Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah mulakan penelitian kita tentang tajuk 'ilmu'. Sebenarnya, dalam blog ini sudahpun disebutkan kerap kali semenjak dahulu perkara ini. Namun, kita kembali menelitinya kerana ilu itu amat penting bagi kita yg Islam dan beriman dan inginkan bukan setakat kejayaan dunia, tetapi lebih utama kejayaan akhirat. Itu yg utama.
Saudara, sebenarnya, dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat selepas wafatnya Nabi (s.a.w), menyebut tentang ilmu ini. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam dua hadith berikut:
Allah (a.w) Murka Pada Orang yang Jahil Ilmu Akhirat
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yang Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yang beriman) yang pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yang bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
[Nota: Orang yang pintar dalam ilmu dunia itu ramai kita temui dan mereka itu berjaya dalam dunianya. Dalam pentadbiran atau pengurusan sebagai contoh terdapat golongan Ox-Bridge (lulusan dari universiti-universiti ivy league seperti Oxford, Cambridge, London, Harvard, MIT, Chicago, UCLA, Berkeley dan seumpamanya) diberikan jawatan-jawatan membawa upah yang amat tinggi. Dunia dan manusia memberikan kelebihan kepada mereka kerana kepintaran mereka dalam ilmu dunia. Dalam ‘bidang agama’ pun ada juga orang yang diakui bijak pandai kerana mempeolehi kelulusan dari institusi pengajian ala-agama ivy leage dalam bidang pengajain Islam lulusan al-Azhar, Jordan , Ain-Syam, Madinah dan beberapa universiti terkenal lainnya dalam masyarakat Islam. Mereka juga diberi pengiktirafan sebagai orang yang bijak pandai, diberi jawatan yang bergaji tinggi, ditempatkan dalam jawatan-jawatan yang dihormati dan disanjung. Mereka itupun adalah golongan orang yang pintar dalam ilmu duniawi mereka. Golongan-golongan sedemikian diakui orang yang bijak dan pandai – dalam bidang ilmu keduniaan semata-mata atau dalam bidang yang terkait dengan agama - tetapi mereka bukanlah orang yang bijak, pandai atau pintar dalam ilmu akhirat. Kepandaian dalam ilmu akhirat itu hanya diperolehi dengan mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Kerana, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu akhirat supaya mereka lebih faham Islam dan syariatnya, yakni tuntutan Islam sebebnarnya. Melalui kefahaman sedemikian itu mereka lebih berjaya di dunia dan juga di akhirat kerana panduan Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah itu memandu mereka bagaimana hendak berjaya di dunia dan dalam masa yang sama mampu bersedia untuk kejayaan akhirat.
Orang iman yang benar itu faham agamanya, maka dia lebih terpandu hidupnya di dunia. Kefahaman agama hanya boleh didpati melalui pengajian atau mempelajari ilmu akhirat – ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang memiliki ilmu akhirat itu faham dan sedar bahawa Islam yang benar itu adalah Islam yang didasarkan kepada tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, yang segala bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamalkannya adalah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dengan itu pra-syarat yang utama mengesahkan keIslaman seseorang itu adalah dia menepati sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ‘alaihi wa-ashabi’ (yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) dan para sahabatku berpegang padanya’ = al-Quran dan as-Sunnah) dan dia anuti Islam secara berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). Mereka yang mengaji secara ‘mangkul’ dari guru yang mengajarkan dua ilmu tersebut secara ‘musnad’ (i.e. ada urutan asal usul ilmu/hadith) dan secara’ mutasil’ (i.e. ilmu itu boleh disandarkan kepada apa yang diperintahkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tanpa terputus sumbernya), maka ilmu itu dikira ilmu akhirat. Tidak ramai orang Islam yang bijak dan pandai dalam ilmu akhirat. Orang yang tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadith secara mangkul, musnad dan mutasil itu, dikira jahil (bodoh) dalam ilmu akhirat. Seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman wajib mencari kepandaian dalam ilmu aakhiratnya, kerana ilmu akhirat itu akan membolehkan dia bersedia untuk kehidupan yang sebenarnya, i.e. kehidupan akhirat dalam syurga, walhal kehidupan di dunia hanyalah 60 atau 70 tahun walhal sehari di akhirat itu adalah 1,000 tahun lamanya dikira dalam waktu dunia!]
Allah (a.w) Murkakan Orang yang Keras Hatinya
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yang keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar nasihat dan tunjukajar tentang agama) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yang dia merasa yang dia lebih baik dari orang lain dan menolak kebenaran), (iaitu) orang yang senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar, (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun solat malam, berzikir, meminta ampun kepada Allah (a.w), dan membaca al-Quran dan lain-lain amalan) dan seperti kaldai ketika siang hari (kerana hanya memikirkan tentang makan, lupakan tanggung jawab terhadap Allah (a.w) dan lupa dan lalai mengerjakan perintah dan suruhan). Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) terhadap beberapa golongan manusia yang akui dirinya Islam dan beriman: pertama, orang yang hatinya keras iaitu orang yang apabila diberitahu perkara yang hak dalam Islam – mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dia enggan terima atau tak mahu dengar dan akur. Golongan ini ramai. Tak kurang dikalangan mereka prang yang merasa dirinya alim dan beilmu. Tambahan pula dia digelar ‘ulama’. Disanjung dan dihormati masyarakat. Disegani ‘ilmunya’. Di undang untuk membaca doa atau mengepalakan majlis bacaan Yaasin atau Tahlilan. Tetapi, apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia berhujjah mempersoalkan dan memberi pandangan secara batil semata-mata kerana menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jika bersalahan atau brlainan dari amalan dan pendapatnya atau pendapat golongan yang menjadi ikutannya. Kedua, orang yang sombong kerana sesuatu kelebihan yang dia terasa ada padanya atau kelebihan yang dianugerahkan olehmasyarakat kepadanya kerana sesuatu, kerana keturunannya, kedudukannya, jawatannya, kekayaannya, hartanya, namanya atau gelarannya. Maka dia inginkan dihormati oleh orang lain, diketengahkan dan dibesarkan dalam sesuatu majlis masyarakat, diberi tempat dan keutamaan, tetapi apabila diberitahu perkara yang hak menmgenai agamanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia enggan terima dan berdalih menolaknya.]
Saudara, ramai juga orang yg akui dirinya Islam, tetapi takpun menyempatkan masa mengaji dan beljar al-Quran. Yg utama bagi orang iman itu adalah pertama belajar al-Quran untuk mengetahui apakah perintah Allah (a.w) kemudian belajar membacanya dgn betul (tartil) dan kemudian barulah menghafalnya. Tapi, di kalangan masyarakat Melayu, ramai ibu bapainginkan anaknya jadi 'hafiz'. Tidak ada gunanya anak itu hafiz jika dia tak faham apa yg dia hafal dan tak pula mengerjakan apa yg al-Quran perintahkan.
Ramai juga orang Islam yg menidakkan as-Sunnah atau al-Hadith, kerana, kata mereka itu adalah kata-kata manusia, kerana nabi Muhammad (s.a.w) adalah manusia biasa! Wal iya zubillah. Orang yg diangat Allah (a.w) menjadi Nabi atau Rasul bukanlah sembarangan orang. Tambahan pula para nabi dan para rasul itu tidak bercakap ikut suka hati mereka. Mereka bercakap sesuatu atas dasar wahyu dan ilmu yg disampaikan kepada mereka (Ayat 3 hingga 5 Surah an-Najmi). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa:
Al-Quran dan as-Sunnah Berganding
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yang diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yang menyerupainya (yakni, yang seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud]
Maka dengan itu janganlah kita berkata sebagaimana dilaporkan oleh akhbar baru-baru ini Dr Mahathir berkata bahawa 'as-Sunnah' atau 'al-Hadith' itu adalah panduan atau perintah 'optional'!
Jazakallahu kahirah
No comments:
Post a Comment