Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu atas tajuk (sambungan) 'Wajib berjema'ah dalam Islam', kita telah lihat satu hadith yg amat penting, iaitu hadith Omar b Khattab (r.a) yg merumuskan ketetapan Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - mengenai hakikat berjema'ah. Hari ini kita berada di penghujung dunia, kerana begitu banyaknya tanda-tanda kiamat sudahpun wujud. Dan, msyarakat Islam begitu pincang. Pemimpin i.e. mereka yg diberikuasa dan tanggungjawa menguruskan umat Islam dan agama Islam begitu terpesong aqidah mereka apabila mereka semakin banyak mengamalkan bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah yg batil dan batal, semakin membelakangkan as-Sunnah, malah al-Quranpun semakin menjadi perhiasan di masjid, di surau dan di rumah, tak dibaca, dan umat Islam semakin mengutamakan pendapat dan pandangan manusia yg dianggap berilmu dan alim semata-mata mereka itu keluar dari institusi pengaji tinggi elit spt Azhar dan seumpamnya. Ilmu mengenai Islam dipelajari melalui proses pengilmuwan kebaratan apabila setiap sesuatu mengenai sesuatu perkara itu dikaji didebat dan masukkan pandngan dan pendapat sendiri secara akademik, kemudian pelajar yg berjaya menghasilkan suatu pendapat atau pandangan atau pentakrifan yg baru disanjung dan diberikan gelaran ataupun sijil seumpama Ph D. Maka masyarakat memberikan mereka tempat sebagai 'scholar', mereka disanjung, dinobatkan sebagai orang alim, malah sering dijemput sebagai penceramah mengenai agama Islam. Ada pula pakar motivasi yg terserlah dinobatkan juga sebagai ulama' kerana pandai mengolak beberapa perkara menyentuk agama Islam yg sesuai dgn citarasa manusia. Ada yg dulunya guru biasa, mendapat Ph D dalam bidang yg takpun kena mengena dgn ilmu agama, tetappi kerana petah bercakap dan berdebat serta berhujjah dalam memberi pandangan melibatkan masyarakat yg dihias dgn sedikit sebanyak konsep agama, dinobatkan sebagai 'Tokoh Ma'al Hijrah' pula. Mereka semakin lalu di pasaran ceramah dan ilmu, walhal mereka itu sudahpun sesat dan menyesatkan orang pula.
Saudara, begitulah sedikit sebanyak suatu dimensi sinario masyarakat Islam dan tokoh 'agama' dari ini. Umat Islam itu semakin jauh di heret syaitan dari menemui jalan lurus ke syurga itu. Maka semakin berjaya syaitan meramaikan pengikutnya, semata-mata kerana umat Islam, terutama tokoh Islam, mengutamakan dunianya walaupun dalam perkra agama, wal iya zubillah. Cuba kita lihat semula mesej yg disampaikan oleh Omar (r.a) dalam hadithnya itu:
Diriwayatkan hadith daripada Tamin ad-Daramii (r.a) berkata: ‘Telah berkata Omar ibnu Khattab (r.a): ‘Bahawasanya tidak dikatakan Islam seseorang yang mengaku Islam mereka kecuali dengan berjemaah, dan tidak ada dikatakan berjemaah umat Islam itu kecuali dengan beramir atau berimam. Dan tidak ada keamiran atau keimaman kecuali dengan taat (yakni, wujud budaya taatkan amir atau imamnya). Maka barangsiapa yang dijadikan pemimpin (yakni, amir atau imam) untuk memimpin kaumnya (yakni, jemaahnya) atas kefaqihan atau kefahaman (tentang as-Sunnah agamanya) maka ada kehidupan (yakni, selamat atau berbahagia dan tenteramlah) baginya (yakni, bagi amir atau imam) dan bagi kaumnya (yakni, bagi jemaahnya), dan barangsiapa menjadi pemimpin kaumnya atau jemaahnya atas sifat-sifat selainnya (yakni, seperti jahil dia tentang syariat agamanya atau atas pertimbangan-pertimbangan lain) adalah rosak bagi amir atau imam itu dan rosak bagi kaumnya atau jemaahnya.’[Hadith sahih ad-Daramiu]
Apa yg dapat kita rumuskan dan pelajari dari hadith tersebut? Mengikut hadith di atas, terdapat beberapa hukum-hakam dan prinsip penting (malah ‘fundamental’) dalam syariat Islam yang umat Islam wajib berpandu kepadanya jika mereka ingin digolongkan sebagai Ahli as-Sunnah wal-Jamaah itu. Pertama, Seseorang itu tidak dianggap Islam tanpa berjemaah. Kedua, tidak berjemaah tanpa melantik seorang amir atau imam (mengetuai jemaah mereka). Ketiga, tidak ada ketua atau kepimpinan sekiranya anggota jemaah tidak taatkan ketuanya (yakni, amirnya atau imamnya). Keempat, ketua atau amir atau imam yang dilantik mengetuai jemaah Islam itu hendaklah mereka yang faqih dan faham (yakni, berilmu sepenuhnya dia dengan Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith). Mereka atau kumpulan yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut dalam hadith ini belum lagi dianggap sebagai Islam! Lebih penting yang dilantik mengetuai jemaah Islam itu hendaklah yang memiliki ilmu yang terbanyak mengenai syariat Islam, yakni konsep ‘faqih’. Kalau pemimpin kurang faqih maka hendaklah dia melantik orang yang faqih menjadi penasihat-penasihatnya, supaya dia dapat membuat keputusan dan praturan yang tidakmenyalahi al-Quran dan as-Sunnah! Jika masyarakat atau jemaah Islam diperintah oleh mereka yang ‘faqih’ tentang syariat Islam, maka maju dan tenteramlah masyarakat atau jemaah Islam dan tenteram jugalah pemimpinnya di dunia dan selamat pula di akhirat.
Masyarakat jemaah Islam akan tenteram kerana akan wujud keadilan dan tidak ada kezaliman terhadap mana-mana kelompok dan sebagainya. Tenteram kepimpinan kerana rakyat berpuas hati dengan tindak tanduk pemimpin yang adil. Kefaqihan memboleh imam atau amir memerintah dengan adil dan saksama, kerana tahu dia tuntutan Islam sebenarnya, apa dia batas-batas yang dibolehkan oleh Islam dan tidaklah dia memerintah mengikut hawa nafsunya. Hari ini, kita akan temui sinario berikut, kerana mereka yg dilantik untuk menguruskan agama dan umat Islam bukan ahlinya, malah batal dan batil ilmunya tentang Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika amanah tidak dipegang teguh, maka tungglah hari kehancuran.’ Bertanya Abu Hurairah: ‘Bagaimanakah orang yang tidak memegang teguh amanah itu, wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Ketika (apabila) sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (yakni, jawatan diberikan kepada mereka yang bukan alim atau pakar atau faqih mengenai urusan tersebut), maka tunggulah saat kehancuran.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, hari ini begitu ramai mereka yg diberi kuasa dan tanggungjawab menguruskan masyarakat Islam dan perkara agama Islam yg tidakpun menepati ketetapan hadith ini. Orang yg bukan ahli menjawat jawatan utama badan-badan agama. Mereka sudahlah jahil, maka sesat dia dalam Islam, mereka pula kerana tindak tanduk mereka terhadaop uamat Islam, menyesatkan mereka pual.
Saudara, sekarang ini sudahpun wujud sinarion yg disebutkan dalam hadith ini, kerana begitu lazimnya mereka yg menguruskan hal ehawal umat Islam dan agamanya, tidak merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, tetapi berpandukan kitab-kitab karangan manusia dalam mentadbirkan jema'ah umat Islam. Terdapat dikalangan mereka itu orang yg kononnya Islam tetapi memiliki hati yg tak ubah hati pengikut syaitan, kalaupun tak syaitan, sebagaimana digambarkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid bi Salam (r.a) katanya daripada Abi Salam berkata: ‘Telah berkata Khuzaifah ibnu Yaman (r.a): ‘Berkata aku, Wahai Rasulallah (s.a.w), sesungguhnya kami sewaktu jahiliah dahulu, maka mendatangkan Allah (a.w) dengan kebaikan (yakni, hidayah menjadi Islam) maka ada kami di dalam kebaikan itu, maka apakah dari belakang ini kebaikan keburukan?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ya.’ Berkata aku: ‘Apakah sesudah keburukan itu dating kebaikan?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ya.’ Berkata aku: ‘Maka adakah dating demikian kebaikan selepas keburukan?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ya.’ Berkata aku: ‘Bagaimana?’. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Akan ada sesudahku (yakni, sesudah wafatku nanti) beberapa imam yang tidak menunjuk kepada (yakni, memimpin) kamu sekelian dengan petunjukku (yakni, sunahku) dan tidak menjalankan mereka dengan sunahku dan mengatur (yakni, menguruskan atau mentadbirkan) mereka dikalangan mereka (yakni, rakyat) beberapa lelaki (yang menjadi imam atau ketua) (memerintah mereka) dengan hati mereka dengan hati syaitan di dalam jasad manusia (yakni, manusia yang berhati syaitan).’ Berkata (Khuzaifah): ‘Berkata aku, bagaimana berbuat aku, Ya Rasulallah (s.a.w), jika menjumpai aku demikian?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Dengarlah (suruhan mereka) dan taatlah (perintah mereka) beberapa pemimpin, dan jikapun dipukulnya ponggong kamu dan dirampas mereka harta kamu (sekalipun) (yakni, pemimpin yang jahat dan zalim) maka dengarlah (suruhan mereka) dan taatlah (perintah mereka)…’ [Hadith sahih Imam Muslim]
Saudara, hari ini kalaupun sdr faham Islam dan syariatnya - berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - sdr takkan dapat mengamalkannya kerana syariat Islam yg menjadi ketetapan amalan di Malaysia sudah jauh berbeza dari apa ygdisampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) 1,430 tahun yg lalu. Hari ini ramai orang Islam - termasuk pemimpin umat Islam - yg menyebut bahawa syariat Islam dan ketetapan serta hukum hakam Islam sudah ketinggalan zaman. Mereka kata syariat yg kita warisi itu sesuai untuk masyarakat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah sahaja. Ki ni dunia sudah jauh maju ke depan dan banyak prskripsi agama Islam dalam al-Quran itu sudah menjadi jumud, kata mereka. Wal iya zubillah. Mereka tidak faham. Apakah jawapan kpd soalan-soalan berikut? Siapa yg menetapkan bahawa manusia (dan perlu) mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w)? Siapa yg menentukan bahawa untuk mengabdikan diri itu hendaklah melalui sistem agama yg ditetapkan, siapa yg tetapakan sistem itu? Apakah bentuk-bentuk, kaedah dan cara mengabdikan diri itu, dan siapa yg menetapkannya? Siapakah yg mendapat instruction bahawa Islam itu dan syariatnya serta bentuk, kaedah dan cara melaksanakan tuntutannya, supaya pengabian itu sah dan diterima? Siapakah yg lebih tahu dan faham tentang Islam dan syariat serta tuntutannya? Siapakah yg tahu apa yg akan berlaku 1,000 tahun atau 10,000 tahun yg akan datang? Kalau masyarakat berubah mengikut zaman, mengapakah tidak diutus Utusan atau Rasul yg lain? Jawapan-jawapan kpd soalan-soalan ini akan menentukan apakah sdr tergolong dari kalangan mereka yg berjaya di akhirat kelak atau sebaliknya ...
Jazkallahu khairah
No comments:
Post a Comment