Tuesday, October 16, 2012

Berjema'ah dalam Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat 3 potongan hadith mengenai tajuk kewajipan berjema'ah dalam Islam. Sebagaimana yg telah kita jelaskan bahawa majoriti umat Islam hari menidakkan hadith Omar b Khattab (r.a) yg menyebut secara terus terang - catagorical - bahawa kita tidak diakui Islam selagi tidak berjema'ah dalam menganuti agama Islam. Mungkin mereka berpendapat bahawa Omar (r.a) bukanlah Nabi (s.a.w), yg dibenarkan segala sabda beliau, kerana Rasulallah (s.a.w) itu mendapat wahyu dari Allah (a.w). Reaksi atau pendapat sedemikian itu tidak hairan. Kerana, ramai orang Islam termasuklah para ulama' dan ilmuwan sendiri yg menyatakan bahawa as-Sunnah atau al-Hadith itu, oleh kerana bukannya kata-kata (i.e. firman) Allah (a.w), kecualilah, mungkin, kata mereka hadith qudsi yg merupakan firman Allah (a.w), yg disampaikan melalui lisan Rasulallah (s.a.w), maka tak sama dgn status al-Quran. Dalam suatu hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa dia (Nabi) diberikan dua perkara, iaitu al-Quran dan sesuatu yg menyerupai al-Quran, yakni al-Hadith. Kedua-dua sama tarafnya. Kerana itulah al-Quran menyebut kejayaan mendapat syurga itu bergantung kod pematuhan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ikuti al-Quran tanpa ikuti as-Sunnah, tak dapat syurga. Dan, kalau ikuti as-Sunnah tak akur dgn al-Quran, tak dapat syurga. Nak dapat syurga taati Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) yakni, ikuti as-Sunnah). Inilah antara mesej fundamental al-Quran. Contohnya Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Ramai orang yg akui diri mereka Islam, tetapi menerima sebahagian as-Sunnah, menolak atau meremehkan sebahagian atau tidak akur dgn sebahagian as-Sunnah. Contoh, baru-baru ini Dr Mahathir sendiri secara kategorik menyebutkan bahawa al-Hadith atau as-Sunnah itu 'optional' - boleh terima dan boleh tak terima, wal iya zubillah! Tapi, beliau bukanlah seorang yg berilmu dalam konteks Islam.
Allah (a.w) menghukum sesiapa yg menolak Rasulallah (s.a.w) - termasuk menolak ketetapan beliau - adalah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Kerana Allah (a.w) wajibkan umat Islam itu ambil dan amalkan dan akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w). Antara nas dan dalil mengenai kewajipan mentaati i.e. akur dgn ketetapan as-Sunnah (i.e.) Rasulallah (s.a.w) adalah Ayat 13, Surah an-Nisa - kita disuruh taatkan segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan kita diperingatkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa' bahawa sesiapa yg tidak mentaati perintah dan ketetapan Rasulallah s.a.w) pasti dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak, wal iya zubillah! Dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, kita diwajibkan mentaati Rasulallah (s.a.w) damn ikuti ketetapan as-Sunnah.
Saudara, bagaimana pula tentang kesahihan atau kebenaran kata-kata Omar (r.a) apabila beliau berkata: 'Tidak Islam jika tidak berjema'ah' itu? Bagi mereka yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah mereka akan tahu bahawa ada tiga hukum atau ketetapan syariat Islam yg menyebabkan atau menjadi asbabul nuzul al-Quran, antaranya berjilbab (i.e. menurut aurat). Islam berkembang dgn pesat dgn bantuan Omar (r.a), apabila Allah (a.w) perkenankan doa Rasulallah (s.a.w) supaya sama ada Abu Jahal dan Omar (r.a) diberi petunjuk untuk memeluk Islam. Nyata, Allah (a.w) perkenankan Omar (r.a) dan menolak Abu Jahal yg terus menjadi sahabat karib syaitan.
Saudara, kita lihat hadith berikut dimana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita kedudukan istemewa Omar (r.a) dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salamii (r.a) berkata bahawa dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) dengan suatu nasihat yang menyebabkan mengalir air mata daripada mendengar nasihatnya dan merasa gemetar (atau takut) dari mendengar nasihatnya itu. Maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w), sesungguhnya ini satu nasihat seperti hendak minta suatu janji daripada kami.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh aku tinggalkan bagi kamu sekelain atas putih, putih pada malamnya dan putih masa siangnya (yakni, agama atau syariat Islam yang sudah terang dan jelas dalam apa keadaan sekalipun) tidak akan sesat kamu sekelian berpegang dengannya selepas ketiadaan aku kecuali rosak mereka barangsiapa yang rosak mereka itu dari kalangan sekelian kamu, maka akan melihat kamu sekelian akan banyaknya perselisihan di kalangan umat Islam, maka atas kamu sekelian berpeganglah dengan barang apa yang kamu tahu dari sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, gigitlah atasnya (yakni, kedua-dua sumber itu) dengan gigi geraham kamu, dan diwajibkan atas kamu sekelian dengan taat dan jika sekalipun hamba Habsyipun (memerintah kamu), maka sesungguhnya orang-orang yang beriman itu seperti unta dimana atau kemana ditarik kesitu dia mengikut tuannya.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Dengan itu, hadith diatas wajib dijadikan panduan kita dalam Islam. Tambahan pula, bagi mereka yang sering membaca dan belajar al-Hadith (yakni, Ilmu al-Hadith), akan ketemui kes-kes bilamana atas perkataan Omar ibnu Khattab (r.a) itu turun ayat-ayat al-Quran. Ini menunjukkan kelebihan Omar ibnu Khattab (r.a). Dengan itu perkataan dan perbuatan (yakni, sunnah beliau) Omar (r.a) itu adalah benar dan menjadi sebahagian daripada ‘as-Sunnah’ itu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Bahawasanya Allah (a.w) meletakkan kebenaran atas lisan (yakni, ucapan atau kata-kata) Omar (ibni Khattab) (r.a) berkata dengan lidahnya.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith ini menjelaskan kedudukan atau mertabat Omar (r.a) dalam Islam. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu di dalam hadith berikutnya, jikalah Allah (a.w) ingin seorang Nabi selepas beliau, yakni, jikalah Rasulallah (s.a.w) itu tidak diputuskan oleh Allah (a.w) sebagai ‘khattamal nabiyin’ (nabi dan rasul penamat atau penutup), pastilah orang itu Omar ibni Khattab (r.a). Pembaharuan dalam ibadah dan amalan Islam yang dibawakan oleh Omar (r.a) itu boleh diterima pakai sebagai sah dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Huzaifah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ikutilah dengan dua orang selepas aku (yakni, sesudah ketiadaan aku nanti) Abu Bakar (as-Siddiq) (r.a) dan Omar (ibni Khattab) (r.a).’ [Hadith sahih at-Termidzi]Diriwayatkan hadith daripada ‘Uqbah bin ‘Amirin (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jikalau adalah sesudahku seorang Nabi nescaya dia adalah Omar bin Khattab (r.a).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Jelaslah Omar (Khalifah kedua Islam itu) diberi keistemewaan oleh Allah (a.w) di atas sahabat-sahabat yang lainnya. Maka dengan itulah apabila Rasulallah (s.a.w) berdoa kepada Allah (a.w) memohon diberikan hidayat Islam kepada dua orang yang amat penting kepada Islam dan perkembangannya di masa akan datang, iaitu bapa saudaranya yang menjaganya sehingga dewasa, iaitu Abdul Mutallib, dan singa kafir Mekah, iaitu Omar bin Khattab (r.a), diperkenankan oleh Allah (a.w) Omar seorang sahaja. Maka Omar (r.a) masuk Islam. Dan oleh kerana itu, Islam mula berkembang kerana Omar penyokong kuat Islam.
[Nota: Omar (r.a) yang memulakan amalan Solat Terawih yang diseragamkan, dibuat 20 rakaat dan dijemaahkan di belakang seorang imam dan suatu waktu yang ditetapkan setiap malam ramadhan. Zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman Abu Bakar (r.a), Solat Terawih dalam bulan Ramadhan itu disolatkan 8 rakaat secara bersendirian, dibuatempat-empat rakaat satu salam, dan, boleh juga dijemaahkan pada malam-malam ganjil sepeuluh Ramadhan terakhir. Waktu Solat Terawih itu tidak diseragamkan, tetapi semakin hampir penamat ramadhan semakin lambat disolatkan.]
Saudara, seperti yg kita telah jelaskan dalam post sebelum ini Omar (r.a) ecokan sabda Rasulallah (s.a.w) dan ketetapan Allah (a.w) dalam hadithnya itu. Dia tidaklah berkata mengikut kehendak dirinya sendiri. Beliau tidak mendapat wahyu tetapi Allah (a.w) memberi kelebihan kpd Omar (r.a) dalam segala kata-katanya. Malah dalam hadith terdahulu itu Rasulallah (s.a.w) memerintahkan bahawa jalan yakni pengamalan agama khalifah yg 4 itu juga hendaklah kita ikuti sekuat mampu kita sebagaimana Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita amalkan suruhannya sekuat mampu kita. Justeru itu, tidak ada sebab mengapa kita yg akui diri kita Islam dan beriman menolak as-Sunnah, termasuklah sunnah Omar (r.a). Antara contoh sunnah Omar (r.a) yg menjadi amalan kaum Muslimin kini adalah mengerjakan Solat Terawih 8 rakaat disolatkan empat empat rakaat disudahi dgn 'salam') secara berjema'ah di belakang seorang Imam solat yg tetap, iaitu Ubai b Kaab.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment