Assalamualaikum,
Saudara, dalam post kelamari secara sambil lalu kita telah teliti apakah Islam itu sebenarnya. Semua orang Islam akui diri mereka Islam dan mereka menyakini - mungkin tidak sepenuhnya di kalangan sesetengah mereka - bahawa mereka akan masuk syurga kelak setelah kiamat dunia.
Dalam post yg lalu kita telah jelaskan bahawa syurga itu adalah dikurniakan oleh Allah (a.w) kpd orang yg bukan semata-mata Islam tetapi orang yg beriman atau orang iman yg yakin sepenuhnya bahawa dia akan dihisab - ditimbang dosa pahalanya - semasa dia hidup di dunia dahulu, dan dia mengamalkan segala ketetapan atau perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampunya, dan amalan itulah yg menentukan apakah mereka akan dapat syurga atau tidak. Syurga itu hanya untuk orang beramal dgn perintah dan ketetapan Allah a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg tidak mahu terima ketetapan al-Quran (kalam Allah a.w)) yg diwajibkan atas manusia akur dgnnya, maka terbatal Islamnya. Begitu juga, seseorang yg tidak akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) juga terbatal Islamnya.Kalau tidak menerima as-Sunnah, walaupun sebahagian, pastilah terbatal keIslaman seseorang itu. Ini diperjelaskan dalam al-Quran.
Saudara, hari ini kita lihat apakah Islam yg sebenarnya berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan berdasarkan juga penjelasan atau ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kalau kita Islam menepati setiap sesuatu dimensi dalam perkara ini, maka Islam kita itu sah dan segala amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w).
Kita rumuskan ciri-ciri yang amat penting (fundamental) dalam Islam. Dengan itu kita dapat tahu bahawa Islam dan syariatnya itu adalah mudah, namun ramai sekali umat Islam, termasuklah para ulama' dan ilmuwan Islam terkeliru kerana tidak berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Islam yang diterima Allah (a.w) adalah mereka yang berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka menganuti Islam menepati beberapa ciri yang fundamental. Kita rumuskan hakikat yang fundamental ini.
‘Umat Islam itu di mana saja mereka berada dan walau apa warna kulit mereka adalah satu ummah. Manusia adalah cucu cicit Adam (a.s), manusia pertama. Panduan hidup dan panduan ibadah dan amalan orang Islam yang beriman hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu orang Islam wajib mempelajari serta memahami dua ilmu dalam hidupnya untuk jaminan kesejahteraan di dunia dan diakhirat, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Apabila mereka berpandukan dua ilmu tersebut, mereka dijamin oleh Allah (a.w) dan RasulNya berada di atas siratul mustaqim, iaitu jalan lurus menuju syurga Allah (a.w). Tidak ada jalan lain ke syurga, kecualilah berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang menjadikan panduan hidupnya di dunia mengharapkan kejayaan akhirat selain al-Quran dan as-Sunnah pasti mereka akan menyimpang dari jalan lurus itu dan tersesat menuju neraka, Mereka tidak akan menemui syurga.
Jika mereka mentaati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), mereka dijamin mendapat syurga. Mentaati perintah Allah (a.w) bermaksud kita mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mentaati Rasulallah (s.a.w) bermaksud mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang menjalani kehidupan dan mengerjakan amalan wajib dan sunat berpandukan kepada ketetapan-ketetapan serta panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima amalan dan ibadahnya dan tidak diakui keIslamannya. Mereka pasti sesat dari menemui ‘siratul mustaqim. Dan tidak akan dapat kerahmatan Allah (a.w). Antara perkara utama yang menyebabkan kesesatan itu adalah memperbaharui ketetapan atau syariat Islam iaitu mengerjakan amalan dan ibadah – bentuk, kaedah dan cara mengerjakannya – yang sama sekali bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah atau yang berlainan dari apa yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) atau berlainan dari apa-apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Amalan-amalan sedemikian itu dikategorikan sebagai ‘pembaharuan dalam perkara agama’ atau ‘bid’ah’. Allah (a.w) tidak menerima amalan yang dicemari oleh bid’ah dan Rasulallah (s.a.w) tidak akui mereka yang mengamalkan bid’ah sebagai umatnya di akhirat kelak. Jika termasuk dalam golongan tersebut, mereka nampak (seemingly) Islam, kerana dari segi lahiriahnya, nampak sebagai orang Islam, tetapi hakikatnya mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, kita yang Islam dan menjalani kehidupan berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah adalah tergolong dalam kategori ahli as-Sunnah wal-jama’h. Ahli as-Sunnah kerana berpandukan al-Quran dan mencontohi Rasulallah (s.a.w) – kerana Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) membawakan kepada manusia perintah dan ketetapan Allah (a.w), memperjelaskannya kepada manusia dan mencontohkannya bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) menepati perintah dan ketetapan Allah a.w). Hanya pengabdian ahli as-Sunnah sahaja pengabdian yang benar-benar Islam. Ini telah dijelaskan oleh al-Quran, antaranya Ayat 13, Surah an-Nisa’. Ahli jema’ah kerana menepati pula perintah dan ketetapan Allah (a.w) – Ayat 103, Surah ali-Imran – bahawa menganuti Islam dan mengamalkan tutntutan Islam secara berjemaah dan kita wajib berada dalam jemaah, maka barulah kita tergolong sebagai ahli as-Sunnah wal-jamaah. Jema’ah as-Sunnah itu adalah suatu sistem yang formal mengandungi ketetapan-ketetapan serta ciri-ciri yang khusus, iaitu ada pemimpin yang disebut ‘ulil amri’ atau imam atau amir, dan ada ikrar janji atau ikat janji antara kedua-dua pihak – pemimpin dan jemaah – melalui bai’at. Sistem pentadbiran Islam itu mensyaratkan rukyah (rakyat, yakni ahli jemaah) sentiasa dalam ketaatan terhadap pemimpin (imam atau amir atau apa-apa gelaran sekalipun) selagi perintah pemimpin itu sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah dan tidak menyuruh warga jemaah melakukan kemaksiatan terhadap Allah (a.w) dan RasulNya. Jika perintah maksiat, maka rukyah tidak perlu dengarkan perintah dan taatkan perintah kepimpinan. Sesuatu perintah itu dikira perintah maksiat jika perintah tersebut bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Islam yang tulin itu jelaslah mempunyai lima ciri yang haq, iaitu, pertama, mengakui tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (a.w), dan mengakui keEsaan Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w), itu adalah Pesuruh atau Utusan Allah (a.w) yang menyampaikan agama Allah a.w) kepada manusia, mengajarkan mereka dan mencontohkan segala bentuk-bentuk, kaedah dan cara mengabdikan diri kepada Allah a.w), dan Rasulallah (s.a.w) wajib dijadikan contoh (model) ikutan tentang segala sesuatu mengenai Islam. Kedua, panduan hidup dunia dan akhirat, khususnya panduan ibadah dan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mensyaratkan bahawa umat Islam yang diiakui dan diterima keIslamannya adalah berjemaah dalam Islam. Keempat, jemaah Islam itu adalah suatu sistem formal yang ciri-cirnya ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jema’ah Islam itu mempunyai kepimpinan yang dipanggil Imam atau Amir dan rukyah, yakni kesemua umat Islam, yang diawasi dan dibimbing oleh Imam atau Amir yang bertanggungjawab menasihat para rukyahnya supaya sentiasa diperingatkan tentang kehidupan dunianya dan tentang persediaan mereka untuk kesejahteraan akhiratny. Ada perjanjian antara Imam atau Amir melalui sistem bai’at, yakni ikrar janji antara pemimpin (imam atau amir) dengan ahli jemaah yang mengikat kedua-dua pihak, yakni ikrar ikat janji itu mengikat imam dan ahli jemaah. Kelima, tanggungjawab rukyah adalah mendengar perintah, ketentuan, ketetapan, ijtihad dan nasihat kepimpinan (Imam atau Amir) dan mentaati perintah dan ketetapan kepimpinan (Amir atau Imam), sekuat mampu mereka, selagi perintah, suruhan dan ijtihad kepimpinan (Imam atau Amir) itu tidak bercorak atau bersifat maksiat. Sesuatu perintah atau ketetapan atau ijtihad kepimpinan (Imam atau Amir) itu dikira maksiat jika perintah dan suruhan melanggar atau berlainan dari atau bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Sah keIslaman seseorang itu apabila lima pra-syarat ini wujud. Dan, ‘halal’ kehidupan duniawi seseorang yang Islam dan beriman itu apabila mereka memenuhi kelima-lima pra-syarat ini.
Perintah berjema’ah itu datangnya dari Allah (a.w) (rujuk Ayat 103, Surah ali-Imran) dan kemudian diperkuatkan dari segi praktikal serta perincian dalam pelaksanaannya oleh Rasulallah (dalam as-Sunnah). Amalan berbai’at itu ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimnana yang dimaktubkan dalam al-Quran (Ayat 10 dan Ayat 17, Surah al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah) dan kemudiannya diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Hakikat berjema’ah dalam Islam itu adalah suatu yang diwajibkan oleh Allah (a.w) (Ayat 103, Surah ali-Imran dan Ayat 105, Surah ali-Imran) dan diperincikan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (a.w). Kepimpinan dalam Islam itu adalah kewajipan yang ditentukan atau diperintahkan oleh Allah (a.w) (Ayat 59, Surah an-Nisa’). Di akhirat kelak orang iman akan berbaris di belakang imam mereka masing-masing untuk penyaksian bahawa mereka Islam dan beriman dalam hidup mereka di dunia (Ayat 71, Surah al-Israk). Jika terdapat perselisihan pendapat atau apa jua, jema’ah umat Islam diwajibkan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, untuk menyelesaikan segala perselisihan apa jua perkara mengenai dunianya dan akhiratnya dalam perkara amalan dan ibadah yang boleh menjamin kesejahteraan dunia dan akhiratnya.
Rosak Islam dan iman atau rosak segala amalan seseorang itu apabila dalam hidupnya dia terlibat dalam perkara-perkara bersifat atau bercorak syirik (mengadakan suatu kuasa ketuhanan kepada sesuatu yang lain, mahkluk ataupun benda), tahayul (mempercayai sesuatu perkara ghaib yang mempunyai kuasa memudaratkan atau memanfaatkan kita), kurafat (mempercayai sesuatu benda yang boleh mendatangkan kebaikan atau menghindarkan sebarang kemudaratan jika digunpakai), bertaklid (mempercayai cakap-cakap manusia mengenai bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakannya tanpa mempelajari dan memahami ketetapan al-Quran atau as-Sunnah) dan bid’ah (menambah atau membuang kepada sesuatu amalan atau ibadah dari segi bentuk, kaedah dan cara mengerjakan amalan dan ibadah). Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dan memperincikan apakah yang dikatakan bid’ah itu. Bid’ah sebagaimana syirik samar (i.e. tersembunyi) membatalkan aqidah dan menghapuskan keimanan seseorang itu, maka semua amalan dan ibadah terbatal, dan tanpa mereka sedari mereka terkeluar dari Islam. sebagaimana dimaklumkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah bahawa tidak halal hidup atau kehidupan umat Islam yang bermukim di bumi Allah (a.w) tiga orang atau lebih, tanpa diangkat salah seorang mereka menjadi imam kepada mereka. Dan, jika dalam perjhalanan atau bermusafir sekumpulan umat Islam tiga atau lebih wajib juga mereka mengangkat salah seorang mereka menjadi Imam mereka.
Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam bahawa segala amalan dan ibadah itu hanya diterima jika kita telah belajar dan tahu ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut, termasuklah bentuknya, cara dan kaedah mengerjakannya (Ayat 36, Surah al-Israk). Allah (a.w) memberitahu bahawa amalan dan ibadah yang seorang Islam dan iman kerjakan sepanjang hidupnya itu hanyalah diterima oleh Allah (a.w) jika menepati ketetapan dan peraturan al-Quran dan as-Sunnah dan dikerjakan semata-mata kerana mencari dan mengharapkan syurga Allah a.w) dan takutkan azab atau siksaan dalam neraka Allah (a.w) (Ayat 57, Surah al-Israk). Allah (a.w) memberitahu bahawa di akhirat kelak hanya ada dua tempat bagi manusia, iaitu sama ada mendapat syurga atau mendapat neraka (Ayat 7, Surah as-Syura). Allah a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa syurga itu hanya diwariskan atau diberikan kepada orang Islam yang beriman yang mengerjakan amalan dan ibadah (sekuat mampunya) (Ayat 72, Surah az-Zuhruf dan Ayat 9, Surah al-Maidah). Kepimpinan Islam (Imam dan Amir) itu wajib ditaati (Ayat 59, Surah an-Nisa’). Mentaatinya sama dengan mentaati Rasulallah (s.a.w). Dan sama dengan mentaati Allah (a.w) (Ayat 32, Surah ali-Imran, dan ketetapan-ketetapan as-Sunnah). Syurga hanya didapati dengan kerahmatan Allah (a.w) semata-mata (yakni, kerjakan amalan dan ibadah berdasarkan Ayat 57, Surah al-Israkk). Islam menetapkan bahawa kerahmatan Allah (a.w) hanya didapati jika umat Islam berjema’ah, kerana berjema’ah itu kerahmatan. Tanpa berjema’ah tidak akan dirahmati Allah (a.w). Tanpa berjema’ah umat Islam itu mudah dipesongkan oleh syaitan yang inginkan semua manusia kafir dan kufur terhadap Allah (a.w), sebagaimana diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, sesiapa yang tidak menepati segala ketetapan di atas itu telah dipengaruhi oleh muslihat syaitan apabila Allah (a.w) usir dia keluar dari syurga dan dilaknat Allah (a.w), dia akan membuat segala sesuatu untuk meramaikan manusia yang Islam dan beriman itu masuk neraka bersama-samanya.
Mudah-mudahan post ini dapat memperjelaskan apa yg sepatutnya difahami oleh setiap orang Islam. Semoga dgn itu mereka dapat menyemak ilmu, panduan dan amalan, apakah kita hari ini menepati spesifikasi Islam yg sebenarnya itu ...?
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment