Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai tajuk di atas dengan melihat beberapa perintah dan peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith sahih berikut:
Pembaharuan dalam Urusan Agama - Bid’ah
Saudara, setiap orang Islam di Malaysia, ernah diberitahu bahawa wujud apa yg para ulama' dan ilmuwan arus perdana tentang apa yg dikatakan 'bid'ah hasanah'. Bagi mereka yg mengaji/menuntut ilmi yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - mereka berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita teliti al-Quran dan as-Sunnah tidak ada dalil dan nas - sama ada al-Quran ataupun al-Hadith - yg menyebut wujudnya perkara tersebut. Kerana, Rasulallah (s.a.w) secara terang-terangan memperingatkan umat beliau bahawa semua atau setiap bid'ah itu adalah kesesatan (dolalah).
Saudara, bid'ah hanyalah merujuk kepada sesuatu yg melibatkan amalan dan ibadah - sama ada yg fardu ataupun yg sunat. Kerana Allah (a.w) memberitahu kita, manusia, bahawa syariat agama Islam itu sudahpun disempurnakan oleh Allah (a.w) sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Jika Islam belum sempurna pastilah Allah (a.w) belum mewafatkan UtusanNya. Ada para ulama' dan ilmuwan yg berhujjah bahawa bid'ah yg baik (= bid'ah hasanah) itu adalah seumpama menggunakan kapal laut, kemudian kapalterbang, untuk membawa, contohnya, jema'ah haji menunaikan fardu haji. Menggunakan kapal-laut atau kapalterbang adalah 'bid'ah hasanah', yg boleh memanfaat dan memudahkan urusan agama manusia. Tetapi, menaiki kapal laut atau kapalterbang untuk menunaikan haji bukanlah suatu bentuk ibadah. Mengerjakan haji atau umrah adalah ibadah. Maka sebarang pembaharuan - dalam rukun-rukunnya - adalah bid'ah, bukan kenderaan yg digunakan atau khemah yg didirikan dan seumpamanya. Rasulallah (s.a.w) dalam perkara ibadah haji dan umrah memberitahu 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yg bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara kamu mengerjakan ibadah haji) [Hadith Muslim, Abu Daud], itu adalah ibadah atau cara mengerjakan ibadahnya. Contoh: Melontar Jamrah Aqabah di waktu selain waktu duha pada 10 Zulhijjah adalah suatu perlakuan yg bertentangan dengan apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Mengerjakan Solat Zohor dan Solat Asar dijamakkan secara tamam (i.e. sempurna = empat-empat rakaat) di Arafah adalah bid'ah kerana Rasulallah (s.a.w) contohkan atau dikerjakan secara jama' dan qasar. Begitu jugalah mengerjakan Solat Maghrib dan Solat Isya' di Arafah dan tidak di Muzdalifah adalah perlakuan yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dan, mengerjakan Solat Subuh di Mina dan tidak di Muzdalifah, adalah pembaharuan berbeza dari yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka melakukannya kita telah mengubah syariat ibadah haji. Demikianlah banyak kelainan-kelainan yg lain dalam ibadah.
Saudara, cuba kita teliti ketetapan as-Sunnah dalam perkara ini. Harus diingat bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa', nas dan dalilnya.
(a) Buat
Pembaharuan/Bid’ah Amalan diTolak
Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa setiap amalan dan ibadah yg dicemari oleh bid'ah tidak diterima Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Man ahdatha fi amrina haza ma laisa fihi fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa membuat pembaharuan dalam perkaraku (Nabi), (i.e. syariat Islam) apa-apa yang tiada di dalamnya (yakni, sesuatu yang tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka dia (i.e. amalannya) ditolak.) [Hadith Abu Daud]

[Nota: Hadith ini, sebagaimana
hadith Bukhari dan Muslim yang lain memberitahu bahawa sesiapa yang
memperbaharui perkara agama Islam yang tiada dibawakan atau dicontohkan atau
ditunjukkan oleh Rasulallah ((s.a.w), maka dia (yakni, amalannya) ditolak (atau
tidak diterima) Allah (a.w). Pembaharuan ini merangkumi bentuk-bentuk amalan/ibadah,
cara dan kaedah beramal atau beribadah atau mengamalkannya. Contoh: Bacaan
dalam rukun qauli dan perlakuan dalam rukun fe’li solat. Mengubahsuai atau
menokok tambah kepada atau mengurangkan (seperti memendekkan atau meringkaskan)
bentuk-bentuk, kaedah dan cara mengerjakan/mengamalkan sesuatu amalan dan
ibadah, termasuk solat, dikira termasuk perbuatan bid’ah.]
(b) Pelaburan
Pahala/Dosa mengajar Kebaikan/Kebatilan
Saudara, hadith berikut memberi kita tahu akibat mengerjakan amalan/ibadah yg bercoark bid'ah - dapat kiriman dosa daripada mereka yg mengamalkannya.
Menceritakan hadith oleh al-‘Alak, yakni ibn Abdul Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Man da’a ila hudan kana lahu minalajri mithlu ujuri man tabi’ahu la yanqusu zalika min ujurihim syaian; wa-man da’a ila dolalatin kana ‘alaihi minal-ithmi mithlu athami man tabi’ahu la yanqusu zalika min athamihim syaian.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengajak (yakni, mengajarkan atau menyuruh pengikutnya/siapa saja) dalam perkara hidayah (yakni, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), ada baginya pahala semisal pahala orang yang mengikutinya, tidak mengurangi demikian pahala pada orang yang mengikutinya; dan barangsiapa mengajak (atau mengajar) kepada kesesatan (yakni, melakukan sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), ada baginya dari dosa semisal barangsiapa yang diajaknya (atau diajarkannya), tanpa mengurangi demikian dosa dari dosa-dosa mereka yang diajarnya (atau diajaknya) sedikitpun.) [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]

[Nota: Hadith ini menyebutkan
tentang ajaran yang benar (haq) dan salah (batil). Segala sesuatu yang kita
ajarkan yang tiada ketetapan mengenainya dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka
ajaran itu adalah ajaran yang batil. Kalau diamalkan oleh orang yang kita
ajarkan sesuatu yang batil, dan orang tersebut amalkan atau lakukan, maka orang
yang lakukannya mendapat dosa, dan dia pula mengirimkan dosa pula kepada kita
kerana kitalah yang mengajarkannya kepadanya. Dia mengirimkan dosa kepada kita,
kerana kitalah penyebab dia mengamalkan atau melakukan perlakuan tersebut. Dan,
dosa-dosa tersebut tak terhenti selagi dia amalkan. Maka kiriman dosa kepada
kita juga tak terhenti, sehingga dia hentikan amalan batilnya. Dalam, masa yang
sama pula dosa orang yang melakukannya tak dikurangkanpun. Maka kedua-duanya
berdosa – yang mengajar dan yang diajarkan/belajar dengannya.]
(c) Terkeluar
Dari Islam
Saudara, hadith berikut memberi kita tahu apakah akibatnya mengamakan bid'ah atau mengerjakan amalan yg dicemari oleh bid'ah. Semua amalan dan ibadah batal dan kita yg mengamalkannya terkeluar dari Islam.
Diriwayatkan hadith dari Ibrahim b Abi ‘Ablata hadith dari Abdillah b Dailamiyi hadith dari Khuzaifah berkata: ‘La yaqbalullahu lisohibi bid’atin sauman wa-la solatan wa-la sodaqatan wa-la hajjan wa-la ‘umratan wa-la jihadan wa-la sorfan wa-la ‘adlan yakhruju minal-Islami kama takhrujus-sya’aratu minal-‘ajin.’ (Yang bermaksud: Tidak diterima Allah (a.w) pada ahli bid’ah (i.e. yang mengajar atau mempromosikan atau mengamalkan bid’ah) puasanya dan tidak (diterima) solatnya dan tidak (diterima) sodakahnya dan tidak (diterima) umrahnya dan tidak (diterima) jihadnya dan tidak (diterima) amalan fardunya yang lain dan tidak (juga diterima) amalan sunatnya yang lain, (malah) terkeluar dia dari agama Islam sebagaimana (atau seperti mana) keluarnya (sehelai) rambut (yang ditarik keluar) dari tepung (yang telah diuli).[Hadith ibnu Majah]

[Nota: Di akhir hadith ini
disebutkan suatu permisalan, iaitu sehelai rambut yang terjatuh ke dalam tepung
uli, kalau ditarik keluar dari tepung, benang itu keluar tanpa tepung itu
melekat pada benang tersebut. Demikianlah. Segala amalan yang kita kerjakan
tidak memberi kesan atau bekas amalan dan ibadah kita, sebagaimana tepung uli
itu sedikitpun tidak menjejaskan rambut.]
(d) Taubat
Tidak Diterima
Saudara, hadith berikut menghukumi bahawa jika kita amalkan sesuatu yg bid'ah, maka taubat kita tidak diterima Allah (a.w). Alangkah ruginya kita!
Diriwayatkan hadith dari Abi Mughirah hadith dari Abdullah b Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Aballahu an yaqbala ‘amala sohibi bid’atin hatta yada’a bid’atahu.’ (Yang bermaksud: Ditolak oleh Allah (a.w) bahawasanya dikabulkannya amalan ahli bid’ah (yang mengajarkan atau yang memperomosikan atau menganjurkan atau mengamalkan bid’ah) sehinggalah meninggalkan dia bid’ahnya.) [Hadith Ibnu Majah]

[Nota: Dalam hadith ini dijelaskan
bahawa Allah (a.w) tidak akan menerima segala amalan dan ibadah pengamal bid’ah
ituselagi dia meneruskan amalan bid’ahnya. Justeru itu, hanya setelah amalan
bida’ah ditinggalkannya, dan dia bertubat, maka barulah amalan dan ibadahnya
diambil kira. Yang menjadi masalah adalah dua kategori orang yang mengamalkan
bid’ah; iaitu, pertama, dia jahil dalam konteks ilmu mengenai Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, maka dia tak tahu yang mana haq dan yag
mana batil atau yang mana amalan dan ibadah yang sah dan yang mana pula amalan
dan ibadah yang dicemari oleh bid’ah; dan kedua, orang yang diberitahu
mengenainya tetapi dia berkeras mengatakan apa yang dibuatnya adalah benar seperti
mereka yang yakin tentang ‘bid’ah hasanah’, maka dia menolak nasihat
mengenainya berdasrkan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa semua bid’ah adalah
batil, sesat, menyesatkan dan ditolak oleh Islam.]
Saudara, Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, yg kita seringkali rujuk dalam blog ini. Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah atau ketetapan tersebut dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi ‘Amasy, hadith dari abi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaruni ma taraktukum. fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala ‘ambaihim. Faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum. Wa-iza nahaitukum ‘an syai-in fantahu.' [Maksud: Biarkan (yakni, janganlah kamu kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kamu. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka hentikanlah (atau tinggalkanlah)] [Hadith ibnu Majah]
(e) Ikuti ketetapan as-Sunnah dapat hidayah
Saudara, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) supaya akur dengan ketetapan dan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): '(Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w)) ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh (=Utusan) Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) zat yang menguasai (tujuh lapis) langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia, (Dia) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu pada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan (berimanlah) pada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis) beriman kepada Allah (a.w) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah).’ [Ayat 158, Surah al-A’raf]
[Nota: Islam yang benar dan hak itu adalah semata-mata menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Amalan dan ibadah yang tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah amalan dan ibadah yang batil. Tidak akan diterima Allah (a.w), walapun pada kacamata manusia nampak begitu cantik dan baik!]
(f) Tolak/Remehkan as-Sunnah masuk neraka
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut bahawa umat beliau yg 'enggan' yakni tidak akur dengan ketetapan beliau (i.e. ketetapan as-Sunnah) tidak akan masuk syurga! Alangkah bahayanya amalan mengamalkan sesuatu bid'ah itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’. Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e tidak ikuti ketetapan al Quran dan as-Sunnah) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]
[Nota: Mereka yang telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengerjakan solat mereka sebagaimana beliau mengerjakan solat, tetapi mengerjakan solat mereka dengan cara dan kaedah yang lain - berbeza dari atau ditambah atau dikurangi dengan sesuatu - adalah tergolong dari kalangan mereka yang ingkarkan suruhan Rasulallah (s.a.w). ]
Jazakallahu khairah