Assalamualaikum,
Saudara, kita baru saja memasuki tahun baru Hijriah/Hijrah, tahun H 1432. Jelasnya, musim haji tahun 1431 dahpun berlalu. Ramai saudara kita sesama Islam di Malaysia dan di seluruh dunia yg berbelanja tidak sedikit wang ringgit untuk menunaikan haji dan kembali ke Malaysia dgn penuh senang hati bahawa mereka sudah menunaikan Rukun Islam ke-5, naik haji, dan kemungkinan besar dalam hati mereka, mereka rasa dosa mereka terhapus kerana sudahpun mendapat haji mabrur. Rasulallah (s.a.w) memberitahu balasan yg sejajar bagi haji mabur adalah seumpama dilahirkan ke dunia dalam bentuk fitrah, bersih dari dosa! Itulah sangkaan mereka. Dan, itulah harapan mereka. Maka sekembalinya ke tanah air mereka bergelar 'Tuan Haji'. Mereka layak memakai serban. Yg tua mungkin sudah mengerjakan haji beberapa kali. Yg muda mungkin sudah mengerjakan umrah beberapa kali sebelum mengerjakan haji. Malah, sekarang ini ramai golongan 'yuppies' dan tokok korporat yg dibayar gaji yg lumayan antara RM 15k ke RM 50k sebulan!
Soal pokoknya: Adakah ibadah haji dan umrah yg kita kerjaka itu menepati dua criteria amalan atau ibadah yg diterima Allah (a.w)? Itu yg penting. Kerana mana-mana ibadah yg tidak menepati dua criteria tersebut, adalah sia-sia sahaja, tidak diterima Allah (a.w) . Jadi, umrah dan haji yg tidak menepati spesifikasi yg ditetapkan tersebut, takda gunanya - menghabiskan wang dan masa sahaja, tak dapat apa-apa, jauh sekali kemabruran haji tersebut, wal iya zubillah!
Apakah criteria tersebut? Semua ibadah dan amalan hendaklah pertama diniatkan menepati perintah Allah (a.w) dalam al-Quran (dan as-Sunnah), khususnya menepati Ayat 36, Surah al-Isra': '...wa yarjuna rahmatahu, wa-yahafu 'azabahu ...' (yg bermaksud: kerana mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga Allah (a.w), dan takutkan siksaan Allah (a.w), yakni nerakaNya). Itulah maksud sebenar niat dalam Islam. Bukan kerana rukun atau ketetapan tertentu. Tetapi, kerana sebagai hamba Allah (a.w) yg diwajibkan kita mengabdikan diri kpdNya setiap saat dan ketika, maka kita tiada pilihan selain mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg disuruh Allah (a.w) secara langsung dalam al-Quran atau secara tidak langsung melalui sabda dan perlakuan Rasulallah (s.a.w), iaitu as-Sunnah, dan meninggalkan pelbagai perkara yg kita sukai tetapi ditegah Allah (a.w) atau yg dilarang oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana kita ingin membuktikan ketaatan kita kepadaNya, dan mudah-mudahan melalui demonstrasi ketaatan tersebut, kita diberi Allah (a.w) ganjaran pahala dan diakui oleh Allah (a.w) kita benar-benar hambaNya yg beriman dan bertakwa, maka kita layak diakui atau diiktiraf orang yg layak diberi kerahmatan. Kerana, hanya dgn kerahmatan kita dapat syurga. Itu syarat pertama sesuatu amalan dan ibadah yg pasti diterima Allah (a.w), apabila spesifikasi kedua dipenuhi.
Jika setiap ibadah dan amalan kita itu menepati criteria pertama di atas itu, iaitu niat yg betul dan sejajar dgn Ayat 36, Surah al-Isra', itu, setiap amalan dan ibadah tersebut hendaklah pula menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dari segi bentuk atau jenis-jenis ibadah dan amalan, dari segi kaedah dan cara mengerjakan ibadah dan amalan, yakni menepati masa, waktu dan ketikanya, dari segirukun fe'linya (i.e. cara dikerjakan dan pergerakan semasa mengerjakannya), rukun qaulinya (i.e. dari segi sebutan dan bacaan yg terlibat dalam ibadah dan amalan tersebut), dan dari segi rukun qalbinya (i.e. selain niat, untuk tujuan apa kita kerajakan dan amalkan).
Maka dng itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa dalam perkara solat - wajib ataupun sunat - hendaklah kita menepati perintah beliau: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) (Hadith Bukhari). kalau, kita bersolat berlainan dari solat Rasulallah (s.a.w), maka solat kita tidak menepati apa yg dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam konteks ibadah umrah dan haji pula, kita hendaklah kerajakan umrah dan haji kita itu menepati perintah Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu anni manasikakum' (yg bermaksud: 'Ambillah dariku peraturan atau cara-cara dan kaedah ibadah haji kamu). Justeru itu, kalau ibadah haji dan umrah yg kita bersusash payak usahakan baru-baru ini tidak menepati ketetapan as-Sunnah itu, maka haji dan umrah kita sia-sia. Kerana, Allah (a.w) perintahkan juga bahawa kita wajib ambil pakai segala sesuatu cara dan kaedah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (Ayat 7, Surah al-Haysr). Kita juga diberitahu bahawa modelmiktan terbaik adalah Rasulallah (s.a.w) (Ayat 21, Surah al-Ahzab). Kita juga diberi oleh Rasulallah (s.a.w), selain perintah tersebut, bahawa: 'Man amala 'amilan laisa min amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan, yg selain dari, yakni tidak secocok dgn apa yg aku perintahkan atau suruh, maka amalan dia ditolak oleh Allah (a.w))!
Jadi semaklah apa yg telah kita kerjakan baru-baru ini dan nilailah sendiri apakah yg kita buat menepati dua criteria tersebut? kalau, sama dgn cara Rasulallah (s.a.w) maka ibadah haji dan umrah kita diterima Allah (a.w). Maka, barulah ada kemungkinan kita mendapat haji mabrur jika menepati syarat-syarat terperinci tentang ibadah haji tersebut. Antara syarat-syarat terperincinya adalah: menepati pantang larang umrah dan haji, kerana itu menunjukkan kesungguhan kita dalam beribadah dan beramal. Kita juga tidak melakukan segala sesuatu yg batil ketika mengerjakan haji. Antaranya bergaduh dan bertengkar, berborak sakan, menghabiskan masa secara berbual atau mengerjakan sesuatu yg tidak merupakan amal makruf. Bercakap dan berborak secara lagha - membazir atau membuang masa. Tidur di dalam masjid, bukan menginagtkan Allah (a.w) seperti mengerjakan ibadah sunat yg sebanyak-banyaknya, membaca al-Quran dan berzikir dan berdoa. Berdoa adalah suatu ibadah dalam Islam. Malah kita diperintah oleh Allah (a.w) supaya berdoa dan diperingatkan olehNya bahawa sesiapa yg tak suka berdoa itu adalah orang yg sombong (Ayat 60, Surah al-Ghafir). Semasa mengerjakan rukun dan wajib haji atau umrah adakah kita menepati spesifikasi umum dan khususnya pula? Seperti ketika bertawaf adakah kita berwudu'? Adakah kita menutup aurat? Adakah kita melakukan sesuatu yg menyakiti orang lain? Adakah kita memaki dan mencacihamun orang lain? Apabila kita berWukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah dan bermukim di Mina dan melontar di Jamrah, kita menepati spesifikasi khusus mengenainya? kalau smua itu tidak ada cacat celanya dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pastilah kemungkinan besar umrah dan haji kita itu adalah haji yg mabrur dan umrah yg masykur. Alhamdulillah.
Kita sendiri buat post-mortem dan semak serta kenangi semula segala sesuatu yg kita lakukan semasa kita mengerjakan haji dan umrah baru-baru ini. Kita boleh buat penilaian sendiri apakah kita telah berjaya atau gagal. Insya Allah dalam post selepas ini kita akan semak ketetapan as-Sunnah mengenai ibadah haji dan umrah untuk membantu saudara atau kawan taulan saudara yg telah kembali dari haji menilai hejainya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment