Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat sedikit lagi sinario akhir zaman yg kita telahpun sentuh dalam post sebelum ini. Hari ini begitu sukar untuk mengikuti syariat Islam yg benar atau haq itu, kerana banyak faktor, kerana kita perlu benar-benar melapangkan masa untuk mengaji atau belajar dari orang yg faqih (tahu dan faham) syariat atau tuntutan Islam yg sebenarnya. Kita wajib mempelajarinya, kerana tanpa panduan yg benar itu, tiada gunanya kita menjadi orang Islam, kalau akhirnya, kita kekal takkan mendapat syurga.
Saudara, Allah a.w) memberi kita tahu bahawa syurga itu hanya diwarisi atau diwariskan atau diberikan kpd orang iman yg mengamalkan perintah dan suruhan - Allah (a.w) dan RasulNya. kalau kita Islam tak solat, tak puasa, tak keluarkan zakat, tak infaq dan takpun naik haji dan tak itu dan tak ini, kita hanya Islam dari segi nama sahaja. Pasti kita tak dapat syurga.
Sebaliknya pula kita Islam dan amalkan dan kerjakan segala tuntuan Islam, tetapi kita beramal dan beribadah dalam kejahilan, tanpa mempelajari ilmu mengenai setiap sesuatu yg kita amalkan, kita juga rugi kerana tak diterima Allah (a.w) atau kita beramal dalam kebatilan, kerana bukan itu bentuk amalan dan ibadah atau cara dan kaedah mengamalkannya, maka kekal batil. Amalan dan ibadah tak betul, tak sah dan tak diterima Allah (a.w) berpenat sahaja kita ...
Maka dgn itulah kita wajib ilmukan diri kita barulah kita pasti amalan kita itu betul dan benar dan diterima Allah (a.w). Malangnya pula hari ini mereka yg bertanggungjawab membimbing kita untuk mempastikan yg kita benar-benar berjaya kelak di akhirat adalah sebagaimana yg dibayangkan dalam hadith berikut. Mereka tidak boleh diharapkan. Maka kita mengahadapi masalah untuk mencari kebenaran dalam Islam, kebenaran yg menjamin syurga bagi kita di akhirat kelak:
Menceritakan hadith dari Abdullah b Abdul Rahman ad-Daramiyu menceritakan hadith dari Yahya, iaitu Ibnu Hassan, menceritakan hadith oleh Mu’awiyah, yakni Ibnu Sallam menceritakan hadith Zaid b Salam hadith dari Abi Salam berkata: ‘Telah berkata Khuzaifah ibn Yaman: ‘Berkata aku. Wahai Rasulallah (s.a.w) Sesungguhnya kami (dia dan sahabat yang Islam) adapun kami dalam zaman keburukan (i.e. jahiliah) maka didatangkan oleh Allah (a.w) dengan kebaikan (i.e. Islam), maka adapun kami di dalam zaman kebaikan. Maka adakah dari belakang (i.e. selepas zaman ini) ini zaman kebaikan zaman keburukan?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ya.’ Berkata aku (kata Khuzaifah): ‘Maka adakah dibelakang demikian zaman keburukan zaman kebaikan?’ Bersabda Nabi: ‘Ya.’ Berkata aku (Khuzaifah): ‘Bagaimana?’ Bersabda Nabi: ‘Akan ada selepas ketiadaanku beberapa Imam tidak menunjuk mereka dengan petunjukku (Nabi) dan tidak mengerjakan sunnah mereka dengan sunnahku (Nabi) dan (zaman itu) akan berdiri di kalangan mereka imam (yang tidak menunjuk dengan petunjuk Rasulallah (s.a.w) – mengikut sunnah mereka yang bukan sunnah Nabi – itu) beberapa lelaki yang hati mereka adalah hati syaitan di dalam jasad manusia.’ Berkata Khuzaifah: ‘Berkata aku: Bagaimana berbuat aku/kami wahai Rasulallah (s.a.w) jika menjumpai aku/kami demikian (keadaan)?’. Bersabda Nabi: ‘Tasma’u wa-tuti’u wa-in doraba zahruka wa-ukhiza maluka, fas-ma’ wa-ato’. (Yang bermaksud: Mendengarkanlah kamu (akan nasihat atau ketetatapan atau ijtihad kepimpinan) dan taatkanlah (perintah dan suruhan para Imam tersebut) jikapun dipukul belakang kamu dan diambil oleh mereka harta kamu, maka dengarkanlah (ketetapan dan nasihat atau ijtihad) terhadap para imam tersebut). [Hadith Muslim, Kitab Imarah]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa akhir zaman kelak, setelah wafatnya Rasulallah (s.a.w), akan tiba zaman-zaman keburukan dalam Islam. Zaman tersebut jema’ah Islam (atau umat Islam) akan dipimpin oleh para imam (i.e. pemimpin umat Islam) yang tidak lagi berpegang kpd petunjuk Rasulallah s.a.w) menguruskan jema’ahnya atau rukyahnya. Paza zaman itu akan ada pembantu atau penyokong atau penasihat para imam tersebut beberapa orang lelaki (dan juga perempuan) yang sifatnya memiliki hati syaitan walaupun mereka manusia – yakni manusia berhati syaitan. Para lelaki yang disebutkan itu mungkin pembantu kepimpinan atau penyokong kepimpinan atau penasihat kerajaan atau keimaman yang dipimpin oleh para imam tersebut. Mereka adalah manusia tetapi berhati syaitan.
Allah (a.w) jadikan makhluk jin dari api 50,000 tahun lebih awal dari manusia. Allah (a.w) jadikan malaikat dari nur = cahaya. Allah (a.w) jadikan manusia dari tanah yang diambil oleh malaikar Izrail (a.s) dari sumber pelbagai tanah, yang kemudiannya diadun, dan dibentuk oleh Allah (a.w) manusia pertrama Adam (a.s). Allah (a.w) kemudian perintahkan semua makhluk – golongan jinn dan malaikat – supaya tunduk menghormati Adam a.s), ciptaan terbaik Allah (a.w). Kesemua malaika akur dan patuh, ‘sujud’ = tunduk menghormati Adam (a.w), kecuali syaitan dari golongan jinn, yang enggan kerana berbangga dgn kejadian atau asal usulnya, sombong dia kerana tak mahu akur dgn perintah Allah (a.w). (Nota: Konsep ‘kesombongan’ dalam Islam adalah perbuatan tidak mahu akur dgn perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya dan meremehkan nasihat baik orang lain). Kerana keengganan nya dan kerana kesombongannya itu, syaitan disurir keluar dari syurga, dan dilaknat, dan kemudian bertambah sombong pula lagi apabila dia meminta izin Allah (a.w) untuk hidup di dunia tak mati-mati sampai kiamat dunia, untuk menghasut manusia supaya menentang dan kufur dgn Allah (a.w). Syaitan dilaknat. Namun Allah (a.w) perkenankan hasratnya.
Maksudnya? Syaitan memilih untuk tidak memohon keampunan dari Allah (a.w) kerana keengkaran dan kesombongannya. Syaitan bersedia menggadai akhiratnya demi dunianya – kerana tak bersetuju bahawa Allah (a.w) mengutamakan manusia dari dia (jinn) sebagai makhluk, maka dia sanggup menentang Allah (a.w) sehabis-habisnya, sampai kimat dunia, walaupun dia tahu dia senang di dunia tetapi sengsara di akhirat. Juetru itu, apakah ciri-ciri syaitan itu? Antaranya ciri-ciri berikut:
a) Syaitan itu durhaka kpd Allah (a.w)
b) Syaitan itu menentang Allah (a.w)
c) Syaitan itu kafir dan kufur terhadap nikmat kurniaan Allah (a.w)
d) Syaitan itu sentiasalah bermuslihat untuk menjadikan manusia itu syirik, kafir atau kufur, mengikut jejak langkah dan perlakuannya
e) Syaitan itu mahukan manusia jangan Islam dan kalau Islam jgn beriman dan jangan beramal atau kerjakan ibadah
f) Syaitan itu inginkan supaya orang iman itu melakukan sesuatu yang membuatkan mereka syirik atau kafir – sama ada secara disedari atau tanpa disedari – melakukan syirik samar, mengamalkan kurafat, tahayul, bertaklid kpd manusia dalam mengejakan ibadah dan mengerjakan bid’ah
g) Syaitan itu sentiasalah menonjolkan bahawa keseronokan dan matlamat dunia itu menjadi focus atau matlamat hidup orang Islam dan orang iman
h) Syaitan itu sentiasalah mengajak orang iman dan orang Islam supaya melakukan segala tegahan dan larangan Allah (a.w) dan RasulNya
i) Syaitan itu sentiasalah menghiasi ‘kelemahan’ manusia terhadap harta, pangkat dan darjat, kedudukan, keturunan, kemewahan, kekayaan, kelebihan dll supaya kufur nikmat dan tidak bersyukur kpd Allah (a.w) dan tidak berterima kasih kpd hidayah dan contoh Rasulallah (s.a.w)
j) Syaitan itu akan memperdayakan manusia tentang Islam dan syariatnya, supaya amalan dan ibadah mereka tidak diterima atau supaya muflis, sama-sama masuk neraka bersama-samanya dan di neraka dia akan mungkir terhadap segala janjinya dan berpaling tadah mengkhianati pengikut-pengikutny;
k) Syaitan mempengaruhi manusia supaya cintakan dunia, tidak jemu-jemu mencari kekayaan, kemewahan, nama dan kedudukan supaya sibuk dan disibukkan oleh dunia dan kufur nikmat dan lupa mengabikan diri kpd Allah (a.w)
k) Syaitan mempengaruhi manusia supaya cintakan dunia, tidak jemu-jemu mencari kekayaan, kemewahan, nama dan kedudukan supaya sibuk dan disibukkan oleh dunia dan kufur nikmat dan lupa mengabikan diri kpd Allah (a.w)
Kesemua ini adalah antara beberapa sebab utama yang menjadikan seseorang yang Islam itu jatuh syirik atau kafir atau menjadi munafiq. Dgn itu mereka sama-sama akan terjerumus ke dalam neraka.
Diperjelaskan oleh Allah (a.w) apakah permintaan dan sumpah syaitan apabila dia dihukum dan dilaknat oleh Allah (a.w). Allah (a.w) perkenankan permintaan syaitan itu:
Firman Allah (a.w): ‘Qala anzirni ila yaumil yub’asuna @ Qala innaka minal munzarin @ Qala fabima aghwatani la-aq’udanna lahum siratakal mustaqima @ Thumma la atiyannahum min baini aidihim wa-min khalfihim wa-min aimanihim wa-min syamailihim, wa-la tajidu aktharahum syakirina @ Qala ukhruj minha mazumanm-madhura, laman tabi-aka minhumla-amla-anna jahannama minkum ajma’ina @ (Yang bermaksud: Berkata syaitan: ‘Berikanlah aku syaitan) suatu tempoh sampai hari mereka (manusia) dibangkitkan @ Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya kamu termasuk dari kalangan orang yang diberi waktu @ Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau (Allah (a.w) telah menyesatkan aku, pasti aku syaitan) akan menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus @ Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka (manusia) dari depan, dari belanag, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan, Engkau (Allah (a.w)) tidak akan mendapati mereka (manusia) itu bersyukur.' @ Allah (a.w) berfirman: ‘Keluarlah engkau dari (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa yang di antara mereka yang mengikutimu, pasti akan Aku (Allah (a.w)) isikan neraka jahannam dengan kamu semua (syaitan dan manusia).’) (Ayat 14 – 18, Surah al-A’raf)
Allah (a.w) memperingatkan kita yang Islam dan beriman dalam firmanNya pada Ayat 27, Surah al-A’raf: ‘Ya bani Adama la yaftinanakumus-syaitanu kama akhraja abawaikum minal jannati yanzighu ‘anhuma libasahuma liyuriyahuma sau-atihima; innahu yarakum hua wa-qabiluhu min haisu la taraunahum; inna ja’alnas-syaitana auliyaa lil-lazina la yu’minuna.’ (Yang bermaksud: Wahai anak cucu Adam! Janganlah kamu sampai tertipu oleh syaitan sebagaimana dia (syaitan) telah mengeluarkan nenek moyang kamu (Adam dan Hawa) dari syurga, dengan menanggalkan pakaian kedua untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia (syaitan) dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah (a.w)) telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.)’[Ayat 27, Surah al-A’raf]
Dan pada Ayat 16, Surah al-Haysr: ‘Kamasalis-syaitani iz qala lil-insanik-fur falamma kafara qala inni bari-um minka inni akhafullaha rabbal ‘alamina’. (Yang bermaksud: Sebagaimana syaitan ketika berkata kpd manusia yang kufur atau kafir (atas pujukannya supaya menentang Allah (a.w) dan kufur) maka apabila kufur mereka, dia berpaling tadah, berkata: ‘Sesungguhnya aku terlepas dari bertanggungjawab atas (segala kekufuran kamu), sesungguhnya aku (syaitan) takutkan Allah (a.w) Tuhan semesta alam’.)
Saudara, demikianlah sinario akhir zaman sudahpun kita jumpai hari ini. Betapa berjayanya syaitan menampakkan tindak-tanduk kebatilan dikalangan orang Islam itu nampak begitu baik dan benar. Syaitan menggunakan sepenuhnya kejahilan ilmu al-Quran dan as-Sunnah para ulama' dan ilmuwan Islam untuk mempengaruhi masyarakat Islam melalui pemimpin dan para ulama' umat Islam ke arah kebatilan ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment