Friday, November 9, 2012

Ilmu dan Amalan

Assalamualaikum,
Saudara, dalam membincangkan tajuk 'Imu - Dunia dan Akhirat', kita telahpun faham bahawa ilmu itu amat utama dalam proses menyediakan diri untuk kejayaan dan kesejahteraan akhirat. Kita teruskan lagi melihat apakah implikasinya mempelajari dan memahahi Islam melalui imu ygbenar - al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kita lihat beberapa dimensi lagi supaya kita dapat memandu kehidupan yg mendatangkan manfaat akhirat dan kejayaan di akhirat.
 
Ilmu dan Amalan
 
(a) Syurga bagi orang yg mengerjakan amalan/ibadah 
 
Firman Allah (a.w) (i.e. zat yg maha perkasa (mulia) dan maha agung): ‘Wa-tilkal-jannatul-Lti urithtumuha bima kuntum ta’lamuna.’ (Yg bermaksud: Demikianlah syurga itu diwariskan (i.e. diberikan) sebab apa-apa yg ada kamu beramal (i.e. mengerjakannya) (i.e. apa-apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya)). [Ayat 72, Surah az-Zuhruf]
[Nota: Firman Allah (a.w) menyebutkan bahawa sesiapa yg inginkan mendapat syurga di akhirat nanti, hendaklah dia mengerjakan amalan dan ibadah. Islam sahaja tak dapat. Tanpa amalan dan tanpa mengerjakan ibadah, pasti tak dapat syurga walaupun Islam. Dan, kita diberitahu bahawa hendaklah kita amalkan atau ibadah sesuatu perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) hanya berdasarkan ilmu – tidak diterima amalan dan ibadah yg dikerjakan tanpa ilmu (atau dalam kejahilan) – Ayat 36, Surah al-Isra’ : ‘wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan atau buat sesuatu (amalan dan ibadah) yg kamu tiada imu mengenainya) dan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘al-Ilmu qabla ‘amal’ (yg bermaksud: Berilmu dahulu sebelaum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah). Dengan syarat ilmu yg diwajibkan digunapakai dalam mengabdikan diri (i.e. beramal dan beribadah) adalah al-Quran dan as-Sunnah). Dalam al-Hadith kita diberitahu Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘amila ‘amilan laisa amruna fahua raddun’ (yg bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan (i.e. termasuk ibadah) yg tiada didatangkan (atau dibawakan atau dicontohkan oleh aku (Nabi)), maka amalannya ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)]. 
 
(b) Darjat dalam syurga itu bergantung kepada amalan 
 
Berfirman Allah (a.w): ‘Wa-likulli darajatun mimma ‘amilu wa-ma rabbuka bi-ghafilin ‘amma ta’maluna.’ (Yg bermaksud: Bagi setiap darjat dari apa-apa yg mereka kerjakan, dan tiadalah Tuhan kamu (Muhammad (s.a.w)) lupa dari apa-apa yg mengerjakan mereka.) [Ayat 122, Surah al-Al’am]
[Nota: Darjah keimanan dan ketaqwaan seseorang iman itu bergantung kepada amalan dan ibadah yg dikerjakan, dan setiap sesuatu yg dikerjakan – baik atau buruk itu – Allah (a.w) mengetahui dan tidak akan tersembunyi (kerana Buku Catatan Amalan kita itu sentiasa tergantung dileher kita dan kita tulis sendiri segala yg kita kerjakan (dan katakan), dan dua malaikat (Rakib dan Atit) juga sentiasa bersama kita dan menulis segala amalan dan kata-kata kita, sampailah kita mati atau hilang akal. Darjat manusia itu tidak ditentukan oleh perkara-perkara duniawi.] 
 
(c) Buat/Kerjakan kebaikan untuk diri, kerjakan kejelikan tanggung atas diri 
 
Firman Allah (a.w): ‘Man ‘amila solihan falinafsihi wa-man asa-a fa-‘alaiha wa-ma rabbukan bi-zollmin lil-‘abidi.’ (Yg bermaksud; Sesiapa yg beramal (dgn amalan) kebaikan maka manfaatnya bagi dirinya, dan sesiapa yg mengerjakan keburukan (i.e. amalan yg buruk) maka berat atas dirinya, tiadalah Tuhan engkau (Muhammad (s.a.w)) dengan menganianya pada beberapa hamba-hambanya.) [Ayat 46, Surah al-Fusilat]
[Nota: Orang iman itu diperingatkan bahawa segala kebaikan yg kita lakukan (atau katakana) menguntungkan akhirat kita, kerana diberi ganjaran pahala (dan digandakan pula), sesuatu keburukan (atau kejahatan) yg kita kerjakan (atau kata-kata yg buruk) akan mendatangkan dosa, maka kita akan menanggung padahnya. Kebaikan dibalas dgn dpahala dan kejahatan dibalas dgn dosa. Kalau berdosa beratlah seseorang menanggungnya di akhirat kelak, apabila ditimbang dosa-pahala, dan dibersihkan dosa dalam neraka.]
Saudara, insya Allah kita akan sambung lagi penelitian kita dalam post-post selanjutnya kelak.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment