Tuesday, December 28, 2010

Ucapan Tahniah - Selamat Bertugas

Assalamualaikum,
Saudara, walau apapun, negeri Selangor akan mendapat seorang SUK baru iaitu Pengarah JAIS yg selebriti, polular dan kontroversi sekarang, Dato' Mohd Khusrin b Munawi (katanya 54 tahun). Beliau dianggap kontroversial pada sesetengah orang. Pada sesetengah orang yg faham tentang Islam dan syariatnya berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, beliau banyak menyulitkan proses pengilmuan Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Juga, beliau meneruskan pentadbiran JAIS ala lama, tanpa memberi keutamaan kpd tugas dan tanggungjawab yg lebih utama dan haq, iaitu mengajarkan umat Islam di Selangor, ilmu yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan memerangi kebatilan dalam akidah dan menghapuskan taklid buta, bid'ah, perbuatan yg syirik samar, menegakkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah supaya sejajar dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 13 dan 14 Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 103, Surah ali-Imran.
Malangnya, tindak tanduk beliau sebagai Pengarah JAIS tidak merupakan sebarang usaha anjakan paradigma dan minda ke arah menegakkan syiar Islam yg haq, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Beliau banyak menerajui usaha mempergiatkan intipan dan penangkapan orang-orang yg dianggap melakukan maksiat. Tiada sandaran nas dan dalil dalam al-Quran dan as-Sunnah bahawa jema'ah Islam dan kepimpinan jema'ah Islam memperhebatkan usaha menangkap dan mengadili orang yg membuat maksiat. Atau, membuka pekung orang Islam dan menghebah-hebahkannya untuk makluman orang ramai. Atau, kerja-kerja mengaibkan orang Islam! Yg utama dalam Islam - mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - dalam situasi semasa adalah usaha memerangi kejahilan ummah tentang Islam dan memberi kefahaman kpd orang bukan Islam tentang Islam, membimbing saudara Islam yg baru supaya lebih faham tentang Islam, menghapuskan perbuatan yg syirik dan mengamalkan liberalisasi pengilmuan al-Quran dan as-Sunnah. 
Mudah-mudahan Pengarah baru JAIS, sekarang DO Sabak Bernam, saudara Marzuki b Hussin (56 tahun), akan membuat anjakan paradigma dan anjakan minda, supaya lebih memahami Islam dan syariatnya. Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan beliau hidayah dan petunjuk yg haq, supaya memudahkan beliau mencari jalan ke syurga dan terselamat dari neraka. Semoga, beliau berusaha untuk memahami Islam dan syariatnya beberapa bulan ini sebelum dapat merangka dan melaksanakan program pembangunan serta pengilmuan ummah yg lebih menepati tugas dan tanggungjawab dakwah dalam Islam. Semoga, dia menghapuskan atau paling tidak mengurangi perkara-perkara yg membatasi atau menghalang umat Islam mempelajari ilmu yg haq (iaitu al-Quran dan as-Sunnah) serta mengamalkan ilmu mereka.
saudara,
Kita ucapkan selamat bertugs kpd kedua-duanya. Bagi bekas Pengarah JAIS dan kini SUK Selangor, semoga beliau banyaklah mengimbau kembali apa yg dilakukan semasa menerajui JAIS, memohon keampunan Allah (a.w) terhadap ap-apa dosa yg beliau lakukan kpd mereka yg berada di jalan yg haq mengembangkan syiar Islam atau berusaha dgn keringat sendiri fi sabilillah, yg  beliau, dalam kejahilan, telah membatasi atau menyulitkan mereka. [Rujuk Surah al-Hujurat, Ayat 11 dan 12].
Mudah-mudahan Pengarah baru JAIS tidaklah terjebak ke kancah tindakan yg batil yg membukakan pintu neraka yg lebih luas untuk dirinya dan orang-orang bawahannya kerana mentadbiruruskan organisasi Islam, yg menghalang usaha-usaha fi sabilillah, tidak melaksanakan tugas yg sewajibnya dan sebaliknya menghalangi atau menyulitkan umat Islam mendapat ilmu yg haq dan mengamalkan ilmu yg haq, insya Allah.
Semoga Pengarah baru JAIS menjadikan kata-kata Omar b Khattab (r.a): 'Tafaqqahu qabla an tusauwadu' [Maksudnya: Mencarilah kefahaman (tentang Islam dan syariatnya yg haq, iaitu memahami tuntuan al-Quran dan as-Sunnah) sebelum kamu diserahkan (yakni, menerima) tanggungjawab (yakni, dilantik) sebagai pemimpin (umat atau jema'ah Islam)] [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu], insya Allah, demi kesejahteraan akhirat beliau dan orang-orang yg dipimpin oleh beliau.

Kita alu-alukan perlantikan mereka dan kita ucapkan 'Selamat bertugas' kpd kedua-duanya.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment