Saturday, November 10, 2012

Ilmu dan Amalan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita masih meneliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang tajuk 'Ilmu - Dunia dan Akhirat' dan tajuk yg berkaitan 'Ilmu dan Amalan'. Dalam posy ini kita tengok peringatan yg pendek tetapi padat menyentuh ilmu dan amalan.
Saudara, kita sudahpun tahu bahawa dalam Islam ilmu itu amat utama. Sbagai seorang Islam, kalau kita inginkan kejayaan di dunia, pesan Rasulallah (s.a.w), hendaklah kita mempunyai ilmu. Dan, begitu juga, sabda Nabi (s.a.w), kalau kita inginkan kejayaan akhirat, hendaklah kita memiliki ilmu mngenai akhirat. Dengan ilmu itu kita boleh tahu apa yg boleh dan apa yg tak boleh kita kerjakan (dan katakan) dalam Islam, kerana setiap kata-kata yg terkeluar dari mulut kita mendatangkan dosa dan pahala. Setiap sesuatu yg kita lakukan dalam hidup kita juga, kita mendapat sama ada dosa atau pahala, terpulang kepada apakah baik atau buruk kerja yg kita lakukan. Dengan ilmu kita boleh bercakap dengan baik dan melakukan segala sesuatu yg baik, yg merupakan pelaburan pahala untuk akhirat kita. Kalau kita orang kaya - jutawan atau bilioner - kita tau apakah akibat dari harta dan kekayaan yg kita miliki kepada kebajikan akhirat kita. Jika kita bazirkan harta kita. Atau, kita belanjakan harta kita untuk keburukan (i.e. kemaksiatan) atau untuk tujuan batil, apa yg berlaku pada kita di akhirat. Kalau kita orang berpengaruh, apakah bekalan akhirat yg boleh kita kumpulkan kerana pengaruh kita. Kalau kita berkuasa menentukan sesuatu, apakah yg akan kita dapati di akhirat kalau kita gunakan pengaruh kita untuk kebatilan. Kalau kita seorang pemimpin negara atau masyarakat atau kelompok/qariah kecil sekalipun, kedudukan tersebut memberi peluang kepada kita untuk melakukan kebaikan atau kebatilan, hasilnya kita akan dapati di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kita bahawa segala sesuatu yg kita lakukan ketika hidup memberi kesan baik atau buruk kepada kita di akhirat, dan kita tidak akan dizalimi atau dianianyai. Kita buat kita dapat, bukan Allah (a.w) yg membeza-bezakan kebajikan diri kita di akirat.
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah sebutkan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam itu mengilukan dirinya. Dalam Islam tiada penamat dalam perkara menimba dan mencari ilmu - ilmu itu dipelajari dari semenjak kita dalam buaiyan sehinggalah sampai ajal kita. Ilmu dunia ada penamatnya. Kita boleh berhenti belajar setelah mendapat Ph D, contohnya, kerana itulah semaksimum pencapaian dalam perkara ilmu dunia. Dalam ilmu akhirat tiada penyudahnya.
Saudara, kita juga diberitahu dalam sepotong hadith bahawa:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Neraka itu bagi orang yang mengerjakan amalan (atau ibadah) tetapi jahil (i.e. tiada ilmu megenai amalan atau ibadah tersebut), dan neraka itu juga adalah untuk orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya (i.e dia tahu dan faham tetapi enggan atau lalai tidak mengerjakannya).'
Saudara, majoriti umat Islam hari ini mengerjakan amalan atas dasar ikut-ikutan dan pengalaman atau ajaran nenek moyang mereka atau guru-guru mereka atau ustaz-ustaz mereka, yg mereka sendiripun belum dikatakan berilmu atau mereka berama secara taklid, yakni orang kata gitu atau buat gitu, kitapun buat gitu. Kita takpun pasti apakah itu bentuk amalan yg diterima Allah (a.w)? Kalau bentuk amalan itu betul, apakah cara dan kaedah mengamalkannya itu betul? Justeru itu, kita telahpun lihat dalam post yg lalu bahawa orang Islam itu wajib mengetahui segala sesuatu amalan dan ibadah yg mereka kerjakan, apakah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) atau Rasulallah (s.a.w). Kalau kita jahil (i.e. tak berilmu) mengenai amalan atau ibadah yg kita kerjakan, kita kerjakan juga, kita mungkin tersilap atau tidak menepati ketetapan Islam, maka amalan kita itu sia-sia, samalah seperti orang yg tidak kerjakan amalan atau ibadah tersebut. Begitu juga, bagi orang yg berilmu. Dia banyak ilmu mengenai tuntutan Islam, tetapi dia tak kerajakan atau amalkan ilmunya. Islam mensyaratkan bahawa setiap sesuatu yg kita tahu mengenai Islam - seperti sepotong ayat al-Quran atau secebis hadith Rasulallah (s.a.w) - wajib kita kembangkan atau sampaikan kepada orang lain, tapi kita berdiam diri, selesa duduk di kerusi empok pejabat atau jawatan kita, kita tak sampaikan. Atau, kita sampaikan hanya kalau dibayar ukhra yg tinggi dan lumayan. Atau, kerana kepentingan keduniaan, kita duduk ditempat yg mempunyai kuasa mengawal masyarakat umat Islam, kita larang orang berdakwah atau menyampaikan ilmu, semata-mata kerana kewajipan mempunyai 'tauliah', maka kita juga ahli neraka, kerana menentang perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), supaya berdakwah menyampaikan ilmu. Oleh itu wajiblah, sebagai seorang Islam kita faham ilmu, dan tuntutannya terhadap diri kita dan terhadap orang lain, yg kita bertanggungjawab mencelikkan mereka tentang ilmu mengenai tuntutan Islam.
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment