Saturday, October 13, 2012

Berjema'ah Dalam Islam?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita seringkali timbulkan perkara di atas - 'Berjema'ah dalam Islam'. Kita tulis dibelakang tajuk ini tanda tanya. Bukan kerana apa, tetapi kerana segolongan umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuan sendiri, yang tidak faham konsep dan hakikat serta pengamalan sistem berjema'ah ini. Majoriti orang Melayu tahu 'berjema'ah' hanya dalam konteks solat berjema'ah - solat-solat yang dijema'ahkan - spt Solat Fardu yang lima dan Solat Jum'at  dan beberapa solat sunat yang dijema'ahkan spt Solat Aid, Solat Terawih, Solat Gerhana (bulan atau matahari).
Saudara, Solat berjema'ah itu adalah sebagaian daripada manifestasi berjema'ah, kerana Islam mewajibkan umat Islam itu ke masjid untuk mengerjakan solat-solat fardu secara berjema'ah, atau mereka, ketika bermusafir, mengerjakan solat-solat fardu tersebut sesama mereka yang bermusafir. Manifestasi serta syarat yang lebih fundamental adalah berjema'ah dalam menganuti Islam. Insya Allah dalam beberapa post yang akan muncul kita akan teliti semula konsep, hakikat dan kewajipan berjema'ah dalam Islam itu. Berjema'ah itu adalah amalan/practice yang amat penting dan utama. Ia menentukan apakah kita sebenarnya Islam dalam konteks syariat Islam yang sebenarnya, dan tidak kelihatan Islam secara lahiriah sahaja
Saudara, jema'ah itu. Ramai orang Islam, tetapi belum pasti dia Islam kerana banyak perkara yang mereka lakukan dan amalkan membatalkan keIslamannya.
Saudara, tanggungjawab seorang yg Islam dan beriman itu diperintahkan Allah (a.w) dalam suatu ayat yg jarang-jarang dirujuk oleh orang Islam - baik ulama' atau ilmuwan Islam ataupun manusia biasa - iaitu Ayat 56, Surah az-Zariat (yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)). Itulah perintah pokok Allah (a.w) kpd orang Islam yg beriman. Setelah menunaikan tanggungjawab tersebut seseorang yg Islam dan iman itu bebas menjalani kehidupan dunianya, asalkan dia peka dan patuh dgn perintah Allah (a.w) itu. Kemudian, seseorang yg Islam itu diberi kata dua pula - kalau taat diberi ganjaran syurga dan jika tidak taat diazab dalam neraka. Ini ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (yang bermaksud: Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), maka pasti dimasukkan ke dalam syurga). Kalau sebaliknya, orang yg pasti masuk neraka itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 14, Surah an-Nisa' (yg bermaksud: Sesiapa yg ingkar /tidak mentaati perintah Allah (a.w) dan tidak mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) dan melanggar ketetaan hudud (tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)), maka pasti dimasukkan ke dalam neraka). Ketetapan itu jelas.
Saudara, jelas perintah Allah (a.w) itu menyatakan bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) itu sama wajibnya dgn menttati Allah (a.w). Bagaimana mentaati Allah (a.w)? Mentaati Allah (a.w) itu bererti kita taati atau ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Mentaati Rasulallah (s.a.w) itu bererti kita taati dan ikuti ketetapan al-Quran (kerana Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan kpd kita al-Quran) dan mentaati ketetapan beliau sendiri yakni sunnah Rasulallah (s.a.w), iaitu hadith yg merupakan konpendium perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kita wajib taatkan Rasulallah (s.a.w) - sekarang ini kerana beliau tiada bersama-sama kita lagi - kita wajib akur dgn dan patuhi ketetapan as-Sunnah.
Kemudian, orang yg akui dirinya Islam pula - melalui ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - faham bahawa segala perintah yg melibatkan amal dan ibadah dan, umumnya, amal soleh atau amal makruf, hendaklah dikerajakan sekuat mampu, bukan absolute dlm ertikata mesti kita kerjakan, selain ketetapan wajib, tetapi kita sebagai orang Islam cuba sekuat mampu memertingkatkan amalan dan ibadah. Pilihan kita dalam perkara amalan dan ibadah adalah mengerjakannya sekuat mampu kita. Dalam perkara tegahan atau larangan, kita diwajibkan jangan lakukan, malah jauhi sejauh-jauhnya, supaya tidak terlibat. Suruhan membilehkan kita mendapat syurga, dan tegahan menjerumuskan kita ke dalam neraka.
Saudara, antara suruahn mandatory atau wajib itu adalah berjema'ah dalam Islam.  Inilah perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran: (yg bermaksud: Berpegang teguhlah kamu pada tali (agama Allah (a.w)), i.e. agama Islam itu secara berjema'ah atau dengan berjema'ah dan janganlah kamu berfirqah (atau berpuak-puak atau berpecah-pecah). Perintah berjema'ah inilah yg sering dilupakan oleh umat Islam - termasuklah diremehkan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam, sehinggakan dalam menterjemahkan firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Ali-Imran itu, sama ada mereka 'silentkan' atau mereka terjem ahkan sebagai 'jangan bercerai berai', walhal kalimah 'bercerai berai atau berfirqah' itu datang selepas kalimah 'jami'an' (= berjema'ah)! Maka hari ini, kalau kita itidak usahakan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita tidak akan berjema'ah, malah tidak tahu bagaimana nak berjema'ah dalam Islam, dan tidak faham maksud sebenar perintah berjema'ah itu!
Saudara, insya Allah mulai dari post ini dan seterusnya beberapa post yg akan muncul insya Allah kita akan cuba perjelaskan konsep dan hakikat berjema'ah ini/ Kerana, berjema'ah itu adalah pra-syarat kedua, selepas pra syarat pertama sahnya Islam, iaitu beramal dan beribadah serta memandu kehidupan sebagai seorang Islam dan iman berdasarkan pesanan Rasulallah (as.a.w) : 'Ma ana 'alahi, wa-ashabi' (yg bermaksud: Apa-apa yg aku (nabi) berpegang atas apa-apa dan apa para sahabatku berpegang atas apa-apa), yakni as-Sunnah - sunnah Nabi (s.a.w) dan sunnah 'khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin' (iaitu pemimpin pengganti Nabi (s.a.w) - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum).
Saudara, antara ciri-ciri utama jema'ah itu adalah firman Allah (a.) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa': (yang bermaksud: Taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) dan (taatkanlah) 'ulil amri" dikalangan kamu sekelian). Ulama' konvensional atau para ulama' arus perdana menterjemahkan 'ulil amri' itu sebagai golonagn pemimpin dan para ulama'. Tapi, sebenarnya 'ulil amru', kalau kita faham ketetapan as-Sunnah, merujuk kpd golongan mereka yg 'mempunyai perkara' terhadap jema'ah umat Islam, iaitu Imam atau Amir (atau dahulunya disebut khalifah atau 'amirul mukminin' dalam zaman awal Islam). Maka jema'ah dalam Islam itu dipimpin oleh seorang pemimpin yg dipanggil atau digelar 'Imam' atau 'Amir' . Selain itu ada beberapa ciri lain yg disebutkan dalam al-Quran, termasuklah ikrar taat setia antara Imam dgn rukyah atau jema'h yg mereka pimpin yg disebut sebagai 'bai'at'. Wajib ingati bahawa keataatan terhadap kepimpinan jema'ah Islam (i.e. Imam atau Amir itu) amat utama, kerana Rasulallah (s.a.w) menghukumi bahawa sesiapa yg taatkan Imam atau Amir jema'ah, maka dia seumpama mentaati Rasulallah (s.a.w). Sebaliknya, sesiapa yg mengingkari perintah Imam atau Amir itu, dia  telah mengingkari perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Dan, Allah (a.w) memberitahu umat Islam pada Ayat 80, Surah an-Nisa': (yg bermaksud: sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w), sunggih-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w). Namun, ketaatan terhadap Imam atau Amir itu tidaklah mutlak sebagaimana mentaati Allah a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) wajib ditaati tanpa 'reservation' atau pengkecualian, maksudnya 'absolute'. Mentaati Imam atau Amir ada hadnya, iaitu setakat yg perintah serta suruhan Imam atau Amir itu tidak bersifat suatu perintah kemaksiatan.
Saudara, justru itu wajib kita fahami bahawa Islam yg benar itu memenuhi dua pra-syarat utama: (a) ikuti segala sesuatu itu berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap amalan dan ibadah yg menyalahi as-Sunnah walau bagaimapun indah dan tertibnya pada pandangan manusia, tetap batal dan batil, tak diterima Allah (a.w). (b) setiap orang Islam itu sah Islamnya kalau dia berjema'ah dalam Islam. Insya Allah kita akan teliti dalam post-post yg akan datang bagaimana terlaksanakan hakikat berjema'ah dalam Islam itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment