Thursday, October 25, 2012

Solat Aidil Adha (Raya Kurban)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini 25 Oktober 2012 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1433 adalah hari jema'ah haji sudah berada di Arafah untuk Wukuf. Bagi kita yg tidak mengerjakan haji, kita disunatkan berpuasa sehari 'Puasa Hari Arafah'. Sesiapa diantara kita yang berpuasa menepati ketetapan syariat Islam yang haq (benar) (i.e. berpandukan al-Quran dan as-Sunnah), kita dianugerahkan oleh Allah (a.w) kurniaan yang besar iaitu dihapuskan dosa-dosa kita setahun sebelumnya (i.e. dari 9 Zulhijjah tahun lalu sehingga hari ini, dan dihakis pula dosa-dosa kita mulai hari ini sampailah 9 Zulhijjah tahun depan pula - iaitu dua tahun mendapat pengampunan dari dosa-dosa kita). Alangkah baiknya kurniaan Allah (a.w). Rugilah orang Islam yg tidak mengerjakannya.
Saudara, esok, hari Jum'at, adalah Aidil Adha = Raya Haji = Raya Kurban. Kita digesa untuk mengerjakan Solat Aidil Adha pada paginya. Kemudian, selepas bersolat maka kita disuruh menyembelih kurban - seekor kambing atau lembu atau unta. Dan, dalam post yang lalu, kita telah tahu betapa besarnya pahala mengerjakan kurban itu. Pahalanya mengalahkan pahala orang yg berjihad fi sabilillah, kecualilah pahala yang diperolehi oleh seseorang yang keluar berperang fi sabilillah dengan membawa bersama2nya kesemua hartanya, maka dalam peperangan tersebut dia terbunuh dan hartanya habis semuanya, maka pahala yang diterima olehnya mengatasi pahala menyembelih urban itu. Bagi orang Islam yang benar-benar beriman akan berusaha untuk menyebelih kurban esok hari. Penyembelihan kurban itu boleh dilakukan, kalau tak sempat pada 10 Zulhijjah, dibuat pada 11 dan 12 Zulhijjah sebelum masuknya waktu Solat Asar pada 1 Zulhijjah.
Saudara, sebelum kita ke tempat solat, kita disunatkan berpagi mandi hadath besar = mandi junub, kemudian kita ke tempat solat, dan di sana kita disuruh bertakbir sehinggalah Solat Aidil Adha dimulakan.
Mudah-mudahan kita dapat manfaatkan pemberian Allah (a.w) dengan berpuasa Puasa Arafah, mengerjakan Solat Aidil Adha dan menyembelih kurban.
Saudara, Solat Aidil Adha itu dua rakaat disudahi dengan 'salam'. Pada rakaat pertama kita mengangkat tangan untuk takbir sebanyak 7 kali (termasuk takbir pertama adalah Takbiratul Ihram, kemudian ketika bangun dari Sujud ke-2 pada akhir rakaat pertama, kita bangun dengan mengangkat kedua tangan bertakbir (takbir pertama) bagi rakaat kedua dan ditambah 4 takbir lagi, menjadikan takbir pada rakaat ke-2 itu sebanyak 5 kali. Syariat Islam mengenai Solat Aidil Adha ini (sebagaimana Solat Aidil Fitri), sebagaimana yang didemokan = ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) - kita tidak disuruh membaca tasbih antara takbir tersebut. (Nota: Lazimnya dalam masyarakat Melayu, mereka disuruh membaca tasbihnya, seumpama 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha illallah, wallahu akbar'. Tidak ada tuntutan sedemikian dalam syariat Solat Aid, tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Maka tergolong perbuatan sedemikian menambah kpd syariatnya, maka tergolong sebagai suatu bid'ah, yang akibatnya pembatalkan solat tersebut. Oleh itu berwaspadalah!)
Saudara, dalam perkara agama, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati. Kerana segala tuntutan agama dalam konteks amalan dan ibadah - bentuk, amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakannya hendaklah berdasarkan keteta[an al-Quran dan as-Sunnah atau sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) berfirman pada Ayat 36, Surah al-Israk: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yg bermaksud: Janganlah kamu buat atau kerajakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa kamu terlebih dahulu tau ilmu mengenai amalan dan ibadah itu.' Dan Rasulallah (s.a.w) mengulangi ketetapan itu dalam as-Sunnah dengan sabdanya: 'Al-ilmu qabla 'amal.' (Yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan (atau ibadah)).
Sehubungan dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith: 'Neraka wel bagi seseorang yg beramal tanpa ilmu, dan neraka wel bagi seseorang yg berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.' Maka itulah ilmu amat utama dan penting dalam Islam dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Insya Allah dalam post-post yg akan dtang kita akan teliti tajuk 'ilmu' ini untuk panduan kita dalam belajar ilmu dan menyampaikan ilmu dan menyemak semula amalan dan ibadah dan mempastikan amalan dan ibadah kita sah dan diterima Allah (a.w).
Selamat menyambut Aidil Adha dan semoga Allah (a.w) mengampuni dosa-dosa merka yang mengerjaka Puasa Hari Arafh itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment