Sunday, October 14, 2012

Berjema'ah dalam Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah mulakan perbicaraan kita tentang tajuk di atas dgn memberikan intisari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai  prinsip utama ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam post sebelum ini.
Saudara, sebelum kita lanjutkan penelitian kita tentang ketetapan-ketetapan spesifik Allah a.w) dan Rasulallah s.a.w) perkara ini, kita wajib lihat dua hadith yg memberitahu kita siapakah yg sebenarnya tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'h' (ASWJ), kerana konsep dan hakikat ini amat kerap disebutkan oleh para ulama' dan ilmuwan arus perdana. Kerana mereka beranggapan bahawa merekalah yg tergolong dalam 'AHWJ' itu. Malah mereka menyebut bahawa sesiapa yg berpegang kpd ajaran Mazhab as-Syafie, mereka sah tergolong sebagai ASWJ itu. Malah boleh dikatakan kesemua penganjur fahaman kemazhaban, terutama Mazhab as-Syafie di Malaysia, menyebtkan dgn penuh kepasian bahawa ajaran Muzhab as-Syafielah yg sewajarnya diikuti oleh umat Islam Melayu di Malaysia, malah di Nusantara! Sehinggakan tatkala mereka menyampaikan ceramah atau tazkirah mereka sering merujuk kpd pendapat para ulama' muktabar mazhab, dan tidak sekalipun merujuk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Malah terasa, bagi kita yg tahu dan faham Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, seolah-olah Rasulallah (s.a.w) di'sideline'kan atau dipinggirkan atau 'take for granted'. Anihnya, para ulama' dan ilmuwan yg mengakui diri mereka pengikut tulen fahaman kemazhaban (i.e. Mazhab as-Syafie) tak pernahpun melihat, apatah lagi mengkaji apakah sebenarnya ajaran Imam as-Syafie! Kita agung Imam as-Syafie mereka tak pernak tengok dan tak pernah baca dan lebih-lebih lagi tidak memahami isi kandungannya. Kerana, kalaulah mereka baca 'al-Umm' kitab agung as-Syafie, pasti mereka akan dapati bahawa Imam as-Syafie tidak pernah mengajarkan sesuatu yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah. Kenapa kerana Imam as-Syafie adalah ulam' hadith (muhaditin), dia tahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. [Nota: Imam as-Syafie adalah salah seorang drp ulama' hadith yg jumlahnya adalah 51 orang, antara yg terkemuka adalah Imam Bukhari (Sahih Bukhari), Imam Muslim (Sahih Muslim), Imam an-Nasa'ie (Sunan Nasa'ie), Imam Abu Daud (Sunan Abu Daud), Imam at-Termidzi (Sunan at-Termidzi) dan Imam Ibnu Majah (Sunan Ibnu Majah) - yg koleksi kitab hadith mereka disebut 'Kuttubul Sittah' itu - panduan syariat Islam yg sahih lagi authentik mengenai Islam dan syariatnya.].
Saudara, kalaulah para lama' Malaysia mengkaji 'al-Umm" pastilah mereka tidak akan mengamalkan dan menyebarluaskan perkara-perkara yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, khususnya apa yg disebut 'bid'ah'. Sudah pasti mereka tidak akan menyuruh kita mengambil wudu' dgn melafazkan 'Nawaitu ...' dan pastilah mereka tidak akan menyuruh kita memulakan solat dgn menyebut 'Usolli ...' dan banyak lagi perbuatan dan bacaan dalam solat dll ibdah, yg sama sekali tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudara,
'Ahlus sunnah wal-jama'ah' itu wajib menepati dua pra-syarat; iaitu (a) mereka berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam Islam dan mereka tidak akan kerjakan atau amalkan sesuatu dalam ibadah dan amalan yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), berpandukan ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Ma ana 'alaihi wa-ashabi'; dan (b) mereka berada dalam suatu jema'ah yg formal dalam Islam. Inilah ketetapan dua hadith berikut:

Panduan Hidup dan Panduan Ibadah

Dalam kita membincangkan Islam yang haq itu, kita tidak terlepas dari merujuk kepada pertama-tamanya pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam dua potongan hadith berikut. Hadith pertama merujuk kepada ketetapan bahawa umat Islam yang berada di ajalan yang benar dalam agama itu adalah mereka yang berpandukan kepada as-Sunnah. Rasulallah (s.aw) menejlaskan ‘as-Sunnah’ itu adalah sunnah beliau dan sunnah khaifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu sunnah empat khalifah selepas kewafatan beliau, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibnu Khattab, Othman bin Affan, dan Ali b Abi Thalib, radiallahu ‘anhum. Kemudian potongan hadith keduapula, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan umat Islam yang berada di jalan yang benar itu adalah mereka yang menganuti Islam secara berjema’ah.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara agamanya, yakni agama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) mengikut Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) mengikut Kitab Injil) dalam agama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ma ana ‘alaihi wa-ashabi’ (Yang bermaksud: Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’. (Khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih at-Termidzi dll]
dan di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa mereka yang termasuk dalam golongan yang satu itu adalah ‘mereka yang berada dalam jemaah’. Jelaslah: ahli as-Sunnah wal-Jamaah berpandukan kepada hanya dua sumber ilmu serta panduan ibadah dan amalan dan panduan hidup. Juga, ahli as-sunnah wal-jamaah itu adalah mereka yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara berjemaah. Oleh kerana perincian mengenai syariat Islam serta bentuk-bentuk serta cara dan kaedah ibadah dan amalan terdapat dalam as-Sunnah, maka dari segi praktikalnya adalah umat Islam berjemaah dengan berpandukan as-Sunnah. Dan, as-Sunnah itu termasuklah sunnah khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin yang empat tersebut sahaja. Jika, mencampuradukkan ketetapan orang lain ditakuti, malah pasti, akan mengamalkan sesuatu yang bertentangan atau berlainan daripada ketetapan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi.
Kedua-dua hadith di atas itu saling lengkap melengkapi satu sama lain. Hadith pertama menyebutkan ciri pertama jema’ah dalam Islam itu bahawa mereka yang mengikuti ketetapan as-Sunnah itu berjaya mendapat syurga. Golongan-golongan lain dikuatiri telah mencemarkan ibadah dan amalannya apabila timbul kelainan atau perbezaan bentuk-bentuk (yakni, jenis ibadah wajib dan sunat), cara (bagaimana ibadah atau amalan itu dikerjakan) dan kaedah (perlakuan khusus mengenai sesuatu ibadah atau amalan apabila) beribadah atau mengerjakan amalan. Panduannya dalam semua dimensi ibadah dan amalan adalah sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Hadith kedua menyebutkan cirri keduanya iaitu semua pengamal Islam, yakni orang Islam yang berpandukan as-Sunnah tersebut, berada dalam satu jemaah Islam. Dengan itulah mereka digolongkan sebagai ahli as-Sunnah wal-Jamaah. Apabila kita teliti hadith terdahulu itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam bahawa selepas ketiadaan beliau, umat Islam akan berpecah-pecah dan menubuhkan gerombolan atau perkumpulan atau mazhab.
Sudah terbukti bahawa 200 tahun selepas Rasulallah (s.a.w) wafat, umat Islam telah berpecah dan berpuak-puak mengikut pelbagai fahaman. Antara golongan atau fahaman yang menyerlah sehingga hari ini adalah kefahaman kemazhaban. Di Malaysia kita diberitahu tentang empat mazhab utama, iaitu as-Shafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali, baru-baru ini diwar-warkan pula bahawa Malaysia mula diresapi oleh fahaman Wahabbi. Tanpa, mengetahui secara pasti apakah yang berlaku, maka kepimpinan Islam di Malaysia cuba memesongkan tumpuan orang Melayu kepada bahayanya mengikuti fahaman Wahhabi dan mereka terus berusaha mempastikan supaya orang Melayu terus berpegang kepada Mazhab as-Syafie. Para pemimpin umat Islam di Malaysia seolah-olah membayangkan bahawa Mazhab as-Shafie adalah untuk orang Melayu dan masyarakat atau kumpulan etnik lain ikuti lain-lain Mazhab. Mungkin, ada dikalangan mereka yang berpandangan bahawa mengikuti fahaman Wahhabi itu suatu ‘kesesatan’ dalam Islam! Contoh, orang India Muslim adalah Hanbali atau Maliki atau Hanapi, tetapi orang Melayu hendaklah kekal ikuti mazhab as-Syafie dan tidak boleh ikuti fahaman lain-lain mazhab.
Mereka tidak pula mengutamakan bahawa umat Islam mesti atau wajib ikut as-Sunnah. Hakikatnya as-Sunnah mengatasi mazhab, yakni segala fahaman, ibadah dan amalan kemazhaban hanya benar dan diterima Allah (a.w) jika sejajar dengan as-Sunnah. Bukan ketetapan as-Sunnah itu tertakluk di bawah ketetapan mazhab.
Mudah-mudahan sdr yg membaca posts dalam blog ini atau mengikut ajaran dalam blog ini boleh memahami apakah hakikat ASWJ itu dan bersedia untuk menyemak ilmu dan amalan serta ibadah masing-masing, supaya menepati ketetapan dua hadith berikut. Kerana mengikut hadith pertama itu amalan yg sah dalam Islam hendaklah menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg 4 itu. Dan, sah Islam seseorang itu - sah kerana pasti dapat syurga - adalah mereka yg berjema'ah dalam Islam.
Insya Allah kita akan lihat dalam post yg akan datang perincian konsep dan hakikat berjema'ah itu.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment