Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang ilmu dan kaitannya dengan kebajikan akhirat. Kita tahu bahawa ilmu menentukan kedudukan dunia seeorang itu - ilmu yg formal dan ilmu yg tak formal. Ilmu yg tak formal itu termasuklah kebijaksanaan mengurus diri dan bergaul dengan manusia, termasuklah bergaul dengan manusia yg menentukan kerjaya dan masa depan kita di dunia. Kita telahpundiberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg pintar itu mengimbangi matlamat dunia dan matlamat akhiratnya, dalam ertikata dia berusaha sekuat mungkin untuk berjaya di dunia - apa saja yg diidaminya - dan dalam masa yg sama untuk berjaya di akhirat - terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Kejayaan akhirat itu adalah terselamat dari neraka dan mendapat syurga yg penuh kenikmatan. Hidup yg sebenar-benarnya, mengikut firman Allah (a.w), adalah hidup sebagai ahl syurga di akhirat. Hidup yg penuh nikmat dan kekal pula.
Saudara, kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa syurga itu hanya didapati oleh orang yg memenuhi syarat-syarat, iaitu: (a) dia orang Islam yg percaya bahawa wujud Allah (a.w) dan Muhammad (s.a.w) itu adalah Pesuruh atau Utusan Allah (a.w), (b) orang Islam itu wajib taatkan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr - orang yg ditugaskan oleh Allah (a.w) untuk membimbing manusia supaya patuh dengan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah az-Zariat - kewajipan manusia itu mengabdikan diri kepada pencipta mereka, iaitu Allah (a.w); (c) orang yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) hendaklah dia mengerjakan amalan menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' - ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, past dapat syurga; (e) orang yg beramal dan beribadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu diwajibkan berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran - dan sistem serta perincian jema'ah Islam itu diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah; dan (f) dalam urusan pengabdian dan pengamalanitu, seseorang Islam yg beriman itu diperingatkan bahawa hendaklah beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan sebagai seorang iman dengan ilmu - Ayat 57, Surah al-Isra' - kerjakan amalan dan ibadah dan jalani kehidupan orang iman setelah memiliki ilmu dan ilmu itu wajib dipelajari; (g) ilmu yg diwajibkan dijadikan panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup orang iman itu adalah al-Quran dan as-Sunnah (i.e. al-Hadith), dan dengan panduan sedemikian orang iman itu terselamat dari gejala syirik, kurafat, tahayul, taklid dan bid'ah yg menghapuskan segala pahala amalan dan ibadah; dan (h) akhirnya, syurga itu hanya diberikan atau dikurniakan kepada orang yg menepati criteria di atas dan mengamalkannya atau mengerjakan amalan - Ayat 72, Surah az-Zuhruf - syurga itu diwarisi oleh orang yg mengerjakan amalan.
Saudara, pendeknya untuk berjaya di akhirat itu seseorang Islam itu wajib ada ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), mempelajarinya secara manqul berguru, faham ilmunya dan amalkan ilmunya. Dalam mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah itu, tanpa didasari dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, takda gunanya. Kalau amalan dan ibadah dikerjakan dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tetapi dicampuradukkan pula dengan ilmu ciptaan manusia, maka batallah amalan dan ibadah tersebut. Pelakunya tak dapat pahala, atau mendapat dosa atau terkeluar dari Islam. Kerana panduan yg benar yg pasti berada di atas 'siratul mustaqim' dan kekal berada atas jalan itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, ilmu selainnya atau selain sumber ilmu pasti batil. Tanpa ilmu dan panduan yg benar dan tanpa dikerjakan ilmu yg telahpun difahami, tak mungkin dapat syurga. Mencampuradukkan ilmu yg haq dengan ilmu rekaan manusia, merosakkan panduan, membatalkan segala amalan, maka sia-sia segala amalan, pasti masuk neraka dan pasti tak dapat syurga.
Saudara, setelah memahami ciri-ciri atau criteria di atas itu, kita teruskan penelitian kita pula dua dimensi utama yg lain selepas ilmu, iaitu berjema'ah dalam Islam dan bid'ah dan akibatnya kepada aqidah dan kesannya terhadap kejayaan atau kesejahteraan akhirat bagi orang yg terlibat dengannya. Dalam post selepas ini kita akan teliti tajuk 'berjema'ah' dalam Islam, dengan meneliti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Kita akan faham kelak bahawa halal hidup seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu hanya dengan berjema'ah. Malah, seseorang itu belum diakui Islam selagi tidak berjema'ah. Maka dengan itu walaupun ilmu yg mendasari amalan dan ibadah sudah benar, namun jika tidak menepati pula dimensi berjema'ah, maka tak guna juga.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment