Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang isu atau tajuk di atas. Kita sudah lihat satu ketetapan Islam menurut firman Allah (a.w) dalam post yg lalu. Kini kita lihat pula ketetapan-ketetapan lain dalam al-Quran:
Orang-orang yang Islam dan beriman dilarang melantik atau memberi mandat kepada orang-orang yang bukan Islam dan tidak beriman menjadi pemimpin mereka – tak kira memimpin dalam dimensi apa atau diperingkat mana sekalipun. Ini adalah kerana adalah menjadi tugas pemimpin itu mengimarahkan ugama Allah (a.w), yakni Islam, supaya manusia mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dalam segala urusan dunianya. Kerana, dunia itu persediaan untuk akhirat mereka.
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu la tattakhizu ... (hingga) ... alaikum sultanan mubina ...' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang kafir sebagai pemimpin dari selain orang-orang beriman. Adakah kamu mengkehendaki bahawa memberikan alasan oleh Allah (a.w) atas kamu alasan yang terang (untuk menyalahkan kamu)?][Ayat 144, Surah an-Nisa’].
Di dalam ayat itu dijelaskan bahawa yang memimpin jemaah Islam hendaklah orang yang Islam yang beriman. Siapakah orang yang beriman? Umumnya orang-orang yang beriman iaitu adalah mereka yang Islam dan melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) – buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Dia yakin bahawa dunia ini hanyalah ibarat suatu perjalanan yang pendek dan destinasi sebenarnya adalah akhirat. Mereka melaksanakan ibadah dan amalan wajib seperti bersolat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan amalan soleh (atau, amal makruf) dan melarang atau mencegah kemungkaran, dan mereka adalah orang yang bertaqwa (takutkan azab atau siksaan Allah (a.w)). Mereka akur dan yakin dengan Rukun Iman. Kita akan huraikan kemudian nanti dimensi ‘Iman’ ini. Tetapi, mengikut ayat berikutnya pula, dibenarkan orang-orang yang asalnya bukan Islam memimpin umat Islam setelah mereka Islam dan beriman. Pendeknya, orang beriman sahaja yang layak menjadi pemimpin umat Islam. Kecuali orang yang dilantik pemimpin itu asalnya kafir atau tidak Islam kemudian menjadi Islam, dibolehkan. Sila rujuk ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Illallazina tabu wa-aslahu ... (hingga) ... mukminina ajran azima ...' [Maksud: Kecuali orang-orang yang sudah bertaubat (yakni, meninggalkan ugama asal mereka dan menjadi Islam) dan (mengerjakan) amalan soleh dan berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) (yakni, Islam) dan ikhlas mengamalkan ugama mereka kerana Allah (a.w), maka merekalah berserta dengan orang yang beriman. Dan memberikan Allah (a.w) orang-orang mukmin itu pahala yang besar (yakni, balasan syurga di akhirat kelak).][Ayat 146, Surah an-Nisa’]
Malah Allah (a.w) mencela pula orang-orang yang Islam dan beriman jika ingin melantik orang bukan Islam dan tidak beriman menjadi pemimpin! Mereka itu jatuh ‘munafiq’ jika mereka berbuat sedemikian.
Firman Allah (a.w): 'Al-lazina yattakhuzunal kafirina ... (hingga) ... lillahi jami’a) [Maksud: ‘Adapun (orang-orang yang) munafiq itu (adalah) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir pemimpin dari selain orang-orang beriman; dapatkah mengharapkan mereka di sisi mereka kekuasaan? Maka sesungguhnya segala kekuasaan itu pada Allah (a.w) (yakni, adalah memilikinya) kesemuanya.’] [Ayat 139, Surah an-Nisa’].
Di dalam firman di atas itu, orang yang menjadikan orang bukan Islam pemimpinnya adalah munafiq! Ketetapan yang amat jelas. Di dalam ayat berikut pula, hampir-hampir sama juga hukumannya mereka yang Islam melantik atau mengangkat bukan Islam sebagai pemimpin – mereka dianggapkan setaraf dengan atau segolongan dengan orang yang mereka lantik. Dengan lain perkataan mereka terkeluar dari Islam. [Nota: Rukun Iman itu enam, iaitu . Di dalam al-Quran disebutkan dengan jelas bahawa orang munafiq itu di akhirat kelak tinggal dibahagian terbawah sekali dalam dasar neraka. Mereka lebih rendah mertabatnya daripada orang yang kufur atau kafir. Di dalam as-Sunnah disebutkan sifat-sifat kemunafiqan: apabila bercakap bohong, apabila diberi amanah di khianati amanahnya, bila dia berjanji dia mungkir akan janjinya dan dia berpura-pura Islam tetapi tidak mengerjakan segala sesuatu yang disyariatkan bagi orang Islam.]
Kita telah lihat tiga potongan ayat al-Quran yg Allah (a.w) memberi kita ketetapan yg mutlak mengenai isu ini. Kalau begitu, bagaimana? Apakah keputusan yg wajar dicapai oleh kepimpinan Islam dan para ulama' dan ilmuwan yg menasihati mereka?
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment