Thursday, October 25, 2012

Peringatan Mengenai Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, seperti yg telahpun disebutkan acap kali dalam blog ini, ilmu itu amat penting dikuasai oleh orang Islam - ilmu dunia untuk kejayaan dunianya dan ilmu akhirat untuk memandu kehidupan yg halal sebagai orang Islam di dunia dan untuk menyediakan diri untuk akhirat. Dalam post sebelum ini diberitahu bahawa dalam perkara dunia dan akhirat itu, ilmu yg wajib dikuasai dan difahami serta dijadikan asas amalan dan ibadah adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga telah lihat dalam post yg lalu bahawa hendaklah seorang Islam yg beriman itu menyegerakan mencari dan memahami ilmu dari mereka yg berilmu secara 'manqul' = berguru, sebelum orang yg berilmu itu diwafatkan Allah (a.w) sehinggakan tiada lagi baki orang yg berilmu itu hidup, maka pupuslah ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) itu. Apabila tiada orang yg berilmu, maka umat Islam akan mengikuti ketentuan dan ajakan serta amalan orang yg jahil atau diperintahkan oleh kepimpinan dan ulama mereka berdasarkan fikiran dan pendapat mereka, maka sudahlah yg memimpin dan mengajarkan 'ilmu' sesat, yg diajarkan pula menjadi bertambah sesat - kedua-dua golongan terjerumus ke dalam neraka dan tidak akan mendapat syurga, wal iya zubillah.
Saudara, ramai para ulama' dan ustaz menemui hadith di bawah ini, tetapi majoriti mereka itu tak faham:
Diriwayatkan hadith dari Othman (ibni Affan) (r.a) tentang hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Khairukum man ta'allamal- quran wa-'allamahu.' (Yg bermaksud: Sebaik-baik kamu (orang iman) adalah orang yg mengajarkan al-Quran dan belajar al-Quran). [Hadith Bukhari, Kitab Kefadhalan al-Quran].
Yg dimaksudkan adalah memperlajari dan mengajarkan al-Quran - dari segi bacaannya dan memahami tuntutannya secara 'manqul' = berguru, bukan membaca sendiri atau belajar sendiri dengan membaca kitab-kitab tafsir al-Quran dan kemudian mengajarkannya pula. Jika begitu maka tidak sahlah sistem penyampaian serta pemahaman ilmu al-Quran, dan apabila diamalkan pula ilmu al-Quran tanpa berguru, maka amalan dan ibadah yg didasari atas hakikat rakyi = pendapat dan akal fikiran - yg belajar dan yg menyampaikan, maka tertakluk pula kpd ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Jundab berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man qala fi kitabillahi 'azza wajalla birakyi, fa-asoba faqad akhtak.' (Yg bermaksud: Barangsiapa berkata (membaca atau menerangkan atau menjelaskan sesuatu ) di dalam Kitab Allah (yg maha mulia lagi maha agung = a.w) (yakni, al-Quran) dengan pendapatnya (atau pendapat orang lain), maka benar (apa yg dikatakan atau dperjelaskannya) maka sungguh-sungguh salah dia.) (yakni, tidak diterima darinya oleh Allah (a.w) - tak dapat pahala dan tidak diakui sah, malah batil dan batal) [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]
Saudara, tidak ada gunanya kita belajar al-Quran atau cuba memahami al-Quran dgn menggunakan akal fikiran dan pendaat atau kebijaksanaan sendiri. Kita mungkin seorang yg belajar di universiti yg bahasa pengantarnya Bahasa Arab (spt di Azhar atau Madinah), maka kita memang fasih Arab dan nahu sarof Arab, maka boleh mengertikan kalimah-kalimah Arab. Namun al-Quran itu bukanlah bahasa Arab 'pure and simple' tetapi kalam Allah (a.w), maka wajib dipelajari melalui sistem yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana Allah (a.w) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) dengan mengutus Jibril (a.s) yg memanqulkan ilmu mengenai Islam i.e. al-Quran dan hikmah. Inilah kesilapan majoriti umat Islam bahawa ilmu mengenai Islam itu tak perlu didapati dgn mempelajari al-Quran dan as-Sunnah secara berguru. Mereka ikuti apa yg disebutkan dalam kitab dan buku. Mereka takpun merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kalau tidak diikuti kaedah pembelajaran ilmu yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu, maka akibatnya disebutkan dalam hadith berikut pula:
Diriwayatkan hadith dri Ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man qala fil-qurani bi-ghairil 'ilmn fal-yatabauwak maq'adahu minan-nari.' (Yg bermaksud: Barangsiapa berkata (atau menjelaskan atau menerangkan sesuatu) di dalam al-Quran tanpa ilmu, maka sediakanlah dirinya bertempat di neraka). [Hadith at-Termidzi, Kitab Tafsir]
Saudara, ilmu itu hanya sah jika dipelajari mengikut sistem dan kaedah yg ditetapkan itu. Seseorang itu hendaklah mengajarkan al-Quran atau menjelaskan sesuatu dalam al-Quran hanya didasari dgn ilmu megenai al-Quran yg diperolehinya melalui belajar al-Quran secara manqul = berguru itu.
Saudara amat bahaya kita memandaikan diri sendiri itu dalam perkara al-Quran ataupun as-Sunnah. Wajib bagi kita belajar ilmu secara berguru. Bukan dari sebarang guru tetapi guru yg juga belajar atau mendapat ilmunya dari gurunya yg belajar mengikut sistem, kaedah dan proses yg sama, supaya bila diteliti sanad ilmunya, maka jelas sampai kepada Rasulallah (s.a.w). Dgn itu keaslian dan kesahihan ilmunya adalah pasti, tidak menyimpang dari apa yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat, para sahabat kpd para tabi'in, dan para tabi'in kpd pengikut para tabi'in, yg menyampaikannya pula kpd para ulama' sampailah hari kiamat - keaslian ilmu kekal tanpa berubah.
Saudara, mudah-mudahan saudara faham. Mudah-mudahan saudara juga menginginkan dan menyempatkan diri belajar ilmu secara formal dari mereka yg juga mendapat atau menerima ilmunya secara sah dan formal, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment