Saturday, October 20, 2012

Kita berjaya dunia dan akhirat, kalaulah ...

Assalamualaikum,
Saudara, marilah kita renung suatu pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith, yg kalaulah kita fahami dan hayati dan praktikkan, pstilah kita yg Islam dan beriman hari ini berjaya - di dunia dan di akhirat, malah umat Islam takkan tertinggal, dan orang Melayu kerana Islam pasti taklah mengalami masalah sosial yg besar sekarang ini.
Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Man aradad-dunya fa'alaihi bil 'ilmu wa-man aradal-akhirata fa-'alaihi bil-ilmi' (Yg bermaksud: Barangsiapa inginkan kejayaan di dunia maka hendaklah ada padanya ilmu, dan barangsiapa yang inginkan kejayaan akhirat maka hendaklah ada padanya ilmu.'
Saudara, hari ini umat Islam ketinggalkan dan diperlekehkan oleh orang bukan Islam adalah kerana ketiadaan ilmu atau ada ilmu yg tidak seiring dengan ilmu orang kafir atau orang Islam melpakan hakikat bahawa untuk berjaya dan berada di hadapan dalam perkara dunia, perlulah ada ilmu. Tanpa ilmu tak mungkin umat Islam, khususnya orang Melayu, dapat menandingi apatah lagi mengalahkan orang kafir. Ilmu itu tidak semestinya didapati hanya melalui menara gading ilmu. Kerana ramai orang Islam yg menyangka bahawa belajar di universiti dalam bidang agama, sebagai contoh, akan membolehkan mereka menjadi ulama' besar! Sebaliknya. Untuk menjadi ulama' besar kita perlu pelajari dan fahami atau kuasai ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Untuk dunia, kita boleh dapati ilmu keduniaan melalui pengajian formal spt di universiti dan seumpamnya. Namun kejayaan dunia dimungkinkan oleh ilmu. Maka dgn itu seseorang yg menimba ilmu melalui pengalaman sebagai mekanik, sebagai contoh, boleh berjaya di dunia dg membuka bisnes membaik pulih jentera dan seumpamanya.
Demikian juga untuk berjaya di akhirat kita perlukan ilmu. Ilmu yg menjamin kejayaan akhirat itu henyalah didapati dari sumber al-Quran dan as-Sunnah. Kalau tidak mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara betul sebagaimana Rasulalah (s.a.w) dahulu belajar secara berguru, bergurukan malaikat Jibrail (a.s), masakan boleh berjaya di akhirat. Ilmu dunia - juster itu kejayaan di dunia - diperolehi melalui manusia. Namun, ilmu akhirat  kejayaan di akhirat - hendaklah dipelajari dari guru yg berlmu dan faham ilmu akhirat - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg dipelajari mengikut proses dan kaedah yg benar, iaitu berguru kpd guru yg tahu dan faham al-Quran dan as-Sunnah, pasti gagal di akhirat. maka, kerana itulah tidah hairan apakala Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa semenjak zaman Adam (a.s) sehinggalah orang terakhir apabila dikiamatkan dunia kelak, daripada 1,000 yg akui dirinya Islam dan beriman, hanya seorang yg berjaya mendapat syurga. Kenapa begitu 'low success rate'? Dalam hadith lain kita diberitahu bahawa terdapat 73 jenis agama Islam yg diamalkan oleh umat Islam di dunia akhir zaman, mulai wafatnya Rasulallah (s.a.w), tetapi 72 jenis agama Islam gagal mendapat kejayaan akhirat, i.e. syurga. (Sesiapa yg pernah ke Mekah, contohnya, akan dapati begitu banyaknya kelainan cara dan kaedah solat fardu di kalangan orang Islam). Hanya satu bentuk Islam sahaja yg berjaya di akhirat, iaitu umat Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka Islam secara berjema'ah. Golongan ini memilikiilmu yg hak mengenai Islam - ada ilmu yg betul, iaitu 'beramal dgn ilmu' atau 'janganlah mengrjakan apa-apa amalan dan ibadah tanpa ilmu menegnainya' (Ayat 36, Surah al-Israk) dan beramal dengan ilmu yg benar lagi betul (iaitu, syurga itu diwarisi oleh orang yg mengamalkan ilmunya) (Ayat 72, Surah az-Zuhruf) dgn niat yg betul iaitu 'mencari dan mengharapkan kerahmatan (i.e. syurga) Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w)' (Ayat 57, Surah al-Israk).
Saudara, Rasulallah (s.a.w) rumuskan dalam hadith di atas itu bahawa kejayaan dunia berdasarkan ilmu dan kejayaan akhirat juga berdasarkan ilmu. Tanpa mengaji dan memahki isi al-Quran dan as-Sunah, kita dihukum jahil, dan pastilah kalau kita istiqamah beramalpun, amalan kita menyimpang atau songsang, terkeluar dari landasan as-Sunnah dan ketetapan al-Quran, maka tidak diterima Allah (a.w), malah menyesatkan dan menggelincirkan kita dari 'siratul mustaqim' (i.e. jalan yg lurus ke syurga), maka terbabas kita mencari syurga, terjerumus dapat neraka, wal iya zubillah.
Ingatlah 1 dalam 1,000 yg Islam dapat syurga atau satu darpada 73 golongan Islam sahaja yg berjaya mendapat syurga. Segala-galanya kerana ilmu dan kerana kejahilan ...
Oleh itu wajiblah kita pastikan bahawa tidak sia-sia Islam kita semasa masih ada hayat ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment