Friday, November 16, 2012

Ibadah khusus bulan Muharram

Assalamualaikum,
saudara, hari, kalau tak silap sudah dua haribulan Muharram, bulan pertama Islam. Dalam post-post yg lalu kita telahpun lihat adanya ibadah dan amalan khusus pada bulan Zulhijjah - yg paling utama adalah ibadah haji dan umrah wajib. Selain amalan sunat rutin setiap bulan - puasa sunat dua hari setiap minggu iaitu setiap hari Isnin dan khamis dan 'Puasa Putih' iaitu puasa sunat pada 13, 14 dan 15 haribulan Islam (i.e. Hijriah), ada puas sunat khusus dalam blan Muharram, iaitu Puasa Asyura dua hari iaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram.
Saudara, kaum Yahudi berpuasa sehari pada 9 Muharram. Supaya tidak dikatakan oleh kaum Yahudi bahawa Islam mencontohi agama mereka (berdasarkan Kitab Taurat), maka Rasulallah (s.a.w) menetapkan bahawa umat Islam, jika ingin berpuasa dalam bulan Muharram itu, berpuasalah dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram - Puasa Asyura. Sesiapa yg mengerjakan Puasa Asyura itu, menepati keimanan yg benar bagi orang Islam - spt tidak membuat maksiat dan tidak celupar mulut dan sebagainya, maka dia mendapat ganjaran pahala terhakisnya dosa-dosanya yg lalu dari Muharram tahu dulu hinggalah Muharram tahun ini. Alangkah mulia dan pemurah Allah (a.w) itu, kerana berpuasa dua hari maka terhakis dosa setahun! Saudara, kita lihat nas dan dalil hadith berikut: 
Hari Asyura itu adalah pada 10 haribulan Muharram. Ada hadith menyebutkan juga pada 9 Muharram. Di dalam hadith berikut diberikan nas dan dalil bahawa puasa Hari Asyura itu memberi ganjaran pahala yang besar, iaitu menghapuskan dosa-dosa setahun terdahulu daripadanya (yakni, dosa-dosa setahun dahulunya):
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa hari ‘Asyura bahawasanya aku kira atas Allah (a.w) bahawa mengkifaratkan (dosa-dosa) tahun dahulunya (yakni, puasa Asyura itu menghapuskan dosa tahun dahulu)’ [Hadith sahih at-Termidzi] 
Hadith di bawah ini juga menjelaskan perkara yang sama. Hadith ini juga menjelaskan bahawa sebelum difardukan (yakni, turun ayat al-Quran mewajibkan puasa Ramadhan), Rasulallah (s.a.w) mengamalkan puasa Asyura, seakan-akan wajib baginya. Dengan difardukan puasa Ramadhan itu, puasa ‘Asyura menjadi sunat sahaja: 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bekata: ‘Adalah ‘Asyura itu hari yang puasa akan dia orang Quraisy di dalam zaman jahiliah, dan adalah Rasulallah (s.a.w) berpuasa dia akandia, maka tatkala datang dia ke Madinah berpuasa dia akandia dan menyuruh orang dengan puasa itu, maka tatkala difardukan puasa Ramadhan adalah Ramadhan itu puasa wajib (fardu), dan ditinggalkannya (puasa) ‘Asyura. Maka barangsiapa berkehendakan (puasa itu) puasalah akandia, dan barangsiapa meninggalkannya tinggalkanlah.’ [Hadith sahih at-Termidzi] 
Hadith di atas memberi nas dan dalil hadith bahawa puasa Asyura itu adalah sunat sahaja. Kita diberi pilihan sama ada hendak buat atau tidak mengerjakan puasa ini. Hadith di bawah ini menyebut puasa ‘Asyura itu adalah pada 9 Muharram, manakala hadith berikutnya pula menyatakan pada 10 Muharram. Namun, seperti yg dijelaskan pada awal post ini, bagi mengelakkan tohmahan orang Yahudi, adalah lebih utama dpusakan dua hari iaitu pada 9 dan 10 Muharram. 
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia (yakni, pada hari itu) puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]
Dan, hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Saudara, kerana begitu tingginya nilai Puasa Asyura itu, eloklah saudara mengerjakannya. Bukan mudah untuk menghakis dosa-dosa kita, selama setahun itu,  sedangkan orang yg terbaik dikalangan umat Islam sendiripun tak terlepas dari melakukan sebanyak 2,500 jenis dosa sehari. Apakan kita yg seringkali melakukan dosa-dosa kecil tanpa disedari.
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment