Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu preskripsi Islam bahawa Allah (a.w) wajibkan kpd setiap orang iman itu berpandukan dan mengikuti as-Sunnah atau amalan dan ibadah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan diwajibkan atas orang iman itu berjema'ah dalam menganuti agama Islam. Itulah dua pra-syarat untuk tergolong dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'h'. Mengikuti as-Sunnah itu adalah suatu kewajipan. Setiap amalan dan ibadah yg berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan batil. Jika tidak berjema'ah pula, kita tidak diakui sebagai orang Islam yg beriman.
Saudara, dalam post ini kita teliti selanjutnya ketetapan Islam mengenai 'jema'ah' atau perintah 'berjema'ah' dalam Islam itu. Kita telahpun lihat Ayat 103, Surah ali-Imran bahawa Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam itu berjema'ah. Perintah ini disebutkan pula dalam al-Hadith apabila Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya - yakni kita yg Islam ini - supaya berjema'ah atau mendirikan jema'ah kerana itulah perintah Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kita lihat seterusnya dalam perkara 'jema'ah' ini apakah ketetapan Islam mengenainya, dgn meneliti beberapa hadith sahih berikut. Kita lihat hadith Omar b Khattab (r.a):
Diriwayatkan hadith daripada Tamin ad-Daramii (r.a) berkata: ‘Telah berkata Omar ibnu Khattab (r.a): ‘Bahawasanya tidak dikatakan Islam seseorang yang mengaku Islam mereka kecuali dengan berjemaah, dan tidak ada dikatakan berjemaah umat Islam itu kecuali dengan beramir atau berimam. Dan tidak ada keamiran atau keimaman kecuali dengan taat (yakni, wujud budaya taatkan amir atau imamnya). Maka barangsiapa yang dijadikan pemimpin (yakni, amir atau imam) untuk memimpin kaumnya (yakni, jemaahnya) atas kefaqihan atau kefahaman (tentang as-Sunnah agamanya) maka ada kehidupan (yakni, selamat atau berbahagia dan tenteramlah) baginya (yakni, bagi amir atau imam) dan bagi kaumnya (yakni, bagi jemaahnya), dan barangsiapa menjadi pemimpin kaumnya atau jemaahnya atas sifat-sifat selainnya (yakni, seperti jahil dia tentang syariat agamanya atau atas pertimbangan-pertimbangan lain) adalah rosak bagi amir atau imam itu dan rosak bagi kaumnya atau jemaahnya.’[Hadith sahih ad-Daramiu]
[Nota: Ad-Daramiu adalah salah seorang perawi atau pengumpul hadith dan kitabnya adalah salah satu daripada 49 kitab-kitab hadith.]
Saudara, mungkin ramai yg mempertikaikan hadith ini kerana bukan datangnya dari Rasulallah (s.a.w), tetapi adalah kata-kata Omar ibni Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg ke-2 selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Sebenarnya, bagi mereka yg belajar dan faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka pasti tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah a.w) meletakkan kebenaran pada kata-kata Omar (r.a). Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jikalah Allah (a.w) ingin melanjutkan sistem kerasulan atau kenabian selepas Rasulallah (s.a.w), sudah pasti orang itu adalah Omar (r.a). Dalam post yg lalu kita telahpun diberitahu bahawa 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah khalifah yg 4 - khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin - iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu anhum. Sunnah atau jalan agama mereka itu hendaklah dikuti oleh setiap orang Islam sebagai panduan amalan dan ibadah dan panduan hidup, sebagaimana sunnah Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kalau kita telit dan amati, sebenarnya Omar (r.a) tidaklah berkata berdasarkan pendapatnya. Tetapi, beliau merumuskan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai hakikat Islam, keImaman dan jema'ah. Cuba kita lihat hadith-hadith berikut pula. Jelaslah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa hidup seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu hanya halal jikalah mereka mengangkat seorang Imam untuk memimpin mereka dan menguruskan jema'ah orang iman. Kewajipan mengangkat seorang Imam itu diwajibkan kalaulah di dunia ini terdapat hanya 3 orang Islam dalam bermusafir atau dalam bertempat atau bermestautin di muka bumi.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah (r.a) hadith dari Abi Sa’id al-Khudri (r.a) seorang sahabat Nabi (s.a.w), berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Ketika keluar seseorang ahli jemaah Islam itu di dalam bermusafir bertiga maka mengangkatkanlah (yakni, melantik) salah seorang dari mereka dijadikan imam (pemimpin).’ [Hadith sahih Abu Daud]
Institusi keimaman itu adalah satu ciri utama dalam syariat Islam bagi umat Islam yang disebut Ahli as-Sunnah wal-Jamaah itu dan untuk semua keadaan, termasuklah apabila bermusafir sekalipun. Kalau bertiga, hendaklah seorang dilantik menjadi imam. Dimana sahaja dan dalam keadaan apa sekalipun mesti wujud seorang imam yang dilantik dikalangan mereka sendiri untuk memimpin jemaah mereka. Institusi keimaman dalam jemaah Islam itu satu urusan yang wajib. Hadith di bawah ini mensyaratkan lebih ketat dari hukuman dalam hadith di atas itu, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak halal bagi tiga orang umat Islam dalam suatu jemaah yang berada di muka bumi ini kecuali melantik imam atas mereka salah seorang daripada mereka (yang bertiga itu).’ [Hadith sahih Imam Ahmad]
[Nota: Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa tidak halal Islam kita semasa hidup kita jikalah jika kita bertiga kita tidak melantik salah seorang antara bertiga itu seorang untuk menjadi pemimpin atau imam. Jika kita gunakan analogi, ayam itu adalah antara haiwan yang pada hakikatnya halal dimakan. Namun, ianya menjadi halal dari segi realitinya apabila disembelih mengikut ketetapan Islam. Ayam tersebut, walaupun halal pada hakikatnya, yakni boleh dimakan oleh orang Islam dagingnya, namun tetap tidak halal jikalah tidak disembelih mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga Islam. Seseorang yang Islam itu betul benar-benar Islam sekiranya dia tidak mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah. Jika tidak halal maka segala ibadah dan amalanya tetap tidak diterima selagi tidak berada dalam jemaah as-Sunnah. Apabila berada dalam jemaah as-Sunnah barulah benar-benar seseorang itu Islam.]
Saudara, jelaslah bahawa wajb bagi umat Islam yg beriman itu menubuhkan suatu jema'ah ummah dgn diketuai oleh seorang pemimpin yg disebut secara generic oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai Imam atau Amir atau khalifah. Omar (r.a) selanjutnya memberitahu bahawa tidak dikatakan wujudnya 'jema'ah' itu kalaulah tidak dilantik seorang Imam, dan tidak ada hakikat keImaman itu jika tidak ditaati oleh rukyah, yakni anggota jema'ah umat Islam.
Saudara, di Malaysia belum diketahui wujudnya jema'ah Islam. Suatu ketika dahulu kaedah jema'ah ini pernah didirikan oleh kumpulan Arqam Tidak dapat dipastikan apakah penubuhan jema'ah Arqam itu menepati ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah ataupun tidak Walau, apapun perkumpulan Aeqam telah dibubarkan, malah diharamkan oleh kerajaan.
Memandangkan berjema'ah itu diwajibkan oleh Allah (a.w) atas umat Islam supaya halal kehidupan orang Islam, maka yg sepatutnya tahu dan faham, adalah para ulama' yg sepatutnya meneliti ketetapan Islam ini. Selagi sistem jema'ah itu tidak wujud selagi itulah belum halal hidup kita umat Islam. Tak hairanlah bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 72 golongan umat Islam, walaupun Islam, tidak berjaya mendapat syurga. kerana satu pra-syarat Islam yg haq itu adalah kewajipan berjema'ah. Kalau kita tak halal hidup sebagai seorang Islam, maka mereka yg berilmulah bertanggungjawab, kita sebagai umat Islam biasa tertakluk kpd kepimpinan mereka yg berilmu. Mudah-mudahan Allah (a.w) mengampuni kita kerana kita tidak berkuasa menubuhkan suatu institusi keIslaman tanpa mereka yg berkuasa merestuinya...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment