Sunday, November 18, 2012

Ilmu, Amalan dan Akhirat - Berjema'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti secara sambil lalu beberapa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunah mengenai tajuk di atas.
Saudara, dewasa ini kerana begitu kuatnya pengaruh politik Amerika. maka umat Islam tidak berani menyuarakan pendirian hakiki Islam dalam perkara jema'ah. Kerana mereka berdepan dengan jema'ah umat Islam yg radikal sebagimana al-Qaeda, Taliban, Jema'ah Islamiah yg dicop sebagai pertubuhan pengganas atau terrorists. Begitu jugalah beberapa perkumulan Islam lain yg dipimpin oleh pemimpin yg radikal. Di Malaysia sendiri kerajaan tidak membenarkan perkumpulan yg menamakan kumpulan mereka 'jema'ah umat Islam', apatah lagi kalau dianggap perkumpulan radikal Islam.
Walau apapun keadaan atau sinario dunia semasa, kita telahpun lihat dalm post yg lalu bahawa berjema'ah itu adalah perintah mutlak Allah (a.w) - Ayat 103, Surah ali-Imran dan juga Ayat 59, Surah an-Nisa'. Jema'ah yg menepati ketetapan Allah (a.w) wujud zaman Rasulallah (s.a.w) apabila umat Islam dipimpin oleh Rasulallah (s.a.w) sendiri. Kemudian, apabila Rasulallah (s.a.w) wafat, umat Islam sekali lagi melaksanakan perintah Allah (a.w) dalam berjema'ah itu dalam zaman Abu Bakar, khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg pertama, kemudian diteruskan di bawah Omar ibni hattab (r.a), kemudian oleh Othman b Affan (r.a), selepas terbunuhnya Omar, dan akhirnya dibawah kepimpinan Ali b Abi Thaib (r.a). Umat Islam berjema'ah selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) selama 30 tahun. Bermula zaman kekhalifahan Ali (r.a) umat Islam mula berpecah-belah apakala Mu'awiwah Abu Sufyan menjadi pemimpin wilayah Iraq di Baghdad. Maka bermulalah zaman kepimpinan umat Islam secara kekeluargaan ('hereditary), tidak lagi melalui proses pemilihan oleh umat Islam sendiri siapa yg patut memimpin umat Islam. Hari ini tidak ada sistem kerajaan dan pemerintahan yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu.
Saudara, ketetapan berjema'ah dalam Islam itu tidak dibatalkan oleh Allah (a.w), namun masyarakat Islam tidak melaksanakannya. Antara faktor utama yg menjadikan sedemikian keadaan adalah kuatnya pengaruh fahaman politik dan sistem pemerintahan feudal atau pengaruh pemikiran dan institusi Barat dalam yg mempelopori sistem pemerintahan dan kepimpinan model ciptaan manusia, yg dilabelkan sebagai 'demokrasi'. Mengikuti hancurnya sistem pemerintahan cara Islam itu, iaitu berjema'ah, maka timbul pulalah pengaruh kemazahaban, 200 atau 250 tahun selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Bagi mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara manqul - kaedah pengilmuwan yg diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) - mereka mendapati betapa jauhnya penyimpangan umat Islam dalam banyak perkara, termasukah dalam perkara aqidah, politik dan amal serta ibadah wajib dan sunat yg ditetapkan oleh Allah (.w) dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Jika kita teliti penyimpangan yg berlaku kerana pengaruh kemazhaban, kita akan dapati bukan sahaja banyak amalan dan ibadah yg baru menular masuk dalam syariat dan aqidah serta amalan umat Islam masa kini, yg kononnya dikatakan dianjurkan oleh personaiti yg mereka katakan sebagai pengasas fahaman kemazhaban tersebut. Selain fahaman Syi'ah, dalam kumpulan Sunni, terdapat 4 mazhab yg utama, iaitu Mazhab as-Syafie (katanya diasaskan oleh Imam as-Syafie), Mazhab Hanbali (yg dikatakan diasskan oleh Imam Ahmad ibni Hanbal), Mazhab Hanafi (yg dikatakan diasaskan oleh Imam Abu Hanifah) dan Mazhab Maliki (katanya, dimulakan oleh Imam Malik). Bagi mereka yg belajar secara manqul ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka tahu dan faham, berlaku dan terdapat beberapa perbezaan yg ketara dalam aqidah dan amalan dan ibadah. Dalam perkara amalan dan ibadah - ditinjau dari konteks bentuk-bentuknya, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, sudah berlainan dari apa yg ditetapkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka juga tahu bahawa kesemua tokoh yg dikatakan menjadi pengasas atau pemimpin fahaman kemazhaban tersebut adalah ulama' muhadithin (ulama' pengumul hadith-hadith Rasulallah (s.a.w).
Saudara, ada seramai 49 atau 51 orang ulama' muhadithin, termasuklah orang yg lebih dikenali oleh pengumpul hadith, iaitu Imam Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasa'ie, Abu Daud dan Ibnu Majah - yg kitab-kitab himpunan hadith mereka dianggap sahih lagi muktabar sebagai panduan as-Sunnah yg sah - Kuttubul Sittah. Termasuk dalam senarai ulama' muhadithin tersebut adalah mereka yg dikatakan 'Pengasas' fahaman kemazhaban iaitu Imam as-Syafie (Kitab agungnya - al-Umm), Imam Ahmad ibni Hanbal (kitab utamanya - al-Musnad), Imam Abu Hanifah dan Imam Malik (kitab utamanya - al-Muato'). Namun mereka lebih ditonjolkan oleh masyarakat Islam sebagai 'pengasas mazhab'. Mereka kurang dikenali sebagai ulama' muhadithin mungkin, kerana lebih dikenali sebagai 'Imam Mazhab'.
Saudara, jikalah Imam as-Syafie itu mengajarkan sesuatu kelainan dalam syariat Islam menyentuh amalan dan ibadah, contohnya, pastilah beliau menulis sesuatu yg berbeza dari ketetapan as-Sunnah dalam kitab-kitabnya, terutama al-Umm. Oleh kerana mereka adalah ulama' muhadithin, walaupun tidak setaraf Imam Bukhari dan Muslim dan juga ulama' Kuttubul Sittah yg lain, namun hadith-hadith sahih yg mereka kumpulkan tidak berbeza dengan hadith-hadith yg terdapat dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim atau mana-mana kitab Kuttubul Sittah yg lain. Malah Imam as-Syafie dalam kitab agung beliau - al-Umm - tidak memberitahu bahawa Nabi (s.a.w) menganjurkan kita membaca 'Nawaitu ...' ketika nak berwudu' atau membaca 'Usolli ..' ketika memulakan solat atau membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Malah Imam as-Syafie sendiri tidakpun menganjurkan dalam kitabnya bahawa kalimah-kalimah 'baru' dan 'atmbahan' itu dibaca! Malah dalam satu post dalam blog ini lama dulu, kita telahpun lihat deklarasi oleh imam-imam mazhab tentang ajaran mereka. Kita rumuskan bahawa mereka mengatakan apa-apa yg diajarkan oleh mereka jika didapait berbeza atau berlainan dari as-Sunnah, maka mereka inginkan murid-muridnya atau pengikutnya buanglah ajarannya atau pendapatnya, dan ambil ketetapan as-Sunnah, itu yg benar. Malangnya hari ini, begitu berbagai ajaran yg dikatakan ajaran mazhab yg diamalkan oleh pengikut mazhab, yg jika disemak dan diteliti dengan ajaran 'pengasas-pengasas' tersebut, jelaslah bukan datangnya dari mereka. Jika begitu siapa yg memulakan pembaharuan tersebut, kemudian dilabelkan oleh mereka sebagai ajaran 'pengasas mazhab' berkenaan.
Saudara, hari ini amalan umat Islam sudah begitu berkecamuk. Kalau tidak mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah - berpandukan kitab-kitab hadith yg muktabar tersebut, keIslaman kita - malah aqidah kita - akan tergugat, maka tergelincirlah kita dari 'siratul mustaqim' tersebut, maka akibatnya, kita mencari kerahmatan Allah (a.w) untuk dapatkan syurgaNya, kita terjerumus ke dalam neraka kerana aqidah dan amalan serta ibadah yg terpesong jauh dari yg benar! Yg rugi kita. Tanpa kita sedari kita sudah melencong jauh dari jalan tersebut. Kita mungkin merasa selesa telah beramal dan beribadah sebaik mungkin dan sekuat mampu kita, namun amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w) kerana lari dari spesifikasi Allah (a.w) dan berbeza dari yg dicontohkan atau didemokan oleh RasulNya, wal iya zubillah.
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu kewajipan berjema'ah dalam Islam. Tapi, apakah wujud 'jema'ah' sebagaimana yg dicontohkan dan dipraktikkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w)? Dalam satu hadith (rujuk post sebelum ini) Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kita umat Islam supaya berjema'ah, kerana Allah (a.w) perintahkan dia supaya wujudkan jema'ah, tapi malangnya hari ini tiada perintah sedemikian dilaungkan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam. Justeru itu, Islam kita pincang. Ramai antara kita yg akui kita adalah 'ahlus sunnah wal-jama'ah', tapi sebenarnya kita tak menepati 'ahlus sunnah' dan tak pula menepati 'ahlu jema'ah' - kerana kita tak ikut as-Sunnah sepenuhnya dan kita juga tak berjema'ah. Tapi, majoriti umat Islam di Malaysia merasa selesa. Mereka beranggapan bahawa mereka berada di jalan yg benar untuk dapatkan syurga, walhal pra-syarat untuk dapatkan syurga itu masih belum dipenuhi ...
Saudara, insya Allah, dengan berdasarkan ilmu, kita akan teliti hakikat berjema'ah ini dalam post-post yg akan datang. Kemudian kita akan teliti pula tajuk 'bid'ah' yg merupakan penyimpangan dalam perkara memenuhi pra-syarat 'ahlus sunnah' itu. Kemudian saudara boleh timbang sendiri apakah saudara berada di atas 'siratul mustaqim' dan dimanakah saudara berada dalam menyediakan diri untuk akhirat, selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga ...
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment