaikan, dan ada orang mendengarnya). Pengilmuan adalah secara berguru yang mendapat ilmunya dari sumber yang sah. Jibril (a.s) mendapat ilmunya daripada Allah (a.w), yang memerintahkannya untuk membawanya kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) mendapat ilmunya daripada Allah (a.w) melalui wahyu atau disampaikan oleh Jibril (a.s) apabila perlu ditunjukkan cara dan kaedah melaksanakannya. Hadith di atas adalah antara hadith yang menunjukkan kaedah pembelajaran ilmu dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) menerima ilmu mengenai Islam dan syariatnya daripada Jibrail (a.s) dan Jibril (a.s) mendapat ilmunya daripada Allah (a.w). Beliau mengajarkan Rasulallah (s.a.w). Atau Allah (a.w) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu (kerana tidak ada manusia yang boleh berdepan dengan Allah (a.w).
Saudara, hadith ini mermuskan apakah yg dimaksudkan dengan Rukun Islam, Rukun Islam dan ikhlas atau ikhsan dalam mengerjakan amalan dan ibadah menepati apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (.a.w) - iaitu bilapun ketikanya dan dimanapun seseorang Islam yg beriman itu berada, Allah (a.w) tetap bersamanya - mengetahui apa yg dikatakannya dan yg dilakukannya. Dan, dua malaikat akan sentiasa bersamanya mencatitkan segala kata-kata dan perbuatannya - malaikat Rakib dan Atit atau Kiraman dan Katibin Selain itu, bagi kita yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita juga tahu bahawa bumi akan melapurkan kpd Allah (a.w) segala sesuatu yg dilakukan oleh manusia ketika berada di atas perutnya atau belakangnya.
 
Jazakallau khairah

No comments:

Post a Comment