Monday, November 26, 2012

Ilmu, Amalan dan Akhirah: Bid'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat sabda Rasulallah (s.a.w) mengatakan bahawa syariat Islam itu sudah jelas lagi terang, yakni sudah sempurna. Kemudian beliau berpesan bahawa umat Islam yg iman itu wajib berpandukan sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, dan pegang sekuat-kuatnya sunnah tersebut jangan terlepas sebagai panduan hidup serta beragama dalam Islam. Umat Islam wajib taati perintah dan ketetapan imamnya walau apapun sifat imam tersebut, kecuali beliau membuat ketetapan yg menyalahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yakni ketetapan yg bersifat maksiat. Umat Islam wajib taatkan imamnya. Beliau ibratkan umat Islam yg beriman itu seumpam unta yg sentiasa akur dengan perintah tuannya.
Jadi, seorang iman itu wajib akur dan ikuti ketetapan as-Sunnah dan wajib mendengar nasihat imamnya dan taatkan perintah Imam mereka. Dalam hadith berikut kita lihat sambungan hadith tersebut yg menyebut tentang satu dimensi lain - bid'ah - yg Rasulallah (s.a.w) perntahkan kita orang iman supaya takuti kerana mengamalkannya akan membuatkan kita menyimpang dari jalam lurus ke syurga dan terjerumus ke dalam neraka. Dan, wajib diperhatikan bahawa semua atau setiap bid'ah itu adalah kesesatan, yg membuatkan mereka yg beramal dan menyebarluaskannya terjerumus secara pasti ke dalam neraka.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih, iaitu Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan (diwajibkan atas kamu) dengan mendengar dan taat (akan pemimpin i.e. imam jemaah kamu), jikapun yang memimpin (imam) kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai agama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan agama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’). [Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, hadith sahih] 
[Nota: Dalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya adalah neraka di akhirat kelak. Hadith ini menidakkan apa yang dihujjahkan oleh para ulama’ dan ilmuwan arus perdana tentang ‘bid’ah hasanah’ itu.]
Saudara, walaupun amat jelas peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa bid'ah itu semuanya adalah kesesatan, namun majoriti umat Islam begitu yakin menidakkannya, seperti yg kita jelaskan dalam nota di atas itu. Rasulallah (s.a.w) sekali lagi memperingatkan umat Islam dalam hadith berikut. Pesanan beliau? Janganlah kita buat sesuatu yg beliau tidak wariskan atau tinggalkan sebagai panduan kita. Kedua, apa-apa yg disuruh atau diperintahkan oleh beliau kita amal dan ibadahkan dan kerajakan, hendaklah kita kerjakan sekuat mampu kita. 'Sekuat mampu' kerana mustahil bagi seseorang yg Islam boleh menandingi ketaqwaan dan ketaatan Rasulallah (s.a.w) atau budi pekerti beliau. Maka dgn itu kita hanya disuruh kerjakan sekuat mampu. Namun yg disuruh tinggalkan atau yg ditegah olehnya hendaklah kita akur dengan meninggalkannya atau menjauhinya sejauh-jauhnya, seumpama bid'ah yg ditegah beliau, wajib kita jauhi!
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi ‘Amasy, hadith dari abi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaruni ma taraktukum. fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala ‘ambaihim. Faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum. Wa-iza nahaitukum ‘an syai-in fantahu.' [Maksud: Biarkan (yakni, janganlah kamu kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kamu. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka hentikanlah (atau tinggalkanlah)] [Hadith ibnu Majah]
Saudara, kalimah yg digunakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith sama dengan kalimah firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr - Ambil apa-apa yg dibawa atau disuruh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalka yg beliau tegah atau larang. Malangnya hari ini, majoriti umat Islam telah 'menentangnya', tidak akur dgn perintah dan peringatan Rasulallah (s.a.w). Malah berdegil pula dgn berhujjah atas landasan akal fikiran mengenai bid'ah ini, wal iya zubillah. Mudah-mudahan saudara, yg tela diberitahu ketetapan Rasulallah (s.a.w) supaya tidaklah megikuti jejak langkah mereka, kerana yg rugi kita bukan mereka.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment