Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun turunkan sepotong hadith yang dikeluarkan oleh Ali Abi Thalib (r.a), khalifah ar-rasyidin (yg benar) al-mahdiyin (yg mendapat petunjuk) yang ke-4. [Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam itu selain wajib mengikuti ketetapan al-Quran, wajib mengikuti ketetapan dan ketentuan sunnah Rasulallah (s.a.w). Dan, sunnah khalifah yang empat selepas beliau wafat - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum, adalah termasuk dalam sunnah tersebut.] Ali berkata yg maksudnya sesiapa yg inginkan kejayaan dalam dunia, maka hendaklah dia memiliki ilmu, dan sesiapa yg ngin berjaya untuk akhiratnya, hendaklah dia memiliki ilmu dan sesiapa yg ingin kejayaan kedua-duanya, iaitu di dunia dan di akhirat hendaklah dia memiliki ilmu, Jelaslah, imu itu memanfaatkan kita ketika hidup mencari maisya (sara hidup) kita dan menyediakan bekalan untuk hari akhirat pula ketika nyawa masih di badan.
Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu bahawa Allah (a.w) amat murka kpd seseorang Islam yg beriman itu apabila dia pandai dan pintar dalam ilmu dunia tetapi bodoh (=jahil) dalam ilmu akhiratnya. Sejauh mana kita mencari ilmu dan menguasai ilmu, sampai ke tahap mendapat ijazh Sarjana dan Ph D dalam ilmu dunia, ilmu itu hanya berguna untuk hidup kita sementara kita hidup - selama umur yg dianugerahkan Allah (a.w) kpd kita - 60 tahun atau 70 tahun atau 80 tahun. Itu saja, tak lebih dari itu. Manakala ilmu akhirat itu berguna untuk kita dalam kehidupan kita dan ketika berada di alam barzah dan ktika berhimpun di padang mahsyar dan ketika kekal di akhirat. Isi Kitab Catatan Amalan kita yg semasa hidup kita setiap saat ditulis atau dicatit oleh malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin itu ditentukan oleh ilmu akhirat kita, apabila kita amalkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan ketika memmandu diri kita menjauhi perbuatan yg ditegah dan dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Justeru itulah ilmu akhirat itu amat utama.
Saudara, kalau kita tidak mencari dan mempelajari serta memahami serta mengamalkan ilmu akhirat kita, maka kita berdosa setiap saat, kerana Islam mewajibkan kita yg Islam dan beriman supaya mencari ilmu, memelajarinya, memahaminya dan seterusnya mengamalkan ilmu kita sekuat mampu kita. Majoriti umat Islam remehkan ilmu akhirat ini, kerana disebokkan oleh urusan dunia mereka atau kerana mereka tidak beriman, kerana orang beriman itu yakin dia bahawa matinya datang tanpa diketahui bila, dan sesudah matinya ada siksaan dalam kubur dan ada pengadilan di akhirat apabila ditimbang dosa dan pahala, dan kemudian bergntung kpd kesudahan timbangan = hisaban tersebut, mendapat syurga atau neraka. Itulah saja ilihan bagi manusia - nak neraka ke atau nak syurga ke? Kesmuanya itu bergantung kpd ilmu - faham mereka tuntuan Islam dan dikerjakannya tuntutan tersebut.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Tolabul ili faridatun 'ala kulli muslimin.' (Yg bermaksud: Mencari (= mempelajari ilmu itu wajib atas setiap orang Islam). [Hadith ibnu Majah]
Saudara, kerana menuntut ilmu itu adalah fardu a'in tas setiapyg akui dirinya Islam. Kalau tak belajar berdosa, sebagaimana berdosanya kalau tak mengerjakan solat fardu.
Dalam Islam sah ilmu itu kalau dipelajari secara 'manqul' = dipindahkan dari seorang guru kepad kita yg belajar sebagai murid., sebagai ilmu mengenai Islam itu dipindahkan oleh Malaikat jibril (a.s) kepada Rasulallah (s.a.w) selama 23 tahun. Iu itu tak sah kalau kita baca, contohnya, kitab tafsir al-Quran kalau nak tahu ketetapan al-Quran atau membaca kitab-kitab atau buku karangan para ulama' ata ilmuwan tentang terjemahan al-Hadith. Ilmu menegnai as-Sunnah atau al-Hadith itu wajib dipelajari melalui sistem yg sama - secara 'manqul' atau berguru, dari guru yg juga mendapat ilmunya melalui sistem dan kaedah yg sama dari gurunya pula. Dalam post yg dimuatan dalam blog ini kita sudahpun tahu bahawa sahnya amalan dan ibadah itu hanya dgn ilmu. kalau tiada ilmu melalui sistem dan kaedah belajar yg disebutkan tadi, maka amalan dan ibadah kita tidak sah (rujuk Ayat 36, Surah al-Isra' dan hadith Nabi (s.a.w): 'Al-ilmu qabla 'amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan)).
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun wa-ma siwa zalika fahua fadlun ayatun muhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun 'adilatun.' (yg bermaksud: Adapun ilmu (i.e. ilmu mengeai akhirat itu) ada tiga; dan apa-apa ilmu selain yg tiga tersebut adalah ilmu tambahan, (yg wajib itu adalah) (pertama) ayat-ayat yg menghukum (iaitu al-Quran), (kedua) sunnah yg tegak (iaitu as-Sunnah atau al-Hadith) dan (ketiga) hukum agihan harta warisan yg adil.) [Hadith Abu Daud]
Saudara, sebagai mansuia kita tidak dihalagi, malah disuruh carikan kepandaian dalam ilmu dunia untuk berjaya dalam dunia, tetapi janganlah dlupakan pula, dan diwajibkan atas orang Islam, itu pandai dalam ilmu akhiratnya, kerana kepandaian ilmu akhirat itu akan memandu dia dalam kehidupan dunianya supaya dia boleh memaksimumkan pahala dan meminimumkan (atau menghakis) dosanya ketika di duna dan pada masa yg sama menyediakan sebanyak mungkin dan sebaik mungkin bekalan untuk akhiratnya. Orang yg sedemikian itulah orang y bijak dan amat disayangi oleh Allah (a.w).
Saudara, mengapakah ditunggu? Apakah saudara sudah anggap diri saudara orang yg telah bersedia untuk mati?
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment