Sunday, October 28, 2012

Menjaga Diri Demi Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, dalam post sebelum ini mengenai tajuk ini, kita telah faham bahawa pertama, kalau nak jadi seorang Islam yg sebenarnya itu, kita wajib ambil dan terima keseluruhan ketetapan Islam - yakni, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita tak boleh pilih-pilih sebagaimana kita memilih  kemahuan dunia kita - kita ambil yg kita suka dan tolak atau ketepikan yg kita tak suka. - Ayat 208, Surah al-Baqarah. Allah (a.w) berikan kelonggaran hanyalah setakat kerjakan apa-apa yg disuruh amal dan ibadahkan sekuat mampu kita, dan tinggalkan atau jauhi sesuatu yg di tegah atau dilarang. Kedua, kita diwajibkan ikuti as-Sunnah - terima segala sesuatu yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) - yg disuruh buat, amalkan sekuat mampu kita, dan yg ditegah atau dilarang jauhi atau tinggalkan. 
Saudara, jelaslah bahawa untuk menjadi seorang Islam yg berjaya di akhirat kelak, dua prinsip ini amat penting. Maka dgn itu, sesiapa yg menepati prinsip/ketetapan utama ini, maka kesudahannya disebutkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu (i.e. taatkan perintah Allah (a.w) = ikuti al-Quran, dan taatkan perintah Rasulallah (s.a.w) = ikuti ketetapan as-Sunnah, pasti dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga). Kita jangan lupa bahawa ketentuan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu melibatkan atau termasuk ketetapan dalam Ayat 103, Surah ali-Imran - kewajipan berjema'ah dalam Islam dan Ayat 59, Surah an-Nisa' - kewajipan mentaati 'ulil amri' - orang yg diberi mandat menguruskan jema'ah umat Islam (yakni: kepimpinan dan para ulama'). Kita telah jelaskan dalam post yg lalu bahawa ketaatan terhadap kepimpinan dan ulama' itu tidak mutlak = tidak absolute, tetapi tertakluk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ketetapan atau ijtihad kepimpinan dan ulama' menyanggahi atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bererti ketetapan atau ijtihad mereka itu adalah suatu kemaksiatan, maka tidak perlu didengar dan tidak perlu ditaati. 
Saudara, kita teruskan perbincangan kita selanjutnya menyentuk beberapa aspek atau dimensi lain yg wajib kita ambil perhatian dan ingatan untuk mempastikan kita berada di jalan yg lurus = siratul mustaqim itu, iaitu menghapuskan kejahilan kita tentang Islam dan tuntutan Islam yg haq, maksudnya, kita wajib mengilmukan diri kita dan kemudian menyemak amalan dan ibadah kita, mempastikan kita tidak mengikuti atau mengamalkan kebatilan atau mengamalkan setiap sesuatu yg tidak termasuk dalam ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. 

Meghilangkan Kejahilan dan Berbekallah (untuk akhirat) dengan Ilmu  (Raf’ul jahli wat-tazauwudu bil-‘ilmi)

(a) Kepupusan Ilmu 

Diriwayatkan hadith dari Abdullah b ‘Amru b. ‘Ass berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yaqbidul-ilma in tiza’an yantazi’uhu minal ‘ibadi, wa-lakin yaqbidul-ilma bi-qabdil-‘ulama’-i, hatta iza lam yabqi ‘alimat-takhazun-nasu ru-usanan juhhalan, fa-suilu fa-aqtau bingairi ilmin, fadallu wa-adallu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menggenggam pada ilmu (i.e. menghapuskan ilmu tentang Islam dan ketentuannya) dengan mencabut Allah (a.w) pada ilmu dari beberapa hambanya (yang berilmu), akan tetapi menggenggam (i.e. menghapuskan ilmu oleh) Allah (a.w) dengan mematikan para ulama’ (i.e. orang yang berilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah), sehingga ketika tiada menyisakan (i.e. tiada baki) pada orang ‘alim (i.e. yg berilmu), maka mengambil manusia beberapa pemimpin (yang memimpin jema’ah umat Islam) yang bodoh (i.e. jahil), maka bertanyakan mereka (tentang fatwa mengenai sesuatu ketetapan Islam), maka menjawab mereka (i.e. memberi fatwa dan ketetapan atau ijtihad) dengan tanpa ilmu, maka mereka (sendiri) sesat dan menyesatkan pula (orang yang bertanya atau orang lain)). [Hadith Bukhari, dalam Kitab Ilmu] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa ilmu mengenai Islam yang haq itu akan pupus apabila Allah (a.w) mematikan orang yang berilmu seebelum sempat mereka menyampaikan ilmu kepada orang yang tinggal atau sebelum sempat orang yang masih hidup mengambil ilmu tersebut dari mereka. Maka kerana kepupusan ilmu itu maka orang yang tinggal ingin mengetahui sesuatu tentang sesuatu ketetapan Allah (a.w) atau tentang agama Islam, termasuklah perkara menyentuh bentuk-bentuk ibadah dan amalan yang benar dalam Islam, cara dan kaedah mengamalkannya, maka para pemimpin (i.e. para ‘ilmuwan’ yang terbaki yang masih hidup akan memberi fatwa atau ketetapan tentang Islam dalam kejahilan, maka orang yang memberi ketetapan sesat dan dia pula, kerana ketetapan yang tidak didasari ilmu, menyesatkan orang yang meminta nasihat agama dari mereka. Hari ini sudah banyak terjadi kerana tidak ramai ilmuwan yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka mungkin dianggap berilmu melalui bacaan kitab-kitab dan karangan manusia, tetapi kebenaran kitab-kitab atau buku-buku tersebut dipersoalkan kerana tidak bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, lebih kepada pendapat dan pandangan mereka atas perasaan mereka sendiri. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran persangkaan itu bukan perkara yang haq, maka pasti tidak benar dalam konteks Islam (Ayat 36, Surah Yunus).] 
(b) Mengidolakan Orang Kafir 

Diriwayatkan hadith dari Abi Said (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La-tattabi’unna sunana man qablakum syibran bi-syibran, wa-zira’an bi-zira’an hatta lau salaku juhra dobbi la-salaktumuhu.’ (Yang bermaksud: Nescaya akan mengikuti sungguh kamu sekelian beberapa sunnah (jalan tau perlakuan) orang-orang sebelum kamu sekelian satu jengkal demi satu jengkal, sehasta demi sehasta, sehingga seandainya lalu mereka (yakni, masuk) ke lubang biawak (dob) nescaya lalu (yakni, masuk) kamu sekelian ke lubang itu). Berkata aku (Abi Said bertanya): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Orang Yahudi ke orang Nesrani ke?’. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Fa-man?’ (Bermaksud: Siapa lagi?). [Kitab Bukhari, Kitab Hadith Mengenai Para Nabi]
[Nota: Orang Yahudi dan orang Nesrani digolongkan kaum yang sesat dan syirik oleh Allah (a.w) dan mereka tidak mahu menerima al-Quran dan tidak mengaui kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w). Maka mereka itu sesat, kafir dan syirik dan menentang Allah (a.w). Syaitan pula sentiasalah membuat muslihat bahawa orang iman ikuti jejak langkah mereka dan cara hidup mereka, supaya orang iman jatuh kufur dan sesat pula. Raslallah (s.a.w) dalam hadith ini menyebut sinario akhir zaman apabila orang Islam mengikuti cara hidup dan jalan agama orang Yahudi dan Nesrani, sedikit demi sedikit, tetapi pasti akan mengikuti mereka walaupun lahiriahnya Islam. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa orang Yahudi dan Nesrani itu hanya senang hati apakala orang Islam mengikuti mereka – agama dan cara hidup mereka. Hari ini, semakin ramai orang Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) sebagai senikata dalam lyric lagu-lagu. Nyanyian mereka itu seringkalilah pula di siarkan dalam TV dan dijadikan salah satu daripada aturcara atau program dalam pelbagai upacara resmi keagamaan. Sistem menyanyikan lagu-lagu ala agama itu adalah amalan orang Nesrani dan Yahudi dalam gereja dan sinagog mereka. Ini adalah antara contoh-contoh betapa liciknya kaum Nesrani dan Yahudi yang merupakan tentera syaitan dikalangan manusia yang membantu syaitan menyesatkan umat Islam, tanpa mereka sedari. Begitu jugalah dalam konteks aurat, masyarakat Islam begitu terpengaruh dengan cara pakaian orang Islam moden, yg sebenarnya dicipta dan dipelopori dan dipromosikan oleh Nesrani dan Yahudi, walaupun nampak menutup aurat, tetapi sebenarnya adalah orang yg telanjang walaupun berpakaian, kerana nampak susuk badan serta perhiasan tubuh mereka, sesuatu yg Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan umat Islam supaya tidak mendedahkan ‘perhiasan diri’ mereka.] 
Saudara, demi keselamatan dan kesejahteraan akhirat kita, hendaklah kita berusaha mengilmukan diri kita sendiri denagn ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kita wajib pelajari al-Quran dan as-Sunnah melalui kaedah dan tradisi Islam, iaitu sistem dan kaedag berguru secara berdepan (manqul) sebagaimana Rasulallah (s.a.w) menerima Islam mengenai Islam daripada Allah (a.w) melalui gurunya Jibril (a.s). Rasulallah (s.a.w) belajar dan diajarkan al-Quran, kemudian hikmah, oleh Jibril (a.s) yg diutus Allah (a.w) memanqulkan al-Quran. Hanya melalui sistem dan aedah sedemikian itu barulah pasti bahawa kita mendapat ilmu yg benar-benar murni yg tidak dicemari oleh sesuatu apapun - lebih-lebih lagi pencemaran amalan kerana ada manusia yg 'bijak' cuba menunjukkan kebijaksanaan mereka tentang agama, menggunakan akal fikiran membuat pelbagai interpretasi dan andaian walhal mereka sebenarnya jahil lagi sesat. Kerana? Mereka tidak mempelajari Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dari guru yg faham, tetapi berpanduan kebijaksanaan manusia.Malah, hari ini, majoriti umat Islam belajar agamanya melalui kitab atau buku karangan manusia, bukan menggunakan teks al-Quran atau hadith.
Mudah-mudahan kita tidaklah berbuat sedemikian. Kita wajib faham pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa beliau wariskan kita dua perkara yg kalau kita berpandukan kedua-duanya pasti kita berada di atas 'siratul mustaqim' itu, tak sekali-kali kita akan tersesat mencari menyediakan diri untuk mendapat syurga, dan syurga itu pasti kita dapati. Kalau kita berpedomankan selain al-Quran dan as-Sunnah, counter factualnya, pasti kita akan sesat dan menyimpang dari siratul mustaqim itu, pasti tak dapat syurga, pasti terjerumus masuk ke dalam neraka, wal iya zubillah.
Saudara, kalau kita adalah orang iman = orang yg yakin setelah mati ada azab kubur, ada perhimpunan raksaksa manusia di padang mahsyar, ada hisaban dosa dan pahala, dan akhir ada syurga dan neraka, destinasi semua manusia, maka wajiblah kita hapuskan kejahilan kita tentang Islam, beramal dengan amalan dan ibadah yg betul dan tidak dibatalkan oleh segala sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita perlu segera hisab amalan dan ibadah kita, kerana kita belum tahu bila kita terlepas peluang, apabila ajal kita sampai.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment