Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang tajuk di atas. Bagi orang Islam yg beriman, akhirat itu segala-galanya. Dunia itu tidaklah matlamat hidup yg muktamad. Akhirat itu adalah lebih utama dan tidak sekali-kali patut diremehkan. Allah (a.w) memberitahu bahawa kesudahan semua manusia bukanlah kematiannya, tetapi kehidupan selepas matinya, terutama kehidupan di akhirat apabila sudah dihisab dan ditentukan dimana akhirnya kita berada. Hanya dua tempat disediakan oleh Allah (a.w) - syurga bagi mereka yg berjaya dan neraka bagi mereka yg gagal. Seseorang itu boleh berjaya dan mulia di dunia - kerana kedudukannya, hartanya, kemewahannya, ilmunya, kepintaran otaknya, kejayaan anak-anak dan cucu cicit warisannya di dunia, dan seumpamanya. Tapi di akhirat mereka papa kedana, miskin dan hina dan tersiksa.
Saudara, bagi kita yg Islam dan berilmu (dgn imu ahirat) tahu kerana Allah (a.w) memberitahu contoh-contoh manusia yg kufur atau tidak Islam semenjak zaman Adam (a.w) - spt Qarun (orang terkaya di dunia), Firaun (orang yg berkedudukan begitu tinggi di hormati dan digeruni oleh manusia zamannya), Haman (pencipta paling agung zaman Musa (a.s)), Sa'labah (orang yg terkara dalam zaman Rasulallah (s.a.w) - yg bermula dari kepapan dan kemiskinan sehingga menjadi kaya raya. Tiada seorangpun di dunia kini sekaya manapun yg dapat menandingi kekayaan mereka. Atau, menjadi raja atau pemimpin yg dapat mengalahkan kekayaan, kekuasaan dan kedudukan Firaun. Di akhirat kelak, ahli atau penduduk syurga yg termiskin, memiliki harta kekayaan bernilai 10 kali dunia dan seisinya, mempunyai isteri hurul-ain seramai 72 orang, dan memiliki rumah yg setiap sebuahnya sebesar sejauh berpuluh kM yg dibina dari emas dan permata. Hurul-ain itu pula adalah wanita yg tercantik, tidak dapat dikalahkan wanita dunia yg tercantik.Hurul-ain itu, walaupun memakai tujuh lapis sutera halus di tubuhnya, masih boleh dilihat saluran darahnya. Tidak ada wanita dunia yg secantik itu. Demikianlah, begitu hebatnya alam akhirat berbanding dgn alam dunia sekarang. Namun, manusia itu hanya mengenali kenikmatan dan kebesaran serta kehebatan seseorang apabila boleh dilihatnya dgn mata kepala mereka, yg boleh dinikmati oleh panca indera mereka. Jelaskan keyakinan akhirat itu menentukan apakah manusia itu benar-benar beriman atau tidak!
Saudara, itulah bayangan nikmat atau kejayaan akhirat yg menunggu kita yg berjaya di akhirat. Yg gagal? Tempatnya di neraka, diberi makanan dari buah zakum yg berduri, minum air panas bercampur nanah - seumpama ketulan lemak - yg mendidih pula dan disiksa setiap saat dan ketika. Di dunia, kalau kita disiksa seumpama dipukul atau ditikam atau disembelih dgn pedang dan sebagainya, kita mati selesai siksaan yg kita hadapi atau alami. Di akhirat siksaan itu tidak berhenti. Walaupun luruh daging di badan kita kerana dibakar, atau hancur isi perut kerana minum air neraka, atau terbakar telapak tangan dan kaki kerana berada di dalam kawah neraka atau mendaki gunung neraka, yg semuanya api, namun Allah (a.w) gantikan semula anggota badan kita - daging dan segala-galanya, kemudian dibakar semula. Tidak ada kesenangan dan keselesaan. Justeru itulah wajib kita berwaspada mempastikan kita menjaga diri - dalam amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehidupan dunia - demi akhirat kita.
Saudara, satu perkara lagi yg wajib kita sedari adalah pesanan dalam hadith berikut: Tidak dapat dinafikan tidak ada manusia - Islam ataupun tidak Islam - yg tak sukakan dunia (= kekayaan, kemewahan, kesenangan, kedudukan tinggi) yg disanjung manusia, yg diidolakan oleh manusia, dan yg dia berkuasa untuk mendapatkan apa kemahuan hati sanubarinya. Namun, dalam kekayaan, kemewahan, kedudukan dan apa saja mertabat dunia kita, kita mempunyai tanggungjawab yg berat mematuhi ketetapan Allah (a.w). Lebih kaya dan lebih mewah hidup kita, lebih besar tanggung jawab kita terhadap Allah (a.w), lebih membahayakan akhirat kita. Namun, dalam sepotong hadith qudsi Allah (a.w) memberitahu bahawa harta kekayaan dunia itu milik Allah (a.w0, dan syurga itu milik Allah (a.w), maka Allah (aw) suruh manusia (i.e. orang iman) belilah syurga itu dgn kekayaan yg diberikan oleh Allah (a.w). Jika tersilap, dan biasanya, majoriti yg kaya, berada dan meah itu, akan disiksa oleh kekayaanya kelak, di dalam kubur dan di akhirat, apabila dia lupakan tanggung jawab fi sabilillah...
‘Adamul maili wal-‘isyqi bimata’d-dunya
Condong (cenderong) kpd Harta dan Cintakan (asyikkan) Kesenangan Dunia)
Hadith ini menyebutkan bahawa jangan tertipu atau terpengaruh oleh perlakuan atau amalan yang kelihatan begitu menarik dan baik dalam mengerjakan amalan, walhal kesemua itu adalah ‘pembaikan’ yg batil semata-mata. Dalam kejahilan kita beranggapan bahawa amalan dan ibadah mereka yg membuat perubahan itu begitu murni, tapi dengan llmu, jelas batil dan menyimpang. Hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam dilanda oleh penyakit cintakan dunia sehinggakan berusaha bertungkus lumus disbukkan kerana menumpukan segala tenaga dan masa untuk mencari dunia, takutkan mati, tetapi dalam perkara akhirat menyedikitkan masa serta tumpuan terhadap tuntutan agama.
Diriwayatkan hadith dari Thu’ban berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yusyikul-umamu an tada’a ‘alaikum kama tada’ie akalatu ila qos’atiha.’ (Yang bermaksud: Hampir beberapa umat Islam bahawasanya saling mengajak (bertujuan) mengalahkan kamu sekelian (dalam urusan agama kamu) sebagaimana saling mengajak orang-orang yang makan pada pinggan (makanan) mereka. Maka berkata orang-orang yang berkata (yakni, para sahabat yang hadhir): ‘(Adakah) Kerana sedikitnya (kami, orang Islam) di hari itu?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bal antum yauma-izin kathirun, wa-lakinnakum ghusyaun ka-ghusyais-saili wa-layanzi’annallahu min suduri ‘aduwakumul-mahabata minkum, wa-layaqzifannallahu fi qulubikumul-wahna.’ (Yang bermaksud: Bahkan bahawasanya kamu pada hari itu ramai, dan akan tetapinya kamu sekelian (seumpama) buih sebagaimana buih ketika banjir. Nescaya mencabut sungguh Allah (a.w) dari beberapa dada (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu sekelian, dan nescaya meletakkan sungguh-sungguh oleh Allah (a.w) di dalam dada (hati) kamu sekelian lemah (i.e. perasaan lemah semngat). Maka berkata orang yang berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan apakah ‘wahnu’ itu? Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hubbud-dunya wa-karihiyatul-mauti.’ (Yang bermaksud: Cintakan dunia dan takutkan mati!). [Hadith Abu Daud, Kitab Malaham]
[Nota: Pada bahagian permulaan hadith ini Rasulallah (s.a.w) membayangkan dalam perbidalan bahawa aka nada umat Islam yang mengajak orang iman yang berpegang kepada Islam yang haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bahawa mereka mengikuti ajakan mereka yang begitu menarik dan mengkagumkan, seumpama orang yang sedang makan mengajak mereka makan bersama. Suatu ajakan yang amat mudah diterima oleh orang yang diajak, sebagaimana mudahnya orang yang mengajak itu menjemput mereka kepada juadah yang amat menyelerakan. Tujuan mereka mengajak adalah untuk mengalahkan mereka yang diajak, dan mengikuti amalan dan perlakuan mereka yang mengajak. Begitulah halus dan tidak diketahui hasrat dan motif sebenar mereka yang mengajak itu. Apabila ditanya oleh para sabaha apakah sinario tersebut timbul kerana sedikitnya umat Islam? Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak kerana sedikit, malahan umat Islam, termasuklah jema’ah umat Islam. Masa itu ramai, tapi tak kuat dan tak kental iman mereka, malah tak gunapun untuk menegakkan kebenaran Islam. Allah (a.w) menjadikan hati mereka yang tidak Islam itu berani dan semakin berani berdepan dengan orang Islam, dan orang Islam pula semakin takut dan curiga dan tidak berani berdepan dengan orang bukan Islam. Umat Islam diselubungi oleh perasaan gementar dan lemah semangat dalam banyak perkara sehingga boleh dikalahkan oleh orang lain. Semua ini adalah kerana umat Islam ketika itu sudah terlalu cintakan keduniaan dan segala sesuatu yang enak dan menyeronokkan dalam dunia, dan mereka takut mati, kalaulah mereka terpaksa berjuang, mereka takut.
Hari ini sudah ramai umat Islam yang lemah apabila berdepan dengan orang bukan Islam, sehinggakan mereka tidak membantah apa-apa perbuatan dan perlakuan serta kata-kata cacian serta tohmahan orang bukan Islam yang mengkritik dan menghina tutntuan Islam yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Malah mereka sendiripun sanggup menghina Islam tanpa menyedri bahawa perbuatan atau kata-kata mereka itu menentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang diberi jawatan untuk mentadbirurus agama Islam dan umat Islam pula sering berwaspada mengeluarkan ketetapan dan fatwa, takut terbarailah dunia mereka dengan dicutkan jawatan dan kedudukan duniawi mereka. Jelaslah semakin ramai umat Islam itu lemah apakala mereka cintakan dunia dan mereka juga takut mati.]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) nasihatkan kita janganlah kita terlalu cintakan dunia sehingakan kita terlupa membuat persediaan untuk menjamin kesejahteraan akhirat kita. Sebenarnya, kalaulah kita orang yg kaya dan mewah, maka contohilah perlakuan Abu Bakar as-Siddiq (r.a), Omar bin Khattab, yg menginfaqkan begitu banyak harta kekayaannya untuk Islam. Harta adalah satu-satu cubaan amat hebat bagi manusia, terutama kita yg Islam.
Saudara, orang Iman yg miskin, bukan kerana dia tak berusaha, tetapi sudah begitu qadarnya, jika menjadi ahli syurga, mereka masuk syurga 50,000 tahun lebih awal dari orang kaya. Sehari di akhirat itu sama dgn 1,000 tahun di dunia. Oleh itu, berapa lama terpaksa berpanas di padang mahsyar untuk hisaban yg terperinci itu - dalam kelaparan dan kehausan! Kalau kita yg kaya dan mewah adalah umat Rasulallah (s.a.w) yg benar - iaitu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah - maka kita dibenarkan oleh malaikat, sebelum berhimpun di padang mahsyar itu, minum air Telaga al-Kauthar. Sekali minum tidak akan haus selama-lamanya. Kalau kita Islam tapi mencampur adukkan pula sumber dan panduan amalan dan ibadah kita, segala-galanya tidak diterima oleh Allah (a.w) dan kita bukanlah umat Nabi (s.a.w), maka tersisih kita dari mendapat minuman dari al-Kauthar. Kita pula orang terkaya dan termewah, semasa hidup bakhil dalam menginfaqkan harta dan kekayaan demi sabilillah dan membazirkan pula harta, atau mewariskan harta kita kpd anak cucu, yg membazirkannya, yg tidakpun menginfaqkkannya, malah menggunakannya untuk kebatilanl dan kemaksiatan, maka lebih lama lagi hisaban kita! Oleh itu berwaspadalah. Ketika ingin mendekati Telaga al-Kauthar, para malaikat tidk membenarkan kita menghampirinya, apatah lagi minum airnya. Kerana banyak harta dan kekayaan dan batil kegunaannya, maka lagi kaya lagi besar kemungkinan masuk neraka atau, kalau berjaya di akhiratpun, lambat dapat masuk syurga, kerana Allah (a.w) akan mengodit kekayaan dan kemewahan kita secara terperinci, sebelum dapat diberi peluang masuk syurga. Pastilah akan terungkap segala salah laku kita semasa di dunia ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment