Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun lihat nas dan dalil hadith tentang siapakah atau golongan manakah yg diakui oleh Islam sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'h'. ASWJ itu menepati dua pra-syarat, iaitu mereka beramal dan beribadah dan memandu hidup duniawi mereka menepati ketetapan al-Quran dan as-sunnah dan mereka berjema'ah dalam Islam.
Majoriti umat Islam di Malaysia tidak faham konsep dan hakikat ASWJ itu. Mereka tidak faham kerana mereka tiada ilmu yg hak iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau mereka mempunyai ilmu yg cukup tersebut, maka mereka akan tahu bahawa seseorang itu hanya boleh diiktiraf Islamnya benar jika mereka tidak beramal dan beribadah dan memandu kehidupan duniwai mereka dgn membelakangkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Seseorang itu diiktiraf Islam jika mereka bersyahadah - mengakui tiada tuhan yg berhak disembah kecuali atau selain Allah (a.w) dan Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w) i.e. Rasulallah (s.a.w)). Setelah mengakui sedemikian dgn penuh yakin, seseorang Islam itu akan beramal dan beribadah hanya berlandaskan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan berdasarkan apa kata manusia, walaupun yg berkata itu digelar ulama' oleh masyarakat sezaman. Maka dgn itu dalam hadith yg kita lihat dalam post sebelum ini, kita diberitahu bahawa di akhir zaman kelak, mengikut apa yg diceritakan (i.e. dibayangkan) oleh Rasulallah (s.a.w), ada 73 golongan umat Islam atau ada 73 'brand' Islam, kesemuanya mengakui mereka bukan sahaja Islam tetapi adalah calun syurga! Tapi, jelasnya hanya 1/73 golongan i.e. satu jenis atau 'brand' Islam yg berjaya mendapat syurga, manakala 72/73 yg lain tak dapat syurga, walaupun Islam, sebaliknya, masuk neraka! Mereka tak dapat syurga kerana mereka membelakangkan sabda Rasulallah (s.a.w), kerana mereka mengerjakan segala amalan dan ibadah yg sama sekali tidak sejajar dgn apa yg diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, kalaupun lahiriahnya mereka Islam, tetapi orang Islam yg rugi, beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan dunia, membelakangkan preskripsi Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w). Dan, kalaupun mereka kononnya menepati as-Sunnah, namun mereka tidak pula berjema'ah. Maka mengikut hadith yg kedua dalam post tersebut, mereka juga masuk neraka. Orang Islam yg berjaya mendapat syurga itu kalau mereka ikuti ketetapan al-Quran sepenuhnya dan mereka dalam waktu yg sama berjema'ah. Golongan Islam sedemikianlah yg rugi sebagaimana ruginya manusia yg tidak Islam. Walau bagaimana baiknya mereka di dunia, sanggung menyedekahkan harata kekayaan mereka, namun tiada untungnya, kerana apabila mati mereka, mereka disiksa dalam kubur, ketiba kiamat dunia, orang Islam lain berkumpul di padang mahsyar, mereka dihalau oleh malaikat ke neraka. Hanya setelah menjalani pembersihan atau 'pemutihan' dalam neraka, kerana wujud keimanan sebesar zarah atau semut hitampun dalam kalbu mereka, mereka akan diberi ganjaran syurga. Orang kafir tidak mendapat syurga, walau bagaimana warak dan dermawan mereka sekalipun. Kerana untuk mendapat syurga manusia itu wajib anuti agama Islam. Orang Islam yg meninggalkan segala atau sebahagian suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah s.a.w), tetapi tidak beramal dan beribadah sejajar dgn ketetapan as-Sunnah, maka mereka adalah ahli neraka. Dimasukkan ke dalam neraka.
Saudara, untuk mempastikan kita yg Islam dan beriman itu berjaya mendapat syurga, kita perlulah beramal dan beribadah menepati ketetapan as-Sunnah atau sama dgn apa yg diamalkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kalau kita semak kesemua amalan dan ibadah kita semasa, kita semak apakah sejajar dgn as-Sunnah, maka kita boleh pastikan bahawa kita berjaya separuh sebagai orang iman. Belum berjaya mendapat syurga itu. Kita hanya dapat syurga, jika kita juga anuti Islam dgn atau secara) berjema'ah.
Saudara, siapa yg perintahkan kita berjema'ah dalam Islam? Soalan ini ditimbulkan kerana sesiapa yg biasa membaca terjemahan al-Quran, dia akan temui Ayat 103, Surah ali-Imran, yg berbunyai: 'Waktasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' yg diterjemahkan oleh penterjemah sebagai 'Berpegang teguhlah kamu sekelian dgn tali (i.e. agama) Allah (a.w)) kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah ...'. Ini adalah terjemahan yg lazim dan yg dipelopori oleh para ulama' dan ilmuwan arus perdana di Malaysia, malah di Nusantara. Amat jauh larinya maksud ayat tersebut kpd mereka yg mengaji dan mempelajari al-Quran dan al-Hadith secara berguru. Tafsir sebenar firman Allah (a.w) tersebut adalah: 'Berpegang teguhlah kamu sekelian dgn tali (i.e agama) Allah (a.w) (yakni, agama Islam) dengan berjema'ah (atau secara berjema'ah) dan janganlah kamu berfirqah (i.e. berpecah belah dgn menubuhkan perkumpulan terasing)'. Kalimah yg utama dalam ayat ini adalah 'jami'an'. Terjemahan kesemuanya tidak betul. Kerana Allah (a.w) perintahkan umat Islam masuklah Islam dgn menerima kesemua syariat Islam itu tanpa pilih-pilih. Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanud-khulu fi silmi kaffah wa-la tattabi’us-syaitani, innahu lakum ‘adu’um mubina.’ (Yg brmaksud: Wahai orang-orang yg beriman! Masuklah kamu sekelian ke dalam agama Islam itu sepenuhnya ...) [Ayat 208, Surah a-Baqarah]. Maka dgn itu tidak timbul isu 'kesemuanya' dalam menterjemahkan kalimah 'jami'an' itu. Kalau Islam wajib terima semua tanpa memilih - yg setuju diambil dan yg tak disetujui tinggalkan. Inilah terjemahan yg benar lagi sah. Rasulallah (s.a.w) juga menggunakan ungkapan atau kalimah yg sama apabila menyuruh umatnya anuti Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Rjuk hadith berikut: Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, syirik) dengan sesuatu apapun, (kedua) '... wa-an ta'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' (Yang bermaksud: dan bahawa berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah (a.w) (yakni, agama Allah (a.w), iaitu agama Islam) secara (atau dengan) berjemaah) dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang agamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.] [Hadith Muslim]
Dan, dalam hadith berikut sekali lagi Rasulallah (s.a.w) perintahkan umatnya dgn menggunakan ungkapan atau kalimah yg sama dgn firman Allah a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Harith as-Syaari (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wa-ana amarukum bi-khamsin, Allahu amarani bihinna, al-jama'tu' (Yang bermaksud: Dan aku memerintahkan sekelian kamu dengan lima perkara, (kerana) Allah (a.w) memerintahkan aku dengan lima perkara ini. (Pertama) Berjemaah, dan (kedua) mendengar, dan (ketiga) taat, dan (keempat) berhijrah (yakni, zaman Nabi (s.a.w) orang Islam diperintahkan berhijrah ke Madinah apabila orang kafir musyrik menghalang mereka Islam, mengamalkan dan menyebarkan Islam. Kalau sekarang jika kita tidak dapat mengamalkan syariat Islam yang haq dan benar itu, umat Islam diperintahkan berhijrah juga), dan (Kelima) berjihad di dalam jalan Allah (a.w) [Nota: Belajar dan mengajar dan menyebarkan syariat Islam (termasuk menyebarkan ilmu as-Sunnah) yang haq itu adalah termasuk dalam istilah berjihad di jalan Allah (a.w)]. Maka bahawasanya barangsiapa yang keluar dari jemaah walaupun sejengkal (atau kerana sesuatu perkara atau peraturan dll) maka sungguh-sungguh tercabut tali (agama) Islam dari lehernya (yakni, keluar Islam) kecuali dia kembali (yakni, bertaubat dia), dan barangsiapa mengajak dengan ajakan jahiliah (yakni, ajakan atau mengajar atau menyuruh orang beramal dan beribadat dengan sesuatu yang tidak termasuk dalam syariat Islam mengikut al-Quran dan al-Hadith) maka dia dari isi Neraka Jahanam.] Maka berkata (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan dia itu berpuasa dan bersolat?’ Maka sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan jika dia berpuasa dan bersolat sekalipun! Maka bersabda lagi Rasulallah (s.a.w): ‘Jika berpuasa dan bersolat dan menyangka orang itu sesungguhnya dia Islam. Maka memanggillah akan orang Islam dan orang beriman itu dengan nama-nama mereka atas apa-apa nama mereka yang dikurniakan oleh Allah (a.w) (yakni, nama sebenar mereka, yakni jangan menggunakan nama-nama jolokan atau gelaran yang tidak baik), dan memanggillah orang-orang Islam dan orang beriman itu (dengan nama sebenarnya, kerana mereka) adalah hamba Allah (a.w).] [Hadith sahih Imam Ahmad Ibnu Hanbal]
Saudara, kita telah teliti dua hadith sahih yg dgn jelas memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat beliau supaya berjema'ah dalam menganuti agama Islam itu. Jika begitu, mengapkah para ulama' dan ilmuwan Islam - yg belajar agama Islam dari institusi pengajian tinggi Timur Tengah spt al-Azhar dan sebagainya tak faham? Mereka faham - malah fasih bahasa Arab - mengepakah mereka tak tau bezakan hakikat umum dan hakikat khusus dalam menterjemahkan kalimah spt 'jamia'an' itu? Anih
Sama ada anih atau tidak hakikatnya jelas bahawa tercemar Islam seseorang itu apakala Allah (a.w) dan Rasul nya perintahkan anuti Islam secara berjema'ah, mereka abaikan. Malah slightkan.
Insya Allah dalam post yg akan datang kita akan lihat betapa kritikalnya hakikat berjema'ah ini. Tidak Islam seseorang yg akui dirinya Islam kalau tidak berjema'ah. Jika begitu tak hairan apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dari zaman Adam (a.s) sampai kiamat dunia, hanya 1 drp 1,000 orang Islam yg dapat syurga. Maksudnya 999 drp 1,000 orang yg Islam itu gagal mendapat syurga. Tak hairan jugalah bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu di kalangan umat beliau 72 golongan drp 73 golongan itu Islam tapi gagal mendapat syurga. Sebabnya: mereka tak berjema'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment