Tuesday, October 2, 2012

Islam yang haq ...

Assalamualaikum,
Saudara, orang Melayu itu akui dirinya Islam, walaupun terkadang dia takpun mengerjakan sebarang ibadah - ibadah fardu dan mahupun. Atau, terkadang dia remehkan tuhannya dan tidak ambil berat tanggungjawab Islamnya dalam perkara pengabdian terhadap Allah (a.w) - mengerjakan segala yg diwajibkan ke atasnya dan meninggalkan sesuatu yang ditegah. Orang Melayu merasa tersinggung - malah marah dan berang - kalau kita katakan mereka 'kafir' atau 'murtad' atau 'munafiq', kerana mereka sentiasalah menganggapkan diri mereka Islam. Itu satu bab. Orang Melayu juga tidak berusaha mengaji atau mempelajari Islam supaya dia faham Islam sebenar-benarnya faham. Kebanyakan orang Melayu - malah orang Islam di mana-manapun di dunia ini - mereka dilahirkan Islam atau dilahirkan dalam keluarga Islam, walaupun mungkin orang tuanya atau nenek moyangnya jahil tentang Islam, sebagaimana masyarakat Arab zaman Rasulallah (s.a.w) jahil tentang tuhan dan menyembah berhala sebagai tuhan. Kemudian setelah diberitahu yg haq bahawa tuhan nenek moyang mereka, tuhan ibubapa mereka, tuhan semesta alam adalah Allah (a.w), bukan berhala, mereka tak mau terima.
Orang Melayu pun serupa. Kesemua orang Melayu hari ini dilahirkan dalam keluarga orang Islam, walaupun mungkin nenek moyang atau kedua ibubapa mereka takpun solat, takpun puasa, dan melakukan pula pelbagai pelanggaran terhadap tegahan Allah (a.w), namun mereka tetap merasai mereka tetap Islam! Malah, ketika melihat anak-anak yg baligh tak solat, takpun menegur. Berapa ramaikah orang Melayu yg benar-benar faham tentang agama mereka? Berapa ramaikah orang Melayu yg tahu apakah Islam yg sebenarnya? Berapa ramaikah orang Melayu yg berilmu itu faham bahawa dalam perkara agama, yg paling utama adalah Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan kemudian Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), bukanlah imam mazhab atau siapapun yg mengakui atau diakui diri mereka warak, berilmu, ulama' agung dan apa saja gelaran yg diberikan oleh manusia. Ulama' tak penting sekiranya mereka gagal menjadi pewaris para Nabi, iaitu mereka mewarisi ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan mengajarkan dan menyampaikan ilmunya kpd orang yg mahu dengar dan tak mahu dengar!
Kalau kita ke masjid atau ke surau atau apa yg kononnya dikatakan dlm majlis ilmu, adakah orang yg bercakap atau berceramah atau menyampaikan tazkirah itu membuka al-Quran atau kitab hadith dan merujuk kpd ayat-ayat al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith tatkala membincangkan sesuatu mengenai Islam? Begitu juga dgn para ulama' (i.e. orang yg berilmu) atau ilmuwan (i.e. orang yg belajar dari institusi pengajian Islam di luar negara ataupun dalam negara mendapat ijazah, sampai ke tahap Masters dan Ph D, spt pensyarah atau mahaguru pusat-pusat pengajian tinggi) mereka bepandangan bahawa mereka mempunyai cukup Ilmu dan merasa pasti yg pengetahuannya tentang Islam itu sudah cukup dan mereka yakin mereka beramal dgn syariat Islam yg benar sebagaimana syariat Islam yg diwahyukan oleh Allah (a.w) atau sebagaimana yg disampaikan dan diajarkan oleh Malaikat Jibril (a.s.) kepada Rasulallah (s.a.w) dan sebagaimana yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabatnya (orang yg iman yg hidup sezaman dengannya, termasuklah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), dan juga para tabi'in (yg hidup sezaman dgn Rasulallah (s.a.w) tetapi tak pernah menemuinya, dan kemudian pengikut para tabi'in yg beriman mengikuti syariat yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui apa-apa yg disampaikan oleh para sahabat kepada mereka. Orang yg mengikuti syariat Islam yg sah berdasarkan apa yg diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) akan wujud sehinggalah kiamat dunia ...
Saudara, demikianlah peredaran zaman. Di akhir zaman kelak - ketika hampir nak kiamat - orang yg Islam tidak lagi tahu agamanya, tuntutan Islam itu apa, dan mengamalkannya bagaimana, kerana ilmu mengenai Islam itu akan lenyap. Masa itu al-Quran tinggal suatu buku sebagaimana lain-lain buku dan kitab menjadi perhiasan di rumah tak dapat dibaca dan, kalau boleh dibacakpun, tidak dibaca oleh umat Islam. Orang Islam ketika itu takpun tahu bagaimana nak mengamalkan agama Islam. Yg mereka tahu hanyalah menyebut kalimah 'Allah, Allah' semata-mata. Masa itu pula manusia yg Islam itu sudahpun bebas, tak mengamalkan malah tak tahu bagaimana mengamalkannya, dan ketika itu mereka mengamalkan apa-apa yg ditegah dan dilarang oleh Islam, termasuklah lelaki perempuan berzina secara terang-terang tanpa lagi perlu menyewa bilik hotel budget selama sejam untuk memuaskan nafsu masing-masing, sebagaimana sekarang, dan kalau jadi anakpun dicampakkan dan dibuang ditepi parit dan sebagainya. Ketika itu orang iman akan menemui lelaki perempuan Islam bersetubuh secara terang-terangan kelak, di tepi-tepi jalan. Orang Iman yg menemui mereka akan berkata: 'Pergilah engkau berzina di tempat lain, bukan dijalan ini!' Orang Islam zaman itu hanya namanya Islam. Mereka tak mengerjakan amalan dan ibadah (i.e. buat apa yg disuruh dan tinggalkan atau jauhi apa yg ditegah), mereka hanya Islam dikenal melalui namanya sahaja.
Saudara, hari ini sudah mula fenomena ini berlaku. Para artis dan penyanyi berzina dan mengumumkannya kpd manusia lain. Orang yg ditangkap berkhalwat hadhir dalam pembicaraan memakai songkok, malah ketayap, melambangkan dia Islam! Tapi, pahala tak pernah dicarinya dan dosa sentiasalah kegiatan past-timenya ...
Saudara, sebenarnya hari ini kita sudah jumpa. Manusia berzina di atas padang ketika mengahadiri keramaian spt menyambut tahun baru dan merdeka, segolongan muda mudi akan tinggal terus dalam gelap bersetubuh ... begitu jugalah segelintir muda mudi yg berpesta dalam kamar hotel atau berkelah di tepi pantai atau dihutan lipur bercengkerama dan akhirnya berzina juga ...
Itu orang Islam yg kosong imannya. Ada, yg Islam mengagungkan agama lain, maka munafiq dia. Ada orang Islam yg menyebutkan bahawa agama Islam itu ketinggalan zaman, maka kafir dia. Ada orang Islam yg kononnya 'alim, rajin beramal, tapi kerana kejahilan silap amalannya atau silap cara dan kaedah beramal, maka terbatal segala amalannya dan tidak diterima amalannya. Maka muflis dia. Orang Islam yg tidak solat, menjadi kafir tanpa disedari. Yg membunuh bayi, dan berzina dikenakan hukum qisas, mengikut Islam, kalau tak bertaubat dan taubatnya tak diterima Allah (a.w) dia masuk neraka. Yg membunuh orang Islam lain, masuk neraka. Umumnya, yg berdosa pasti masuk neraka.
Jadi, tak hairanlah kalau Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa semenjak zaman Adam (a.s) sehinggalah kiamat dunia, hanya 1 drp 1,000 orang sahaja yg berjaya mendapat syurga. Adakah kita termasuk dalam satu itu? Di Malaysia, terdapat kira-kira 26.0 juta rakyatnya, dan 54% adalah kononnya Islam iaitu 14.0 juta, dan kalaulah 1 drp 1,000 dpt syurga, jadi sekarang ini, calun syurga tu hanyalah 14,000 orang sahaja. Adakah kita yg hidup hari ini termasuk dlm kumpulan ini?
Saudara, begitu ramai para ulama' dan ilmuwan, apakah yg mereka lakukan untuk menghapuskan kejhilan umat Islam tentang agama mereka? Apakah yg telah mereka lakukan untuk mengurangkan, kalaupun tak dapat menghapuskan, begitu berleluasanya kemaksiatan di kalangan umat Islam yg itu merupakan tanggungjawab mereka?
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman akan wujud 73 jenis Islam atau golongan Islam, tetapi hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga, manakala 72 golongan Islam masuk neraka. Golongan ini, walaupun Islam dan mengamalkan ketetapan Islam - solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan lain-lain ibadah atau amalan fardu dan sunat, tetapi dari segi bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengibadahkannya, telah begitu jauh berlainan dan berbeza dari syariat Islam yg diwahyukan Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) atau yg diajarkan atau dibawakan oleh Jibril (a.s) kpd Rasulallah (s.a.w) dan yg diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat, dan seterusnya diterima dan diamalkan oleh ahlus sunnah wal-jama'ah, yg menepati panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, janganlah kita merasa selesa yg kononnya kerana kita dilahirkan Islam, Allah (a.w) wajib kurniakan kita syurga! Allah a.w) janjikan syurga kpd orang yg mengamalkan tuntutanNya yg haq itu berdasarkan ketetapanNya, yakni berdasarkan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini kita mendengar ceramah agama di merata-rata tempat para penceramah merujuk kpd kitab-kitab karangan manusia, kata-kata manusia, terutama kata-kata imam-imam mazhab, tetapi tak pula mereka cite ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulallah (s.a.w) untuk menerangkan sesuatu mengenai Islam. Kalau mereka sesat, mereka menyesatkan kita yg mengikuti dan mendengar cakap-cakapnya. Dia sudahlah rugi kerana membelakangkan al-Quran, kita pula rugi kerana mengiyakan tindaktanduk dan cakap-cakap mereka, dalam kejahilan! Mereka yg berceramah rosak. Kita yg mendengar ceramahnya dan mengerjakan suruahan atau ajakan mereka, tersesat dan terjerumus, wal iya zubillah.
Eloklah kita teliti apakah Islam yg benar itu? Insya Allah, kita akan teliti dalam post yg akan menyusul.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment