Wednesday, October 24, 2012

Peringatan: Puasa Arafah tanggal 9 Zulhijjah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu dalam blog ini kita sebutkan tentang amalan utama dalam bulan Zulhijjah yg amat banyak manfaatnya kepda kita yg Islam dan beriman.
Insya Allah, Kerajaan telah umumkan bahawa Raya Haji = Aidul Adha jatuh pada Hari Jum'at, 26 Oktober 2012. Justeru itu, umat Islam akan merayakan Aidil Adha pada 10 Zuhijjah 1433 bersamaan dengan 26 Oktober 2012. Solat Aid Adha akan diadakan pagi hari itu - solat dua rakaat dan diikuti dengan bacaan khutbah Aid pula selepasnya. Selepas itu, dibolehkan menyembelih kurban. Amalan menyembelih kurban itu lebih utama dari perang sabil dari segi pahalanya, kerana pahala menyembelih kurban seekor lembu atau unta itu, hanya dikalahkan oleh seorang yg berjihad dengan membawa kesemua hartanya dan kemudian tidak kembali hartanya dan dirinya, i.e. dia terkurban dan hartanya habis dibelanjakan untuk perang fi sabilillah tersebut.
Syariat Islam memberi ruhsah kpd umatnya, bahawa apakala Aidil Adha jatuh pada hari Jum'at (sebagaimana esok), maka umat Islam yang telah bersolat Aid, dikecualikan daripada bersolat Jum'at, tetapi Solat fardu Zohor kekal wajib. (Nota: Solat jum'at dan Khutbahnya adalah menggantikan Solat Zohor. Jika sudah ada Solat Aid dan Khutbai Aid, maka tak perlulah Solat Jum'at, memadai Solat Zohor shaja. Tidak ada sebab mengapa umat Islam tidak mengerjakan Solat Aid. Justeru itu, taklah perlu di adakan Slat Jum'at pada 26 Okt. nanti).
Saudara, esok Khamis adalah 9 Zulhijjah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012. Di Arab Saudi jema'ah haji akan bertolak dari Mekah waktu pagi 9 Zulhijjah untuk Wukuf di Arafah. Masuk waktu Wukuf itu adalah bermula tergelincirnya matahari (= masuk waktu Solat Zohor) dan berakhir ketika terbenam matahari (= masuk waktu Maghrib). Wukuf di Arafah adalah permulaan ibadah Haji. Bagi umat Islam yg tidak mengerjakan haji, mereka digesa supaya mengerjakan Puasa Arafah, pada esok hari, dan mereka yg mengerjakannya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, amalan puasanya diterima, maka terhakislah dosa-dosanya (kecuali dosa besar) setahun yg lalu dan setahun akan datang pula.
Saudara, janganlah lepaskan peluang kurniaan Allah (a.w) itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment