Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti secara detail tentang ibadah haji dan umrah, iaitu ibadah yg utama dalam bulan Zulhijjah yg sudahpun berlalu. Selain itu, kita juga maklum bahawa ada dua amalan bulan Zulhijjah, khususnya pada musim haji, yg utama dilaksanakan oleh seseorang yg beriman dan bertaqwa, yg mengharapkan ganjaran pahala yg banyak dari Allah (a.w), iaitu mereka yg tidak mengerjakan haji berpuasa sunat sehari pada hari jema'ah haji wukuf di Arafah, yakni Puasa Arafah. Mungkin saudara telahpun lakukan pada 9 Zulhijjah yg lalu. dan, bagi mereka yg mengerjakan haji, mereka hendaklah menyembelih qurban - unta atau lembu atau kambing pada 10 Zulhijjah, selepas Solat Aidil Adha. Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyatakan bahawa sesiapa yg mampu untuk menyembelih qurban, dan dia tidak melakukannya, maka Rasulallah (s.a.w) tidak rida dia datang ke Masjid Nabawi. Untuk menjadi orang yg disukai Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita menyembelih qurban pada 10 Zulhijjah.
Dalam hadith berikut disebutkan bahawa amalan yg amat disukai Allah (a.w) pada 10 Zulhijjah itu adalah menyembelih qurban.
Diriwayatkan hadith dari Said b Khubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada dari beberapa hari, yakni hari kesepuluh (bulan Zulhijjah) yang di dalamnya (ada amalan) yang lebih disukai Allah (a.w).’ Berkata mereka (para sahabat): Wahai Rasulallah (s.a.w)! Tidak berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w))?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan tidak juga berjihad fi sabilillah.’ (Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya): ‘Kecuali seorang lelaki (yang berjihad itu) keluar dengan dirinya dan hartanya, maka tidak kembali dia dari demikian (jihad) dengan sesuatupun.’ (Yakni, lelaki yang berjihad dengan diri dan hartanya itu habis hartanya dan mati dia dalam jihad tersebut. Orang sedemikian itu mendapat pahala yang dapat mengatasi amalan (korban) pada 10 Zulhijjah itu.).’ [Hadith Abu Daud]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ganjaran pahala bagi orang yg menyembelih qurban itu adalah lebih tingi dari ganjaran pahala berjihad. Pahala menyembelih qurban itu hanya diatasi atau dilebihi oleh seseorang yg pergi berjihad fi sabilillah dgn membawa diri dan hartanya, maka tidak kembali dia, yakni terkurban dia.
Saudara, semua kita boleh menyembelih qurban. Tidak ada ketetapan hukum dalam Islam bahawa seekor unta qurban itu dikongsi oleh 10 orang dan seekor lembu qurban itu dikongsi oleh 7 orang. Hadith mengenai perkara tersebut hanya memberikan gambaran apa yg berlaku zaman Rasulallah (s.a.w). Bukanlah ketetapan bahawa kita berkongsi 10 orang untuk unta qurban dan 7 orang untuk lembu qurban itu.
Islam itu adil. Orang miskinpun boleh menyembelih qurban secara berkongsi ramai-ramai, mungkin seekor lembu qurban itu dikongsi oleh 20 atau 30 orang. kalau lembu itu berharga RM 2,600.00, maka boleh dikongsi oleh 10 orang atau 26 orang dengan menyumbang bersama secara kongsi seorang RM 260.00 atau RM 100.00. Islam itu maha adil, maka dalam ibadah berqurbanpun, semua orang iman boleh terlibat (particpate).
Saudara, oleh kerana besarnya pahala berqurban itu, kalau saudara tidak lakukan tahun 1431 yg lalu, bolehlah usahakan tahun 1432 ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment