Friday, November 23, 2012

Amalan Bulan Muharram: Puasa Asyura

Assalamualaikum,
Saudara dalam post yg lalu kita telahpun peringatkan saudara yg mengikuti blog ini bahawa satu amalan yg amat menguntungkan orang yg beriman, yg inginkan kejayaan akhirat adalah mengerjakan Puasa Asyura pada 9 Muharram atau 10 Muharram atau, terbaik, dua hari pada 9 dan 10 Muharram.
Saudara, hari ni - hari Jum'at, 23 Noveber 2012, adalah 9 Muharram dan esok, Sabtu, 24 November 2012, adalah 10 Muharram. Mudah-mudahan saudara tidak lepaskan peluang untuk menguntungkan diri saudara, dengan mengerjakan Puasa Asyura ini - sehari atau dua hari. Kalau sehari buatlah esok - 10 Muharram. Apakah keuntungannya? Tak dapat dinilai kerana mengerjakan Puasa Asyura Allah (aw) ampunkan dosa kita selama setahun - iaitu mulai 9 Muharram tahun 1433 hinggalah 9 Muharram 1434 - setahun. Saudara, sekurang-kurangnya setahun dosa telah terhakis. Demikianlah keuntungan yg didapati oleh orang yg mengerjakan Puasa Asyura itu dengan niat mengikuti firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra': 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahkhafu azabahu' (yg bermaksud: mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka).
Saudara, apabila Islam menyebut niat yg ikhlas, maksudnya niat yg menepati firman Allah (a.w) tersebut - itulah niat yg haq yg diajarkan sendiri oleh Allah (a.w) kepada hamba-hambaNya yg beriman.
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment