Sunday, November 25, 2012

Dimana Kita Sekarang?

Assalamualaikum,
Saudara, Jum'at dan Sabtu yg lalu - 23 dan 24 Nov. 12, bersamaan dengan 9 dan 10 Muharram 1434, adalah hari umat Islam yg inginkan bonus pahala mengerjakan Puasa Asyura. Manfaatnya? Terhapus atau terhakis dosa setahun yg lalu - dari 9 Muharram 1433 hingalah 9 Muharram 1434 tahun ini. Alangkah menguntungkan, bagi kita yg pastinya banyak dosa?
Saudara, bagi mereka yg inginkan kejayaan akhirat, mereka belajar dan dengan ilmu mereka tahu betapa banyak dan berbagainya pelaburan akhirat yg mendatangkan begitu banyak pahala yg merupakan dividen akhirat. Tanpa ilmu umat Islam beramal dan beribadah dalam kejahilan. Bukan sahaja amalan dan ibadahnya terbatal kerana melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan aqidah, tetapi juga membatalkan agama mereka sendiri, beramal dan beribadah tapi dapat dosa dan tersisih dari Islam menjadi kafir tanpa disedari.
Saudara, setakat ini saudara sudah diberitahu ilmu yg haq yg apabila saudara terima dan jadikan panduan hidup serta amalan dan ibadah, pasti amalan dan ibadah saudara benar dan diterima Allah (aw) dan diberi ganjaran pahala yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Cuba kita renungi kembali sebagai kajian semula (referesher) atau Reflections, apakah yg kita telah diberitahu, dan yg kita patut tahu dan faham dan amalkan?
(a) Manusia itu dijadikan Allah (a.w) semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - i.e. mengerjakan amalan dan ibadah atau membuat apa-apa yg disuruh dan diperintah buat sekuat mampu dan meninggalkan atau menjauhi larangan tanpa pengecualian - Ayat 56, Surah az-Zariat;
(b) Hamba Allah (a.w) yang menepati ketetapan Ayat 56, Surah az-Zariat itu adalah hamba Allah (a.w) yg menerima agama Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya semasa di dunina - Ayat 3, Surah al-Maidah dan Ayat 19, Surah ali-Imran
(c) Maka dengan itu jugalah Allah (a.w) peringatkan manusia supaya janganlah mati tanpa beragama Islam - Ayat 132, Surah al-Baqarah;
(d) Segala amalan dan ibadah itu sah, mendapat pahala dan diterima Allah (a.w), kalau manusia itu Islam i.e. beragama Islam. Dan segala kebaikan yg dikerjakan oleh manusia yg tidak Islam tidak mendapat pahala dan tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 116, Surah al-Maidah dan Ayat 75, Surah ali-Imran dan Ayat 85, Surah ali-Imran
(e) Mengerjakan ibadah dan amalan atau mengabdikan diri itu hendaklah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah jalan lurus ke syurga (= Siratul Mustaqim) - Ayat 51, Surah ali-Imran dan Ayat 61, Surah Yaasin;
(f) Apa-apa amalan dan ibadah yg dikerjakan itu hendaklah diniatkan atau ditujukan untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan murkaAllah (a.w) dan siksaan dalam neraka  Allah (a.w) - Ayat 57, Surah al-Isra';
(g) Apa-apa amalan dan ibadah yg dikerjakan hendaklah didasari oleh ilmu yg benar (haq) bukan atas pertimbangan kepercayaan atau persangkaan atau pendapat manusia. Ilmu panduan yg benar itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Apa-apa amalan dan ibadah itu hendaklah menepati apa yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) - atau mengikuti spesifikasi as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr;
(h) Orang Islam yg mendapat syurga itu adalah mereka yg menepati ketetapan taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13, Surah an-Nisa', sebaliknya orang yg tidak Islam pasti masuk nereka, dan orang Islam yg menentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) dan melanggar ketetapan-ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengenai segala sesuatu yg ditegah, pasti masuk neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa';
(i) Orang yg Islam tetapi melanggar ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran - i.e. perintah berjema'ah - tidak diterima amalan dan ibadahnya kerana kehidupannya tidak halal di sisi Allah (a.w);
(j) Orang Islam yg tidak kerjakan amalan dan ibadah yg diwajibkan dan ditambah dengan amalan dan badah sunnat lainnya, sekuat mampunya, tak dapat syurga - Ayat 72, Surah az-Zuhruf;
(k) Orang Islam yg memperbaharui syariat agama Islam - sama ada menambah atau mengubah bentuk-bentuk amalan dan ibadah, mengubah cara dan kaedah mengamalkannya - melakukan bid'ah - dan segala amalan yg dicemari oleh bid'ah terbatal, tidak diterima; dan membatalkan aqidah Islam, terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Orang-orang yg dapat neraka disebutkan dalam Ayat 19, Surah ali-Imran, Ayat 17 dan 18, Surah al-Ma'arij - Ayat 17: menolak al-Quran dan as-Sunnah, tidak menerima ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya; dan Ayat 18: mengumpulkan harta kemudian lupa haq Allah (a.w) pada harta-hartanya. Dan, Ayat 36, Surah al-Ahzab.
Saudara, dimensi terakhir ini akan kita teliti dalam post-post yg akan datang atas tajuk 'Pembaharuan dalam agama atau Bid'ah'. Majoriti umat Islam menolak hakikat ini, namun nas dan dalilnya jelas. Sesungguhnya setelah diberitahu, kekal menyangsikan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, akibatnya saudara sendiri yg tanggung. Syurga dan neraka itu pilihan bagi manusia. Kalau pilih agama Islam kemungkinan mendapat syurga wujud dengan syarat mereka patuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 103, Surah ali-Imran dan Ayat 59, Surah an-Nisa, dan Ayat 7, Surah al-Haysr dan lain-lain lagi ketetapan al-Quran dan as-Sunah.
Saudara, kita Islam tapi tak amalkan apa-apa yg diperintahkan, pasti masuk neraka. Kita Islam amalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tetapi ditokok tambah dengan amalan dan ibadah yg dipengaruhi oleh pendapat dan preskripsi manusia, tak dapat syurga. Ramai umat Islam memperolokkan ketetapan Islam mengenai bid'ah ini sehinggakan ramai yg yakin wujudnya apa yg mereka sebut 'bid'ah hasanah'- suatu pendirian yg menolak ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), wal iya zubillah. Mudah-mudahan saudara yg ikuti blog ini faham dan tidaklah terpengaruh oleh pendapat atau amalan orang majoriti setelah diberitahu ilmu mengenai sesuatu itu, insya Alllah.
 
Jazakallahu khairah
 
 
 

No comments:

Post a Comment