Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg terdahulu kita telahpun lihat penjelasan beberapa ulama' terkemukan dalam Islam mengenai kewajipan berjema'ah itu. Mudah-mudahan saudara yg membaca post tersebut faham. Kai ini, dalam ost ini, kita lihat pula beberapa penjelasan ulama' terkemuka tentang konsep dan hakikat berjema'ah dalam Islam itu. Mudah-mudahan dengan penjelasan tersebut kita faham bahawa berjema'ah atau 'jema'ah' itu ada suatu institusi yg khusus, malah suatu sistem pemerintahanyg ditetapkan oleh Islam bagi sebuah negara atau perkumulan manusia yg Islam dan beriman dan yg akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - perintah yg wajib di atas setiap orang yg akui dirinya Islam dan beriman dengan hari akhirat.
Definasi
‘Jema’ah’
‘Jema’ah’ adalah golongan yang
memiliki imam yang sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah serta
membai’atnya dan mentaatinya di dalam makruf. Walaupun ada beberapa
perselisihan tentang erti ‘jema’ah’ kita tetap mengambil pengertian yang sudah
dimangkulkan dalam jema’ah kerana pengertian tersebut (i.e. sedemikian) yang
paling kuat dan benar.
Imam Tobari (r.k), setelah
menghuraikan beberapa perselisihan pendapat tentang erti ‘jema’ah’ mengatakan:
‘Erti yang benar dari hadith menetapi jema’ah (‘lizulumil jama’ata’)
adalah: ‘Orang-orang yang selalu mentaati seseorang yang telah mereka sepakati
sebagai Amir (atau, Imam, yakni pemimpin jema’ah), maka barangsiapa merosak
bai’atnya (yakni, tidak mentaati Amir atau Imam) bererti dia keluar dari
jema’ah.’
Al-Imam asy-Syatibi (r.k) juga
menyatakan: ‘Kesimpulan dari erti jema’ah adalah ‘berkumpul (yakni, berbai’at)
kepada seorang Imam yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah’. Demikian itu jelas
mengandungi erti bahawa: ‘berkumpul’/berbai’at kepada seseorang Imam yang tidak
menetapi (yakni, mengikuti) as-Sunnah (yakni, al-Quran dan al-Hadith) tidak
termasuk dalam ‘jema’ah’ yang disebutkan di dalam hadith di atas seperti
golongan Khawarij dan seumpamanya
(i.e. perkumpulan yang sejenis dengannya).
Contoh lafaz hadith yang menunjukkan
bahawa kata-kata ‘jema’ah’ dalam hadith yang dimaksudkan adalah jema’ah yang
mempunyai Imam, adalah hadith berikut:
(a) Jema’ah dipimpin
oleh seorang Imam/Amir Sabda
Rasulallah (s.a.w): ‘Man ra-a min
amirihi syaian yahrauhu falyasbir ‘alaihi fainnahu man faraqal-jama’ata syibran
famata illa mata maitatan jahiliati.’ [Maksud: Barangsiapa melihat
sesuatu dari ucapan atau perbuatan Imamnya yang dibencinya maka hendaklah dia
bersabar atasnya (i.e. kekal dalam jema’ah), maka sesungguhnya barangsiapa yang
memisahi (i.e. meninggalkan) jema’ahnya (i.e. imamnya) sejengkal (jika) mati
dia, matinya mati jahiliah.] [Hadith Bukhari, Raqam Hadith]
‘Imam’ dalam jema’ah bukan sekadar
pemimpin agama biasa, akan tetapi Imam yang betul-betul diangkat dengan cara
dia dibai’at seperti kisah para
khalifah dan imam-iman setelahnya, semuanya rasmi disebut Imam/khalifah setelah
dibai’at.
(b) Ada ikrar taat
setia (bai’at) Contoh lafaz hadith yang menunjukkan
wajib dibai’at: Rasulallah (s.a.w)
bersabda: ‘Kanat banu israila
tasusuhumul anbia’u kullama halaka nabiyun khalafahu nabiyun wa-innahu la nabi
ba’di wa-satakuna khulafau takthuru’. Qalu: ‘Fama ta’muruna?’ Qala fu
bi-bai’atil awal fa-awala wa-a’tuhum huqqahum fainnallaha sailuhum ‘amma
istar’ahum.’ [Maksud: Adapun Bani Israil telah dipimpin mereka oleh beberapa
nabi maka rosak nabi-nabi penganti (i.e. wafat para nabi tersebut). Dan
sesungguhnya tiada nabi selepasku, (tetapi) akan ada sesudahku beberapa
khalifah yang banyak (yakni, ramai).’ Berkata (mereka para sahabat); ‘Apakah
perintah engkau kepada kami?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Menetapilah dengan bai’at
yang pertama dengan yang pertama. Mendatangkanlah bagi mereka hak-hak mereka,
maka sesungguhnya Allah (a.w) akan menanya (i.e. menyoal) mereka dengan apa-apa
(i.e. jema’ah) yang dijaga (i.e. rukyah yang dipimpin oleh) mereka.’ [Hadith
Muslim]
Dalam hadith ini diterangkan:
Apabila dijumpai banyak imam-imam yang dibai’at
maka tetapilah (yakni, taatilah) imam yang dibai’at pertama kalinya (yang pertama sekali diangkat sebagai imam
dengan cara dibai’at). Ini
menunjukkan bahawa pengangkatan seorang imam wajib dengan cara dibai’at, setelah seorang imam dibai’at sudah semestinya wajib ditaati,
kerana makna bai’at adalah berjanji
taat pada Imam.
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang yang beriman taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasulallah
(s.a.w) dan ‘ulil amri’ dari kalangan kamu sekelian; maka jika berselisih kamu
tentang segala sesuatu, maka kembalilah merujuk kepada Allah (a.w) (ie. rujuk
kepada al-Quran) dan kepada Rasul (i.e. rujuk kepada as-Sunnah), jika adalah
kamu sekelian beriman dengan Allah (a.w) dan (beriman dengan) hari akhirat...‘
[Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Jema’ah umat Islam yang yakin akan
kembali menemui Allah (a.w) dan yain akan wujudnya hari akhirat, wajib mentaati
Imam atau Amir yang diangkat dan disepakati sebagai pemimpin jema’ah umat
Islam. Ketaatan tersebut tertakluk kepada satu syarat sahaja, iaitu selagi Imam
atau Amir tidak memerintahkan sesuatu yang bersalahan atau bertentangan dengan
ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasul (i.e. as-Sunnah), wajib
mentaatinya.
(c) Ketaatan anggota
jema’ah terhadap Imam/Amir Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man baya’a imaman fa’atahu sofqata yadihi
wa-thamrata qalbihi fal-yuti’hu mastota’a.’ [Maksud: Barangsiapa
berbai’at kepada Imam memberikan (ikrar-janjinya) dengan menghulurkan tangannya
dan memberi hatinya (i.e. ridha) dan taat kepadanya apa-apa perintahnya sekuat
mampunya.’ [Hadith Abu Daud]
Dalam hal ini Omar b Khattab (r.a) menyimpulkan dengan perkataannya, sabda Nabi
(s.a.w) tentang keimaman ini, dengan berkata: Omar
b Khattab (r.a) berkata: ‘Innahu
la Islama illa bijama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa
bita’atin ... hingga akhir hadith.’ [Maksud: Tidak dikatakan Islam
tanpa berjema’ah, tidak dikatakan berjema’ah tanpa imam, tidak dikatakan ada
imam tanpa ketaatan kepadanya (i.e. imam).] [Hadith riwayat Darami, Kitab Raqam
Hadith]
Walaupun
dalam riwayat ini dia tidak sebutkan ‘... wala imarata illa bibai’atin ...’,
tetapi pengertian bai’at sudah mafhum
kerana memang gandingannya adalah bai’at
terhadap Imam. [Nota:
Mengambil maklum firman Allah (a.w) dalam al-Quran serta Rasulallah (s.a.w) yang
menyebut bahawa dia adalah ‘khattamal
nabiyin’ (i.e. nabi penutup), yakni tiada lagi nabi selepas beliau, serta
sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa jikalah Allah (a.w) mengadakan nabi selepas
beliau, nescayalah orang yang dilantik Allah (a.w) sebagai nabi itu adalah Omar
b Khattab (r.a). Rasullah (s.a.w) menyebut bahawa Allah (a.w) membenarkan
kata-kata Omar (r.a). Jelaslah, Omar (r.a) bercakap benar apakala menyimpulkan
sabda-sabda Rasulallah (s.a.w) tentang Islam, syariatnya, tentang jema’ah, Imam
dan bai’at dalam Islam, itu semuanya adalah benar.
Maka dengan itu mengambil
maklum pula bahawa sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu adalah
sebahagian daripada as-Sunnah, maka kata-kata Omar (r.a) itu wajib diterima dan
dikuti].
Ketetapan
sunnah Omar (r.a) itu jelas memberitahu kita bahawa Islam mensyaratkan bahawa
orang Islam itu wajib berjema’ah. Jika tidak berjema’ah tidak diiktiraf sebagai
orang Islam. Tidak dianggap berjema’ah tanpa wujudnya dua pra-syarat lain iaitu; pertama,
tiada Imam atau Amir (i.e. kepimpinan) yang dibaiat, dan kedua, adanya rukyah (i.e. anggota Jema’ah) mentaati
Imam atau Amir tersebut, selagi Imam atau Amir tidak memerintahkan berbuat
sesuatu maksiat terhadap Allah (a.w) dan RasulNya. Maka dengan itu belum dikira
Islam jika tidak berada dalam jema’ah. Syarat
asas sah Islam seseorang itu adalah dia berjema’ah.
Wajibnya
mengangkat seorang Imam apabila bertiga atau lebih
Syarat sah Islam itu adalah
berbai’at. Umat Islam atau anggota jema’ah itu berada dalam jema’ah dan jema’ah
itu hendaklah dibawah kepimpian seorang pemimpin yang disepakati diangkat
menjadi pemimpin, yakni Imam atau Amir, jema’ah. Tanpa seorang Imam atau Amir
diangkat menjadi pemimpin untuk memimpin jema’ah, maka belum sempurna Islam
sesuatu perkumpulan umat Islam itu. Malah, suatu jema’ah umat Islam yang tiada
Imam atau Amir, yang mereka angkat mengepalai jema’ah mereka, tidak halal
kehidupan mereka sebagai orang Islam di muka bumi. Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w)
memberitahu bahawa sekumpulan orang yang mengakui dirinya Islam, tidak dianggap
sudah halal kehidupannya di dunia, jika mereka tidak mengangkat salah seorang
dari mereka sebagai Imam mereka.
Perintah wajib mengangkat seorang Imam bagi
sekumpulan orang Islam yang hanya ada bertigaitu menunjukkan utamanya institusi
keimanan itu dalam jema’ah Islam. Kalau sekumpulan orang Islam yang bertiga
diwajibkan menubuhkan institusi keimaman di kalangan mereka, apatah lagi kalau
sekumpulan umat Islam yang lebih dari 3 orang.
Diriwayatkah hadith dari Abdullah b
Amru bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La yahillu lithalathatin yakununa
bifalatin minal-ardi illa ammaru ‘alaihim ahadahum.’ [Maksud: Tidak
halal bagi tiga orang yang berada atau bertempat di tanah lapang di atas bumi,
kecuali mengangkat seorang imam atas mereka bertiga.] [Hadith Imam Ahmad, Sahih
Laghirah]
Inilah mesej hadith di atas. Hadith
ini menunjukkan bahawa wajib mendirikan keimaman apabila sudah ada tiga orang
atau lebih yang Islam dan beriman. Perlunya wujud seorang Imam bagi sekumpulan
umat Islam yang bermukim dan dalam perjalanan (i.e. musafir). Hanya setelah
dilantik seorang Imam di antara mereka bertiga barulah kehidupan mereka sebagai
seorang Islam itu halal di sisi Allah (a.w).
Diriwayatakan hadith dari abi Said
bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza haraja thalathatun fi safari
fal-yuammiru ahadahum’ [Maksud: Ketika keluar tiga orang iman di dalam
bermusafir, maka hendaklah menjadikan imam salah seorang dari mereka
(bertiga).] [Hadith Abu Daud]
Dua potongan hadith di atas serta
sepotong hadith berikut menunjukkan wajibnya mengangkat seorang Imam apabila
ada sekumpulan orang iman bertiga atau lebih di dalam suatu kariah atau qariah penduduk
orang iman dan ketika dalam perjalanan (yakni, ketika bermusafir). Jelaslah
berjema’ah itu adalah hakikat yang hak dalam Islam. Dan, jema’ah itu wajib
mengadakan kepimpinan dengan mengangkat salah seorang dari kalangan mereka
sebagai Imam atau Amir.
Diriwayatkan
hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza kana
thalathatun fi safari falyuammaru ahadahum’ [Maksud: Ketika ada tiga
orang kamu di dalam musafir, maka hendaklah menjadikan imam salah seorang kamu
sekalian.] [Hadith Abu Daud]
Imam
asy-Syaukani (r.k) dalam kitabnya ‘Naulul
Authar’ menyatakan bahwa riwayat-riwayat di atas itu menunjukkan bahawa
bagi tiga orang atau lebih disyariatkan (i.e. diwajibkan secara syariat)
mengangkat salah seorang daripada mereka sebagai amir, kerana dengan mendirikan
keamiran dapat terhindar dari perselisihan yang dapat menimbulkan kerosakan,
dan tidak mendirikan keamiran menyebabkan setiap orang berpaut dengan
pendapatnya dan mengerjakan sesuatu yang sesuai dengan hawa nafsunya sehingga
rosak, dan mendirikan keamiran menyebabkan sedikitnya perselisihan dan
bersatunya kalimah dan tujuan (i.e. satu kata dan sepakat). Jika mendirikan keamiran
disyariatkan (i.e. diwajibkan) bagi tiga orang yang ada di tanah lapang di
permukaan bumi ini atau dalam keadaan semasa dalam musafir, maka syariat
wajibnya mendirikan keamiran bagi golongan yang jumlahnya lebih banyak dan
bertempat disebuah desa mahupun kota dan menginginkan hilangnya penganianyaan
dan putusnya pertikaian tentulah lebih wajib (yang dalam musafir wajib apatah
lagi bagi orang iman yang bertempat disuatu tempat yang tetap, yakni wilayah,
kota, desa atau kampung).
Syeikh Sadiq Amin, dalam kitabnya ‘Dakwatul Islamiah’ berkata: Betapa
indahnya ungkapan hadith Nabawi (yani, Nabi) ‘Man arada buhbuhatal jannati falyalzamin
jama’ata’ itu. Sesungguhnya hadith ini memberi definasi bahawa yang
dimaksudkan dengan jema’ah adalah orang-orang yang berkumpul dalam urusan Allah
(a.w) dan bersatu dalam mentapai agama Allah (a.w) (berdasarkan al-Quran dan
al-Hadith) sekecil apapun jumlahnya, sesungguhnya syaitan bersama satu orang
dan dia (syaitan) adalah orang kedua, syaitan lebih menjauhi, lebih sangatnya
keperluan manusia pada berbentuknya jema’ah ketika bermaharajalelanya
kerosakaan dan meluapnya kebatilan sebagaimana diterangkan dalam permulaan
hadith di atas, iaitu: ‘Usikum biashabi ... wahua
minathnaini ab’adu ...’ [Hadith riwayat at-Termidzi].
Shaikh Sadiq Amin berkata
lagi: ‘Kadang-kadang ada yang mengatakan bahawa bai’at kepada Rasulallah
(s.a.w) sebagimana bai’at seorang hakim (atau juru hukum atau pemimpin). Ucapan
ini ditolak dengan kejadian bai’at Aqabah (bai’atnya orang-orang dari Madinah
di Jamrah Aqabah kepada Rasulallah (s.a.w) sebelum Hijrah/ketika keadaan umat
Islam masih lemah dan belum berkuasa, tidak henti-hentinya Rasulallah (s.a.w)
memimpin jema’ah dari orang Islam dengan tanpa memiliki kekuasaan di bumi dan
tanpa kuasa (i.e. kerajaan) resmi. Jelasnya, tidak memerlukan wujud kuasa
dahulu atau menunggu kuasa, seumpama kerajaan barulah jema’ah dibentuk atau
ditubuhkan. Jelasnya, jema’ah Islam dan Imam itu wajib ada serta bai’at itu
wajib walaupun umat Islam tidak berkuasa secara formal dalam sesebuah
masyarakat atau negara. Ketika keamiran dalam perjalanan
hukumnya wajib kerana sabda Rasulallah
(s.a.w): ‘Iza kana thalathatun fi safari falyuammiru ahadahum’, maka aku (Sheikh
Sadiq Amin) juga mengatakan kalau hal ini wajib dalam perjalanan, maka
bagaimana dengan kenyataan diwaktu yang mengkehendaki kembalinya agama Allah
(a.w) (yang murni) di bumi Allah (a.w), insya Allah, apakah membentuk keamiran
tidak lebih wajib?? Dan ikrar janji (yakni, bai’at) menetapi taat tidak lebih
utama dilaksanakan?? Jawabnya lebih jelas dan lebih utama dilaksanakan.’
Imam al-Haramain Abu Mu’alli
al-Jauni berkata dalam kitabnya ‘Giathu Imami fi-Tiatil Zulim’: ‘Adapun
sahabat Rasulallah (s.a.w) berpendapat segera mendirikan keamiran adalah wajib,
sampai-sampai kerana sibuk dengan acara mendirikan keamiran, mereka
meninggalkan persiapan pengkebumian Rasulallah (s.a.w) kerana khuatirkan
serangan fitnah (cubaan) menimpa mereka (i.e. jema’ah umat Islam).’ Dia (Imam al-Haramain) berkata lagi:
‘Ketika wajibnya mendirikan keimaman telah kokoh, maka yang menjadi rujukan
(dasar) jumhurnya (kebanyakan) para imam ahli hadith adalah ‘wajibnya
mendirikan keimaman diambil dari syariat yang manqul (dalil al-Quran dan
al-Hadith yang mangkul) bukan hasil dari pemikiran.’
As-Syeikh Abdul Salam b Barjas
berkata dalam kitabnya ‘al-Muamalah Hakama fi dai’il Kitabi wal-Sunnat’,
hadith ini (i.e. merujuk kepada hadith) ‘la
yahillu lithalatahtin ...’ betul-betul menunjukkan wajibnya imamah (i.e.
mendirikan keimaman) kerana Nabi wajibkannya kepada tiga orang untuk menjadikan
amir salah seorang dari mereka ketika bepergian dengan syarat jumlah mereka
yang sedikit dan dalam masa tinggal yang terbatas (i.e. ketika bermusafir).
Maka berertti mendirikan keimaman pada saat berada di rumah (tidak dalam
musafir) hukumnya lebih wajib (pengertian seperti ini disebut ‘mafhum uluwi’
atau ‘qias uluwiyah’)’.
Syeikh Islam al-Taimiyah juga menjelaskan
seperti ini dalam kitabnya Hasbuh. Dia (as-Syeikh Abdul Salam) juga
berkata: ‘Mengangkat imam adalah kewajipan mutlak bagi orang Islam, ini adalah
ittifaqnya (i.e. kesepakatannya) para imam ahli hadith dan seluruh umat, tidak
ada yang membantah kewajipan mengangkat imam kecuali pembohong (i.e. pelaku
kebatilan) yang tuli dari nas-nas al-Quran dan al-Hadith. Dan ijmaknya (i.e.
kesepakatan) para sahabat setelah wafatnya Rasulallah (s.a.w) untuk mengangkat
seorang imam sebelum sibuk dengan acara pengkebumian Rasulallah (s.a.w), adalah
dalil pasti/sangat jelas bahawa mengangkat imam adalah paling pentingnya (i.e.
paling utama), perkara wajib (i.e. kerana kehalalan hidup). Tanpanya kehidupan
tidak halal. Para pentahqiq (i.e. peneliti)
dari ulama’ menceritakan bahawa ‘bab mengangkat imam’ adalah ijmak.
Dalam kitab ‘al-Ahkam Sultaniah’ karya Abu Hasan al-Mawardi dia menerangakan:
‘Mengangkat seorang Imam yang dapat menjalankannya dalam umat, hukumnya wajib
berdasarkan ijmak walaupun ‘al-asam’ menyendiri dari mereka (i.e. maksudnya:
membantah apa yang jadi ijmak mereka), aku berkata: ‘Al-Asam’ yang dimaksudkan
di atas adalah: Abu Bakar Abdul Rahman b Kisan al-Asam, dia adalah syeikhnya
golongan Muktazilah, dan bantahannya
tidak berpengaruh pada kekuatan ijmak tersebut.’ [Nota: Muktazilah tahu hukum tetapi
menyendiri, yakni tidak mahu berkumpulan seumpama berjema’ah].
Bahkan Imam al-Qurtubi juga
mengatakan dalam kitabnya al-Jami’i Ahkamil-Quran: ‘Tidak ada
perselisihan di dalam wajibnya (i.e. mengokohkan atau mendirikan keimaman) di
antara umat dan para a-immah (hal ini betul-betul menjadi ijmak) kecuali
perselisihan yang diriwayatkan dari al-Asam kerana dia memang tuli (i.e. bodoh)
dari syari’ah, demikian pula orang-orang yang berkata seperti perkataannya
dengan dua cara iaitu:
Cara/Kaedah pertama:
Pembai’atan secara khusus: iaitu
pembai’atan di tempat pertemuan (bangunan beratap) Bani Sa’idah pada saat itu
sebahagian orang-orang Ansar dan Muhajir berkumpul untuk mendirikan
kekhalifatan sesudah Rasulallah (s.a.w). Imam Bukhari meriwayatkan hadith dari
Aisyah (r.ah) (yang isinya secara garis kasar): Pada saat itu orang-orang Ansar
berkumpul di tempat pertemuan Bani Sa’idah
untuk mengangkat Said b Ubadah sebagai imam mereka, dan mereka menuntut
agar dari golongan mereka (i.e. golongan Ansar = orang asal Madinah) ada amir
sendiri dan golongan Muhajir (= orang yang asalnya Mekah) ada amir sendiri,
kemudian mereka didatangi oleh Abu Bakar, Omar, dan Abu Ubadah b Jarah, kerana
Omar mengkhuatirkan terjadinya fitnah (seperti yang diucapkan beliau, ‘ ...
hatta khasitu ikhtilaf ...’ ) langsung bertindak cepat dengan membai’at Abu
Bakar (r.a) sebagai Imam atau khalifah, kemudian diikuti oleh orang-orang yang
hadir di saat itu.
Cara/Kaedah Kedua:
Pembai’atan secara umum: Iaitu pembai’atan yang dilaksanakan di masjid Nabawi
selepas resminya pengangkatan khalifah di tempat pertemuan Bani Sa’idah pada
saat itu, Omar (r.a) yang bertindak sebagai pembicara (spokeperson) langsung mengumumkan resminya pembai’atan khalifah Abu
Bakar (r.a) di tempat pertemuan Bani Sa’idah dan memerintahkan mereka untuk
berdiri dan berbai’at kepada khalifah Abu Bakar (r.a).
Saudara, mudah-mudahan penjelasan yg panjang lebar berdasarkan pentafsiran para ulama' yg terkemuka tersebut dapat memberi kita kefaham yg cukup, bahawa sistem jema'ah dalam Islam itu adalah suatu sistem yg formal, tidaklah setakat berjema'ah dalam perkara solat sahaja.
Jazakallahu khairah
masih x faham..
ReplyDeleteAameen. ..jazakallah khoir
ReplyDeletePencerahan yg terbaik..bila guru saya memberitahu ttg bab keamiran saya agak confuse dan beliau beritahu saya ttg hidup ini tdk halal jika tdk baiat kpd imam namun penjelasan admin mengukuhkan lagi kata2 beliau..in shaa Allah saya dn keluarga akan bait dgn jemaah kami wasalam
ReplyDelete