Assalamualaikum,
Saudara, dalam satu post yg lalu kita telah komen tentang 'Negara Islam' dan 'Umat Islam'. Penemuan kita adalah, sama ada negara yg kita tinggal itu diiktiraf sebagai sebuah negara Islam atau tidak tidak penting. Yg penting adalah apakah kita yg dilahirkan Islam kekal Islam, dan akhirnya kelak kita berjaya di akhirat mendapat syurga.Atau, jikalah kita tidak dilahirka Islam, tetapi kemudian diberi hidayah Islam, maka kita menjadi Islam, yg utama adalah apakah kita sebenarnya memandu kehidupan kita sebagai orang Islam, tinggal di negara Islam atau bukan negara Islam ke, tidak penting. Yg penting apakah dalam Islam kita menyediakan diri kita menerima Islam yg benar, dan di akhirat kelak, kita berjaya mendapat syurga.
Saudara, setiap manusia itu inginkan kejayaan akhirat. Manusia itu, walau apapun pegangan agama mereka, mereka inginkan keselamatan dan kesejahteraan selepas mati. Bagi kita yg Islam kita diberitahu beberapa perkara yg amat fundamental. Antaranya, kalau kita tidak Islam tidak ada nilai dan gunanya untuk akhirat kita segala kekayaan atau harta dan anak pinak yg ramai dan berjaya di dunia. Tidak ada gunanya kita dinobatkan bilioner atau milioner, kerana semua kekayaan tersebut, kalaupun didermakan sehingga kita diakui seorang philantropis yg terkenalpun, Allah (a.w) tidak menerima sebagai kebaikan yg kita kerjakan semasa hidup kita. Kalau kita Islam - kekayaan kita itu akan menjadi bahan yg akan menyiksa kita di akhirat kelak, malah akan menjerumuskan kita ke neraka, jikalah disalahgunakan oleh kita atau dibazirkan. Kalau kita dermawan pula, tak guna juga jikalah kita menjadi dermawan yg riak dan takbur.Tidak ada gunanya untuk akhirat kita kalaulah aqidah Islam dan amalan serta ibadah kita dalam Islam tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Yg menentukan apakah kita di akhirat berjaya, selamat dan sejahtera bergantung kpd pegangan aqidah dan panduan beragama. Ini dirumuskan oleh Allah (a.w) dalam firmannya pada Ayat 13, Surah an-Nisa': kalau kita ikuti dan pandu kehidupan dunia kita dgn mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan kta mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e ikuti ketetpan as-Sunnah atau al-Hadith), kita pasti mendapat syurga. Kalau kita pandui hidup kita sebagai seorang Islam yg tidak bertepatan pula dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e. berlainan dari ketetapan al-Quran) dan tidak bertepatan dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e.berlainan dari ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith) dan kita pula melakukan sesuatu yg melanggar garis-garis yg dibolehkan oleh al-Quran dan as-Sunnah mengenai sesuatu, maka pasti kita menjadi ahli neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa').
Saudara, semua yg Islam faham bahawa perintah Allah (a.w) itu mutlak - wajib dipatuhi. Namun, tak semua orang Islam faham bahawa perintah Rasulallah (s.a.w) juga mutlak. Maksudnya: wajib aur dan ikuti. Ramai juga orang Islam yg berpandangan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu bukan mutlak. Malah ada yg menyatakan adalah atas budi bicara kita, yakni 'optional' bak kata Dr Mahathir. Suatu kesilapan yg amat serius bagi sesiapa yg berpandangan bahawa as-Sunnah atau al-Hadith itu adalah panduan atau ketetapan 'optional'!
Seseorang yg berusaha mencari ilmu dan kefahaman dalam Islam tentang tanggungjawab mereka sebagai manusia: mengabdikan diri kpd Allah (a.w) ( Ayat 56, Surah az-Zariat), mereka akan mempastikan dirinya terpandu oleh al-Quran dan as-Sunnah dan menyediakan bekalan untuk kebajikan akhirat mereka dgn berpandukan pada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah 'siratul mustaqim' , i.e. jalan lurus ke syurga. Tidak akan menyimpang. Tidak akan sesat dalam mencari kejayaan akhirat. Memandu kehidupan dalam Islam kpd a-uran dan as-Sunnah adalah jalan ke syrga itu. Justeru itu, kalau kita ingin selamat di akhirat, wajib kita akur dgn ketetapan tersebut dan ketetapan firman Alah (a.s) pada Ayat 153, Surah al-An'am: 'Bahawasanya ini (al-Quran dan as-Sunnah) adalah siratul mustaqim itu (i.e. jalan yg lurus ke syurga), maka ikutilah jalan itu (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); dan janganlah ikuti lain-lain jalan, maka akan berfirqah (i.e. berpecah-belah = menyimpang dan sesat kamu dalam agama) dari jalan (i.e. siratul mustaqim) itu; demikian itulah kamu diperintahkan mengikutinya (i.e. ikuti al-Quran dan as-Sunnah) mudah-mudahan kamu menjadi orang yg bertaqwa (i.e. takutkan Allah (a.w)).'
Saudara, hari ini semua orang Islam berkata mereka ikuti al-Quran dan as-Sunnah, tapi apabila diteliti ilmu dan amalan serta ibadah mereka, nayata bahawa mereka sudah menyimpang atau tersesat atau tergelincir dari jalan tersebut.
Saudara, kita akan lihat beberapa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg akan menunjukkan bagaimana majoriti umat Islam menjadi sesat atau menyimpang atau tergelincir dari 'siratul mustaqim' itu. Mudah-mudahan saudara yg ikuti post dalam blog ini dapat membuat semakan atas aqidah kita dan atas amalan dan ibadah kita supaya dapat re-alignkan semula agar tidak lari dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itu saja tindakan yg membolehkan kita berada sentiasa di atas 'siratul mustaqim' itu, insya Allah (a.w)
Menerapkan beberapa syariat Islam dgn Sempurna
(Tatbiqu yara’il Islami bikamali)
(a) Terima Islam Sepenuhnya, Tanpa Pilih-pilih
Firman Allah (a.w) yang maha agung: ‘Ya aiyuhallazina amanud-khulu fis-salmi kaffattan wa-la tattabi’u khutuwatis-syaitani innahu lakum ‘adu’um-mubinun.’ (Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu sekelian ke dalam Islam semuanya dan janganlah mengikuti kamu sekelian kpd beberapa langhak-langkah syaitan, syaitan itu bagi kamu sekelian adalah musuh yang jelas.) [Ayat 208, Surah al-Baqarah]
Firman Allah (a.w) yang maha agung: ‘Ya aiyuhallazina amanud-khulu fis-salmi kaffattan wa-la tattabi’u khutuwatis-syaitani innahu lakum ‘adu’um-mubinun.’ (Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu sekelian ke dalam Islam semuanya dan janganlah mengikuti kamu sekelian kpd beberapa langhak-langkah syaitan, syaitan itu bagi kamu sekelian adalah musuh yang jelas.) [Ayat 208, Surah al-Baqarah]
[Nota: Ayat ini adalah dalil bahawa kita masuk Islam itu secara sempurna (compelte), maksudnya tidak boleh kita ambil pakai yang kita suka dan tidak mengambil atau menerima apa-apa yang kita tidak sukai dalam Islam. Hari ini ramai umat Islam, termasuk mereka yang dikatakan ulama’ dan ilmuwan Islam yang mempersoalkan beberapa ketetapan al-Quran dan apatah lagi ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dr Mahathir, sebagai contoh, dilapurkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini dalam teks peresmiannya terhadap suatu event, menyatakan bahawa yang wajib diterima itu al-Quran, manakala al-Hadith atau as-Sunnah itu, katanya, adaah ‘optional’, yakni tidak wajib, boleh pakai atau boleh tinggalkan. Pendirian beliau itu adalah juga menjadi pendirian segolongan orang Islam yang lain bahawa mereka berpandangan ada beberapa ketetapan al-Quran yang sudah jumud tidak sesuai lagi diguna pakai dalam masyarakat moden sekarang. Pendapat atau pandangan ini bertentangan dengan dalil ini. Allah (a.w) menyebut di dalam al-Quran bahawa sesiapa menolak sesuatu ketetapan Allah (a.w) atau sesuatu ketetapan RasulNya adalah dikira menentang Allah (a.w) dan RasulNya. Dan, sesiapa yang menentang Allah (a.w) dan RasulNya tergolong dari golongan mereka yang dihukum oleh Ayat 13, Surah an-Nisa’, i.e. mendapat atau masuk neraka, wal iya zubillah. Dalil ini juga memperingatkan manusia bahawa syaitan itu adalah musuh orang iman. Dia dan kuncu-kuncunya – dikalangan jin dan manusia – berusaha menjerumuskan manusia ke dalam neraka supaya mengawani dia di dalam neraka kelak. Allah (a.w) memberi peluang kepada syaitan untuk hidup sampai hari kiamat dan dijadikan orang yang menjadi cubaan yang hebat kepada manusia terhadap aqidah serta ketaatan mereka terhadap Allah (a.w). Allah (a.w) memberitahu semua yang mengikuti syaitan akan disiksa dalam neraka kelak bersama-sama dengan syaitan (Ayat 18, al-A’raf). Allah (a.w) memperingatkan manusia supaya jangan ditipu oleh syaitan dan kuncu-kuncunya sebagai Adam (a.w) dan Hawa (a.s) telah tertipu sehingga dikeluarkan dari syurga dan bertempat di dunia (Ayat 27, Surah al-A’raf).]
(b) Ikuti as-Sunnah
Firman Allah (a.w) yang maha agung: ‘Wa-ma atakumur-rasulu fakhuzuhu wa-ma nahakum ‘anhu fantahu, wattaqullaha innallaha syadidul I’kabi.’ (Yang bermaksud: Apa-apa yang didatangkan pada kamu sekelian oleh Rasulallah (s.a.w), maka mengambillah/mengerjakanlah pada apa-apa yang didatangkan; dan apa-apa yang melarang Rasulallah (s.a.w) pada kamu sekelian maka berhentilah, dan takutilah pada Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) itu tersangat/berat siksaanNya.) [Ayat 7, Surah al-Haysr]
[Nota: Ayat ini adalah dalil, antara beberapa dalil lain, yang Allah (a.w) memerintahkan manusia supaya ikuti as-Sunnah dan jadikan panduan hidup sebagai orang Islam an orang iman. Jelaslah, as-Sunnah itu bukannya ‘optional’, tetapi wajin. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 13, Surah an-Nisa bahawa sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pasti dapat syurga. Allah (a.w) juga memberitahu bahawa sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) sesungguhnya dia telah mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa’). Dan sesiapa yang sayangkan Allah (a.w) (yakni, inginkan syurga Allah (a.w)) maka hendaklah dia ikuti perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (Ayat 31, Surah ali-Imran).]
No comments:
Post a Comment