Saturday, October 20, 2012

Amalan dan Ibadah dalam bulan Zulhijjah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun teliti beberapa amalan yg amat utama dalam bulan Zulhijjah bagi setiap orang Islam yg beriman kerjakan, iaitu:

(a) Mengerjakan haji dan umrah bagi mereka yg belum mengerjakan haji dan umrah (Haji itu wajib atas setiap orang Islam. Jika sudah mampu, tak mengerjakannya, dan kebetulan mati, maka mati kita dalam kekafiran - masuk neraka, tak dapat syurga). Satu umrah itu wajib bagi orang Islam. Orang Islam itu tidak digalakkan mengulangi haji mereka, dan digalakkan mengerjakan tawaf sunat, jika berada di Masjidil Haram, bukan umrah (kerana setiap umrah dalam bulan haji - antara 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah  - dikenakan dam seekor kambing) dan mengerjakan amalan dan ibadah fardu dan sunat di Masjidil Haram, mendapat pahala yg digandakan 100,000 gandaan pahala berbanding dikerjakan di lain-lain masjid) [Nota: Haji mabrur itu hanya diperolehi jika dalam mengerjakan haji itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat yg mengerjakan haji dan umrah wajib bersma-sama Rasulallah (s.a.w) itu];

(b) Berpuasa sehari pada 9 Zulhijjah - hari jema'ah haji wukuf di Arafah - Puasa Arafah (bagi orang yg bukan bakal jema'ah haji) - menghakis dosa-dosa setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepas 9 Zuhijjah (i.e. 2 tahun);

(c) Mengerjakan Solat Aidil Adha pada 10 Zulhijjah (mengikut cara dan kaedah bersolat yg ditetapkan oleh as-Sunnah atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), antaranya Khutbah dibaca dalam Bahasa Arab)

(d) Menyembelih kurban - seekor unta atau lembu atau kambing - sama ada perseorangan atau secara berkongsi pada 10 Zulhijjah (selepas Solat Aid) dan tamat temphnya, ketika masuk waktu 'Asar pada 12 Zulhijjah (hari Tasyrik ke-2, mendapat pahala yg melebihi pahala jihad fi sabilillah (kecualilah orang yg keluar perang sabil dgn harta dan dirinya, maka habis hartanya dan mati dia, maka pahalanya mengatasi pahala berkurban itu). Jelaslah menyembelih kurban itu amat besar pahalanya dan amat disukai oleh Allah (a.w) hambaNya yg Islam dan beriman lakukan.
Saudara,
bagi sdr yg menyembelih kurban disunatkan pula supaya tidak memotong kuku dan rambut mulai dari 1 Zulhijjah hingga disembelih kurbannya.
Saudara, Mudah-mudahan saudara dapat mengerjakan ibadah atau amalan yg disenaraikan itu dalam bulan ini. Diumumkan bahawa Aidil Adha (10 Zukhijjah) itu jatuh pada 26 Oktober 2012, iaitu Hari Jum'at minggu depan, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment