Assalamualaikum,
Saudara, meneruskan penelitian kita tentang tajuk di atas dan isu-siu yg telahpun dibangitkan dalam post-post yg lalu, kita lihat beberapa hadith lagi:
Ilmu juga menentukan apakah kita tergolong orang iman yg terbaik pada kaca mata Islam. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Orang
Iman Terbaik
Saudara, hadith di bawah ini walaupun pendek dan ringkas, tetap memberikan panduan hidup yg amat berharga.
Sabda
Rasulallah ((s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah seorang iman yang
bercita-cita ingin meraih kejayaan dalam urusan dunia dan (juga) (ingin meraih
kejayaan dalam) urusan akhiratnya.’[Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan]
Saudara, hari ini walaupun umat Islam tidaklah seramai umat yg bragama selain Islam, namun jikalah mereka semuanya faham Islam dan tuntutannya, pastilah mereka maju dan setanding dgn kejayaan umat manusia beragama lain. Mereka yg berjaya dunia dan harian itu adalah merka yg mencari 'excellence' dalam perkara dunia dan 'excellence', yakni syurga tertinggi di akhirat kelak. Ini hanya boleh dcapai kalaulah kita jadikan panduan Rasulallah (s.a.w) di atas itu panduan dan misi hidup kita. Semua ini diperolehi hanya dengan ilmu.
Melalui ilmu kita berjaya di dunia - berjaya mendapat sara hidup yg lebih dari mencukupi untuk diri dan keluarga kita, kemudia selebihnya ita dapat membela agama Allah (a.w) dan orang iman yg memerlukan.
Saudara, di dalam suatu hadith qudsi, Rasulallah (s.a.w) melafazkan firman Allah (a.w) yg berbunyi bahawa harta itu adalah milik Allah (a.w) dan syurga itu adalah milik Allah (a.w), maka Allah (a.w) menyuruh manusia beli syurga Allah (a.w) dgn harta Allah (a.w). Orang kaya raya itu mempunyai sumber yg membolehkan dia menempah tempat tinggal di dalam syurga firdaus, syurga yg tertinggi dan teragung daripada sebanyak 100 tingkat syurga di akhirat kelak. Namun hari ini orang Islam yg kaya merasai bahawa kerana usahanya dan kepandaiannyalah dia kaya, tanpa disedari bahawa segala sesuatu yg dia miliki dan perolehi adalah pemberian Allah (a.w) semata-mata.
Diriwayatkan
hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yang)
sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yang tidak meninggalkan
dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana
urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali).
Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu
bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar]
Saudara, dalam hadith di ats itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa orang yg excellent dalam dunia dan akhirat itu adalah orang yg disebutkan dalam hadith tersebut. Dia berusaha sekuat mampu untuk mendapatkan kejayaan dunia dan pada masa yg sama tidak alpa dia mencari kejayaan terbaik pula untuk akhiratnya. Malangnya hari ini ramai orang Islam yg berusaha sekuat-kuatnya siang dan malam melakukan segala macam usaha demi mencari kekayaan dunia, sehingga lupakan tanggung jawab terhadap Allah (a.w). Dan, ramai pula yg merosakkan kebaikan akhiratnya kerana mencari dunianya 24 jam sehari. Dia lupa nasihat bahagian kedua hadith di atas itu, iaitu segala sesuatu yg kita lakukan di dunia ini ada kesan dan akibat terhadap kesudahan akhirat kita.
Saudara, mudah-mudahan tidaklah kita lupa dalam mencari kesenangan dunia itu, kita juga utamakan menyediakan diri untuk kejayaan akhirat. Akhirat itu lebih.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment