Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun lihat dengan teliti apakah panduan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan panduan Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Hadith) kepada kita, jika kita ingin menghindar diri dari menyimpang atau tergelincir dari mengikuti 'siratul mustaqim' iaitu jalan lurus ke syurga. Sebenarnya tiada jalan lain ke syurga kecualilah kita berpandukan panduan mutlak al-Quran dan as-Sunnah, bukan panduan atau berpandukan apa kata mereka yg dianggap ulama' atau ilmuwan atau mereka yg mengakui diri mereka ulama' dan ilmuwan! [Nota: Kalimah 'ulama' adalah kata plural atau jamak bagi kalimah 'alim' = orang yg berilmu. Dalam Islam orang 'alim' atau 'ulama' itu adalah mereka yg banyak ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka faham tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, mampu menjelaskan hukum-hukum dan mereka mengamalkan ilmu mereka sekuat mampu mereka dalam kehidupan sehari-harian mereka.]
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa antara sebab utama mengapa kita boleh menyimpang atau tergelincir dari 'siratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga itu - adalah kerana kita terlalu menumpukan hidup kita mencari kesenangan dan keseronokan dunia - kita tersangat cintakan dunia, dan lupa diri atau lupa bersedia untuk akhirat. [Nota: Ramai orang berada melabur dgn menjual-beli saham di BSKL, tetapi takpun membeli saham akhirat, demi akhiratnya]. Sebagai contoh: orang korporat sama ada pemilik sebuah syarikat korporat atau eksekutif tinggi syarikat atau pekerja syarikat korporat tersebut, sibuk dan disibukkan oleh urusan korporat syarikatnya, sehinggakan terlupa atau mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w). Terlalu banyak kerja. Terlalu banyak isu yg dihadapi. Terlalu banyak mesyuarat yg perlu dihadhiri. Terlalu banyak pelanggan yg perlu dilayani. Akibatnya, terlepas waktu solat 'Asar atau Maghrib. Kerana tidur lewat pula, terlepas Subuhnya. Bila dapat gaji dan bonos (terkadang 6 bulan) menghabiskannya bersiar di luar negara, melawat tempat-tempat menarik di dunia. Atau, wang simpanan dihabiskan untuk membina 'istana' atau 'mahligai' - rumah kediaman yg bukan sahaja besar, tetapi sebagaimana Istana, lengkap dgn pelbagai perhiasan yg mahal, lagi canggih, malah jambanpun disalut dgn cat emas atau lapisan emas! Namun, tidak terfikir untuk membela agama - fi sabilillah - dan membantu orang Islam yg dhaif dan memerlukan. Malah ada anak, orang korporat, yg tidak mahu membela kedua ibu bapa mereka yg sudahpun tua lagi dhaif. Sebaliknya, menghantarkan mereka ke rumah orang-orang tua untuk dijaga!
Saudara, di Shah Alam, itu di Seksyen 7, di kawasan baru Damansara, kita dapat lihat berapa banyak istana dan mahligai milik tokoh politik dan orang korporat. Berapa banyak pula Ferrari, Maserati, Mercedes, Porche, BMW, yg berbaris dalam pekarangan istana tersebut. Sudahkah mereka menginfaqkan sebuah Porche untuk fi sabilillah? Mudah-mudahan mereka yg mendiami istana dan mahligai tersebut, berkesempatan memikirkan apakah mereka sudah menyemak amalan dan ibadah mereka supaya pasti diterima Allah (a.w)? Apakah sudah cukup ibadah dan amal soleh yg berbagai bagi menyediakan diri untuk pelaburan akhirat mereka? Mereka sudahpun bersediake untuk mati dan menemui Allah (a.w)? Atau, mereka sudahpun menyediakan bekalan yg cukup untuk selamat di akhirat?
Saudara, dalam post terakhir itu juga disebutkan bahawa manusia itu takut mati, kerana apakala mati terputuslah segala nikmat dan keistimewaan dan kesenangan yg dinikmati ketika hidup. Maka mereka berusaha melalui pelbagai cara untuk memanjang usia, seolah-olah umur itu boleh dilanjutkan dgn sesuatu usaha. Maka pelbagai vitamin dan jamu serta ramuan farmasutikal yg dibaham setiap hari untuk melanjutkan umur dari 60 ke 70, dari 70 ke 80 dan dari 80 ke 90 dan seterusnya. Namun apabila dipanjangkan umurnya, masih belum mahu membersihkan amalan dan ibadahnya, kekal di tahap yg lalu, menyimpang jauh, tak dapat pahala, malah tergelincir dari Islam, tanpa disedari. Dalam pada itu kekal tercemar aqidahnya, kerana tak mahu mengaji dan belajar memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg sebenarnya. Inilah cntoh mereka yg mempersoalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dgn menyatakan antara lain, ketetapan Islam itu hanya sesuai untuk zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah sahaja, tidak zaman ini. Syariat Islam perlu diubah dan dijadikan lebih relevan dgn temadun dan kemajuan serta peredaran zaman. Islam perlu mengikuti zaman, bukan zaman mengikuti Islam, kalau Islam mau kekal relevan sebagai agama manusia! Wal iya zubillah.
Saudara, dalam post terakhir itu juga disebutkan bahawa manusia itu takut mati, kerana apakala mati terputuslah segala nikmat dan keistimewaan dan kesenangan yg dinikmati ketika hidup. Maka mereka berusaha melalui pelbagai cara untuk memanjang usia, seolah-olah umur itu boleh dilanjutkan dgn sesuatu usaha. Maka pelbagai vitamin dan jamu serta ramuan farmasutikal yg dibaham setiap hari untuk melanjutkan umur dari 60 ke 70, dari 70 ke 80 dan dari 80 ke 90 dan seterusnya. Namun apabila dipanjangkan umurnya, masih belum mahu membersihkan amalan dan ibadahnya, kekal di tahap yg lalu, menyimpang jauh, tak dapat pahala, malah tergelincir dari Islam, tanpa disedari. Dalam pada itu kekal tercemar aqidahnya, kerana tak mahu mengaji dan belajar memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg sebenarnya. Inilah cntoh mereka yg mempersoalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dgn menyatakan antara lain, ketetapan Islam itu hanya sesuai untuk zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah sahaja, tidak zaman ini. Syariat Islam perlu diubah dan dijadikan lebih relevan dgn temadun dan kemajuan serta peredaran zaman. Islam perlu mengikuti zaman, bukan zaman mengikuti Islam, kalau Islam mau kekal relevan sebagai agama manusia! Wal iya zubillah.
Saudara, pendapat dan pendirian sedemikian itu seolah-olah mengatakan bahawa Allah (a.w) itu cetek ilmunya - tak tahu zaman akan datang, jika tahu maka al-Quran itu sepatutnya flexi, boleh berubah ikut zaman atau Allah (a.w) memberi peluang kpd manusia (para pemimpin dan para ulama') untuk mengubahsuai Islam supaya kekal relevan untuk kurun 21 dan seterusnya. Ada yg berkata golongan pemimpin Kristian itu bijak mengubah kitab agama mereka, maka agama mereka sentiasa menarik minat manusia untuk menganutinya, wal iya zubillah. Dan, ada yg berpendapat pula bahawa al-Hadith itu sesuai untuk zaman Rasulallah (s.a.w), kerana beliau bercakap berdasarkan situasi atau masyarakat zaman tersebut. Mereka berkata al-Hadith tidak relevan lagi, kecuali disesuaikan interpretasinya, dgn sinario kurun 21 dan seterusnya. Umat Islam - pemimpin dan ulama' dan orang biasa - yg berpandangan sedemikian itu sebenarnya telahpun menyimpang dan tergelincir dari jalan lurus itu. Kerana masakan Allah (a.w) cetek ilmunya! Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 27, Surah Luqman dalam al-Quran, kalaulah ilmu Allah (a.w) hendak ditulis, ditebang kesemua pokok dan pohon di dunia ini untuk dijadikan pena/pen/pensil dan air lautan pula dijadikan dakwat untuk menulisnya, digandakan pula tujuh kali ganda, namun ilmu Allah (a.w) itu tidak akan habis ditulis!
Saudara, kta lihat seterusnya satu lagi al-Hadith tentang penjagaan diri dari menyimpang dari jalan lurus ke syurga, iaitu umat Islam dilarang menggunakan kepintaran dalam mentafsirkan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya hendaklah menggunakan ketetapan naqli, yakni apa yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana yg telah disampaikan dan dicontohkan, dari segi amalan dan ibadah, oleh Rasulallah (s.aw).
Saudara, kta lihat seterusnya satu lagi al-Hadith tentang penjagaan diri dari menyimpang dari jalan lurus ke syurga, iaitu umat Islam dilarang menggunakan kepintaran dalam mentafsirkan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya hendaklah menggunakan ketetapan naqli, yakni apa yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana yg telah disampaikan dan dicontohkan, dari segi amalan dan ibadah, oleh Rasulallah (s.aw).
Taqdimun-naqli ‘alal-‘iqli
(Mendahulukan manqul/Naqli (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) Mengalahkan ‘Akal/Rakyi)
Hadith di bawah in menyuruh kita supaya mengutamakan atau mendahulukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan jangan dipengaruhi oleh akal fikiran. Islam dan syaritnya tidak perlu dihalusi atau difikirkan secara mendalam. Yang diperlukan adalah mengerjakannya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ta’malu hazihil-ummatan bi-kitabillah, thumma ta’malu burhatan bi-sunnati Rasulaillah (s.a.w), thumma ta’malu bir-rakyi, faiza ‘amilu bir-rakyi, faqad dollu wa-adollu.’ (Yang bermaksud: Mengamalkan ini umat sebentar (i.e. suatu ketika, yakni suatu zaman) dengan Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kemudian beramal (ini umat) sebentar (i.e. suatu ketika, yakni suatu zaman) dengan sunnah Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Hadith), zaman kemudiannya beramal ini umat dengan rakyi (i.e. pendapat mereka sendiri), maka ketika beramal mereka dengan ‘rakyi’ (i.e. pendapat mereka sendiri), maka sesat mereka dan menyesatkan mereka (orang lain).) [Hadith Abu Ya’la di dalam Musnad]
[Nota: Melalui hadith ini Rasulallah (s.a.w) menceritakan transformasi aqidah umat Islam di akhir zaman. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) umat Islam berpandukan Kitab Allah (a.w) , i.e. al-Quran, dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dan dibantu pula oleh ‘al-Hikmah’ iaitu tunjuk ajar serta contoh perlakuan dan bimbingan Rasulallah (s.a.w), yang kemudiannya disemadikan menjadi suatu hazanah, apa yang dikenal sebagai ‘as-Sunnah’ (i.e. al-Hadith yang kita warisi sekarang ini). Rasulallah (s.a.w) memberitahu peralihan zaman dalam masyarakat umat Islam, akan berlaku. Pada suatu masa atau zaman umat Islam akan berpandukan kehidupan beragama (dan juga kehidupan dunia) dengan berpandukan kepada al-Quran. Maka aqidah mereka tetap benar, dan mereka Berjaya sebagai seorang iman. Kemudian diikuti suatu zaman pula bilamana umat Islam akan berpandukan as-Sunnah dalam beragama dan dalam menjalani kehidupan dunia yang diridhai Allah (a.w). Mereka tetap tetap benar dan selamat. Masih tidak menyimpang dari syariat Islam yang haq itu. Suatu zaman kemudian pula umat Islam akan mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka sebaliknya berpandukan kepada ‘rakyu’, yakni menggunakan akal fikiran (i.e. pemikiran, pendapat manusia dan kebijaksanaan manusia merumuskan sesuatu tentang Islam dan syariatnya, menggunakan akal fikiran). Panduan tersebut dihasilkan oleh golongan pemimpin umat dan para ulama’ mereka. Apabila ini berlaku, maka mereka sesat (yakni, pemimpin dan para ulama’) tergelincir dari mengikuti ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga). Segala amalan dan ibadah mereka, kerana tidak berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, batal dan batil, tak diterima Allah (a.w) dan sebaliknya mengkafirkan diri mereka atau menyingkirkan diri mereka sendiri, terkeluar dari Islam tanpa mereka ketahui. Mereka – para pemimpin dan para ulama’ – menyesatkan orang lain kerana mengajarkan dan memerintahkan pengikutnya beramal dan beribadah berdasarkan ‘rakyi’ tersebut, maka golongan pemimpin dan ulama’ tersebut, sudahlah mereka (pemimpin dan ulama’) tersesat atau menyesatkan diri sendiri, mereka pula menyesatkan orang lain (rakyat yang dipimpin dan pengikut yang mereka ajarkan berdasarkan rakyi (pemikiran). Kedua-dua rugi. Kedua-dua golongan – pemimpin dan ulama’ dan masyarakat yang dipimpin- masuk neraka, tak mendapat syurga.
Syariat Islam itu sebenarnya mudah sahaja. Apa yang diperlukan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) itu manusia hanya perlukan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam yang inginkan kepastian bahawa mereka mengikut syiar Islam yang benar dan mengamalkan amalan dan ibadah yang benar, wajib mengaji dan memahami ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Setiap orang yang memiliki ilmu yang dua – iaitu al-Quran dan as-Sunnah – dan beramal serta mengerjakan ibadah berpandukan panduan al-Quran dan as-Sunnah, pasti benar. Mereka berada di atas ‘siratul mustaqim’. Dan mereka wajib mendapat syurga dan selamat dari neraka (Ayat 13, Surah an-Nisa’). Sebaliknya, sesiapa yang mencampuradukkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dengan ketetapan manusia – sama ada dia pemimpin atau ummah tetap batil dan tergelicnri dari jalan lurus ke syurga itu. Apatah lagi pula apakala dalam zaman akhir yang disebutkan itu kepimpinan Islam dan para ulama’ mereka mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mengutamakan pula pendapat dan pemikiran mereka dan manusia lain, maka pastilah jelas sesatnya – yang mengajar dan menyuruh berpandukan rakyi sesat dan mereka pula menyesatkan orang lain. Dalam hadith disebutkan bahawa seseorang yang mengajar atau mengajak kepada kesesatan, dan diikuti oleh pengikutnya, maka dia (yang mengajar) berdosa dan orang yang belajar (pengikutnya) berdosa, dan orang yang mengajar itu mendapat pula dosa orang yang mereka ajak atau ajarkan kesesatan, tanpa mengurangi dosa mereka yang diajar atau diajarkan kesesatan.]
Saudara, alhamdulillah, kita telah lihat dalam satu siri posts terbaru ini beberapa panduan Islam tentang bagaimana menghindari diri dari menyimpang dari jalan lurus ke syurga, dengan menepati tuntutan Islam yg haq yg murni berdasarkan dan berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita berbuat dan berkeyakinan sedemikian, maka pasti mendapat syurga. Itulah janji Allah (aw) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan lain-lain ayat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment