Monday, November 19, 2012

Ilmu, Amalan dan Akhirah - Berjema'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat perintah Allah (a.w) - Ayat 103, Surah ali-Imran dan kemudian perintah Rasulallah (s.a.w) - hadth Muslim, tentang kewajipan berjema'ah. kila lihat sepotong lagi hadith aitu berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.' [Maksud (sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyendiri, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga (yakni, pasti dalam syurga) maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang  Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, sentiasalah dia mengasihi saudara sesama Islam dan bantu membantu satu sama lain.] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (Fitnah)] 
Hadith di atas itu menyebutkan sekali lagi bahawa Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) melalui pesanannya atau wasiatnya. Seseorang yang Islam itu wajib mengamalkan Islam berjemaah. Dan, hendaklah dia takuti dan jahui perbuatan atau amalan berfirqah-berfirqah, yakni menubuhkan perkumpulan-perkumpulan memecahbelahkan umat Islam. Hadith tersebut menyebutkan bahawa wasiat Rasulallah (s.a.w) tersebut adalah kepada para sahabat (khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), kepada para tabi’in, kepada para pengikut tabi’in (yakni, tabi’in at-tabi’ina dan mereka yang mengikuti mereka pula, yakni para tabi’ahum ila yaumiddin). 
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa akan wujud sinario dalam Islam fitnah (cubaan) yang menggugatkan keimanan seseorang Islam, apabila berlaku seseorang Islam sanggup bersumpah walaupun tidak disuruh bersumpah, dia secara sukarela bersumpah. Dan, akan wujud pula sinario dalam Islam bilamana seseorang Islam itu meminta menjadi saksi walaupun dia tidakpun disuruh atau dipinta menjadi saksi, kesemua ini adalah fitnah dalam Islam. Dalam membayangkan sinario masyarakat Islam sedemikian itu, Rasulallah (s.a.w) berwasiat dengan wasiat-wasiat berikut: 
(a)      Pertama, jika seseorang Islam itu beriman dan sebenarnya beriman dan inginkan berada di dalam syurga di akhirat kelak, hendaklah dia berada dalam Jemaah Islam, yakni menganuti ugama Islam secara berjemaah;
(b)  Kedua, orang Islam diwasiatkan supaya jangan berfirqah atau berkumpulan-berkumpulan dalam Islam, kerana mereka yang sedemikian itu tidak secocok dengan Islam yang mensyaratkan umatnya berjemaah; 
(c)      Ketiga, orang Islam yang beriman itu hendaklah dia jangan menyendiri bersama-sama seorang wanita kerana akan ada bersama mereka berdua itu oranag yang ketiga, iaitu syaitan, yang akan menghasut serta memujuk mereka melakukan kejahatan; 
(d)       Keempat, seseorang yang beriman itu jangan sekali menyendiri, apatah lagi meningalkan jemaahnya, kerana apabila menyendiri orang kedua yang bersama-samanya adalah syaitan, maka akan menyelewengkan akidah dan keimanan serta keIslamannya. Maka dengan itulah, Rasulallah (s.a.w) berpesan bahawa jika seseorang yang beriman itu inginkan dirinya berada di tengah penghuni syurga di akhirat kelak, hendaklah dia sentiasa berada dalam jemaahnya. 
Hadith di atas seterusnya memberitahu umatnya bahawa tanda-tanda orang yang beriman itu adalah: pertama dia sentiasalah berusaha menyenangkan hati atau mengembirakan, yakni berbuat baik dan menolong saudaranya sesama Islam; dan kedua, tidak mempersulitkan saudaranya sesama Islam dan hendaklah berusaha memudahkan saudaranya sesama Islam, dan itu adalah sifat-sifat seorang yang beriman. 
[Nota: Semasa Aisyah (r.ah) tertinggal dari kabilah Rasulallah (s.a.w) suatu hari, kerana mencari kalungnya (rantai lehernya yang dipinjamnya dari kakaknya terjatuh), beliau mencarinya, dan beliau dituduh oleh orang melakukan sesuatu yang maksiat. Aisyah (r.ah) tidak pula bersumpah apa-apa, walaupun dia dalam kebenaran. Sehinggakan Allah (a.w) yang membela dia dengan turunnya ayat al-Quran tentang tayamum, kerana Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat yang mencarinya tidak menemui air ketika tiba waktu bersolat. Peristiwa itu mendatangkan kerahmatan kepada umat Islam apabila Allah (a.w) menurunkan ayat yang memberi kemurahan kepada mereka supaya, jika tiada air, bertayamum untuk mengerjakan solat, kerana solat fardu itu wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun selagi manusia itu tetap siuman!]

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment