Saturday, October 6, 2012

Ibadah dalam bulan Zulhijjah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah semak dan kini faham apakah amalan yg berupa ibadah yg amat memanfaatkan akhirat kita dalam bulan Zulhijjah itu. Kita tidak sentuk secara mendalam tahun ini mengenai ibadah haji, kerana dalam post-post tahun-tahun sebelum ini kita telahpun sentuh dgn panjang lebar kaedah dan cara mengerjakan ibadah haji yg ditetapkan mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita pesanannya: 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yg bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kamu mengerjakan ibadah haji kamu). Dan, hendaklah kita fahami ketetapan ini sebagaimana ketetapan lainnya dalam Islam atau syariat Islam itu adalah pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amila 'amilan laisa minni fahua raddun' (Yg bermaksud: Barangsiapa mengamalkan sesuatu amalan (dan ibadah) yg tidak didatangkan dari (atau dibawakan atau ditunjukkan atau didemokan oleh) aku (Nabi), maka amalan itu tidak diterima Allah (a.w)). Begitu jugalah ibadah haji.
Saudara, dalam perkara ibadah dan amalan dalam Islam janganlah kita terpengaruh dgn kata-kata spt 'pendapat jumhur ulama' atau pendapat syeikh sianu sianu tentang itu dan ini, kerana kebenaran dalam Islam itu hanya pasti dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka Allah (a.w) perintahkan pada Ayat 59 ,Surah an-Nisa', kalau kita meragyui sesuatu perkara, maka kita wajib rujuk untuk keputusan yg benar, kpd al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, bagi orang yg tahu dan faham dua ilmu yg diwajibkan atas setiap orang Islam yg beriman pelajari dan fahami, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kita diberitahu bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah yg pasti diterima Allah (a.w). Ada banyak amalan dan ibadah serta kelaziman budaya orang Islam Melayu yg batal dan batil, dikerjakan oleh mereka dalam kejahilan atau dikerjakan kerana mengikut pendapat sipolan dan sipolan, walhal mengikut ilmu yg haq tersebut, batal dan batil semuanya. Dikerjakan, tapi tak dapat pahala, malah mendapat dosa dan lebih teruk lagi, membatalkan keIslaman kita yg mengamalkannya, wal iya zubillah.
Saudara,
Dalam bulan Zulhijjah itu ada tiga amalan atau ibadah yg besar pahalanya, iaitu: pertama, ibadah haji dan umrah; kedua, ibadah kurban ataui menyembelih kurban, dan ketiga, puasa sehari pada tanggal 9 Zulhijjah, aitu hari jema'ah bakal haji Wukuf di Arafah.
Saudara, ibadah haji yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam kesemua rukunnya, tidak memungkinkan dapat 'haji mabrur' = haji yg membersihkan pelakunya dari segala dosa dan diibaratkan kembali keadaan fitrah sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya dulu. Ramai orang naik haji tapi tak dapat taraf kemabruran tersebut setelah berpenat dan bersusah payah dan menghabiskan wang ringgit yg banyak, termasuklah mereka yg mampu duduk 'suite class' dalam mengerjakan hajinya! Untuk kepastian apakah ibadah haji yg memungkinkan kita dapat haji mabrur itu, hendaklah kita belajar syariatnya. Dalam perkara ini kita akan dapati Tabung Haji mengajarkan banyak kebatilan, jika kita bandingkan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Nak tahu belajarlah ilmu yg benar lagi betul. Paling kurang dlm blog ini kita sebutkan basicsnya.
Ibadah kedua yg amat besar pahalanya adalah ibadah kurban atau menyembelih kurban - seekor lembu atau seekor kambing - pada 10 Zulhijjah (selepas Solat Aid) dan boleh dikerjakan sehingga masuk waktu 'Asar pada 12 Zulhijjah. Kita telahpun tahu ilmunya kerana dalam post-post terbaru blog ini kita telah muatkan. Pahala kurban menyembelih seekor lembu itu mengatasi pahala orang yg berjihad fi sabilillah (yakni, berperang kerana menegakkan agama Islam). Pahala orang yg menyembelih kurban itu hanya diatasi atau dikalahkan oleh orang yg keluar berjihad (berperang) pada jalan Allah (fi sabilillah), dgn dirinya dan kesemua harta miliknya, dan kerana jihad itu dia terbunuh dan hartanya habis kesemuanya. Begitulah hebatnya pahala menyembelih kurban itu. Orang yg sedemikian itu mendapat syurga secara pasti mengikut ketetapan Islam (al-Quran dan as-Sunnah).
Ibadah berpuasa (puasa sunat) hari Wukuf (yakni, Puasa Arafah) pada 9  Zulhijjah itu menghapuskan segala dosa-dosa kita (selain dosa besar yg mewajibkan hukum had) setahun - iaitu tempoh 9 Zulhijjah tahun lalu hinggalah 9 Zulhijjah tahun ini.
Saudara, dalam blog ini kita telah tahu bahawa setiap orang Islam yg beriman itu melalukan dosa - kerana percakapan dan perlakuannnya - sehari semalam minmum sebanytak 2,500 dosa-dosa kecil. Sebahagian dosa-dosa kecil itu boleh dihakis oleh perlakuan berwudu', mengerjakan solat-solat sunat, mengerjakan Solat Tasbih, tetapi hendaklah kita pastikan bahawa dosa-dosa itu dihapuskan dengan berpuasa sehari pada 9 Zulhijjah - Puasa Arafah itu. Mudah sahaja berpuasa sehari. Jema'ah bakal haji tidak dibenarkan mengerjakan Puasa Arafah ini. Bagi mereka tak perlupun, kerana ketika berwukuf di Arafah itu mulai tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) hingga tamat waktunya keluar dari Arafah sebelum masuk waktu Maghrib, berdoa, berzikir dan berwirid sebanyak-banyaknya dan kemudian menjamakkan serta menqasarkan Zohor dan 'Asar, terhapuslah dosa-dosa mereka yg lalu.
[Nota: Hendaklah kita puasa menjaga kesemua pantang larangnya, termasukkan kemaksiatan dari panca indera kita sebagaimana Puasa Ramadhan yg telah  kita selesai kerjakan lalu].
Kita lihat sandaran nas dan dalil mengenai Puasa Arafah ini di bawah:

Puasa Sunat Hari Wukuf 

Ada di kalangan umat Islam yang ingin menambah pelaburan untuk kehidupan di Akhirat kelak, justeru mereka mencari-cari pelbagai peluang untuk menimba keuntungan (yakni pahala untuk bekalan Akhirat) semasa hidupnya. Diantara amalan yang memberikan dividen Akhirat yang banyak, Insya Allah, adalah berpuasa pada 9 Zulhijjah, iaitu hari Wukuf (i.e. Puasa Arafah) itu. Sepotong hadith di bawah ini menyebutkan perkara ini.
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abi Qatadah (r.a), katanya: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Puasalah pada Hari Arafah, sesungguhnya mencari pahala aku pada Allah (a.w) agar menghapus dosa (oleh Allah (a.w)) (dosa-dosaku) setahun yang sebelum Hari Arafah dan setahun sesudah Hari Arafah.’ [Hadith sahih riwayat at-Termizi] 
Hadith ini menjelaskan kefadhalan berpuasa pada hari Wukuf sehari. Pahalanya menghapuskan segala dosa setahun yang lalu dan untuk setahun kemudiannya pula sehingga menjelang hari wukuf tahun berikutnya.
Mudah-mudahan sdr teringin menambah pelaburan akhirat dgn mengerjakannya. Segala amalan atau ibadah itu mendatangkan pahala, dan banyak amalan yg menggandakan pahala, yg merupakan pelaburan untuk akhirat kita. Ingatlah setiap dosa itu mewajibkan dibersihkan dalam neraka dahulu sebelum diberi syurga, kalaulah kita layak mendapat syurga setelah dihisab amalan kita semasa hidup di dunia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment