Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun diperingatkan berkali-kali dalam blog ini bahawa segala amalan dan ibadah (termasuklah apa jua amal makruf walau sebesar zarrah sekalipun), hanya diterima Allah (a.w) jika memenuhi dua syarat utama yg amat fundamental, iaitu: pertama, niatnya betul iaitu kerana mencari keridaan dan kerahmatan Allah (a.w), yakni inginkan syurga dan takutkan siksaan di dalam neraka Allah (a.w); dan kedua, menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dari segi bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal. Cara dan kaedah beramal itu hendaklah diteliti dari tiga dimensi, iaitu; pertama, rukun qalbinya (i.e. niat mengamalkan dan mengibadahkan); kedua, rukun qaulinya (i.e. bacaan atau kalimah yg digunakan); dan ketiga, rukun fe'linya (i.e. perbuatan, perlakuan atau cara pelaksanannya). Jika tidak menepati salah satu dari dua syarat tersebut, ibadah dan amalan itu ditolak, tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, dalam ibadah solat kita telah diberitahu ketetapan as-Sunnah, iaitu perintah Rasulallah (s.a.w) yg berbunyi: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) [Hadith Bukhari], dan, dalam perkara ibadah haji dan umrah dan segala sesuatu yg terkait dgnnya hendaklah kita menepati suruhan Rasulallah (a.w) dalam sabdanya: 'Khuzu anni manasikakum' (yg bermasksud: Ambil dariku peraturan (yakni, cara atau kaedah) kamu mengerjakan haji (dan umrah) kamu.' [Hadith at-Termidzi]
Saudara,
kita juga telah tahu bahawa kita wajib ikuti as-Sunnah dan Allah (a.w) perintahkan kita supaya berpandukan as-Sunnah (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan kita juga di suruh Allah (a.w) supaya jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh atau model ikutan kita dalam Islam (Ayat 12, Surah al-Ahzab).
Dan, janganlah kita tergolong dari kalangan orang Islam yg bersusah payah mengerjakan pelbagai ibadah dan amal secara istiqamah, terutama ibadah-ibdah sunat, ketika malam dan siang, mengharapkan keridaan Allah (a.w), tetapi segala amalan kita seumpama debu yg tidak bermakna sedikitpun, beterbangan ketika ditiup angin kebenaran (yakni, apabila dinilai dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah):
Firman Allah (a.w): ‘Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Kami (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habu sahaja segala apa yang diamalkan) [Ayat 23, Surah al-Furqan].
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah:
Firman Allah (a.w): ‘Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa rendah diri (yakni, merasa rugi dan menyesal tak kesudahan)@ Dahulu mereka telah beramal dengan susah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas @.’ [Ayat 2 hingga 4, Surah al-Ghasiah]
Tidak ada pahala, kerana amalannya tertolak tidak diterima sebagai sah kerana segala ibadah dan amalannya batil belaka! Maka dengan itulah wajib kita berwaspada kerana amalan dan ibadah yang diterima sebagai sah hanya jika menepati dua syarat, iaitu niatnya betul (Ayat 57, Surah al-Isra') ikhlas beramal dan tepat mengikut ketetapan as-Sunnah (Ayat 7, Surah al-Haysr). [Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 1, m.s. 194 - 195]

Kadang-kadang kerana keterbiasaan, susah bagi kita mengubah cara dan kaedah kita beramal dan beribadah atau bentuk-bentuk ibadah yg kita kerjakan setiap hari. Jika kita membuat anjakan paradigma dalam beramal dan beribadah, kita takut kita jadi golongan yg minoriti, dan mungkin tersisih pula dari masyarakat perdana. Tambahan pula, ramai orang akan berhujjah ikutilah yg majoriti. Tapi, dalam kebenaran tidak ada majoriti.
Firman Allah (a.w): 'Dan jika kamu (Muhammad) ikuti (pendapat atau ajakan) kebabanyakan manusia barangsiapa yg ada di bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah (a.w); Mereka tidak lain mengikut persangkaan belaka, mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah (a.w)'. [Ayat 116, Surah al-An'am]
Peringatan Allah (a.w) di atas itu jelas. Kalau kita ikuti pendapat atau pandangan atau kata-kata golongan terbanyak atau majority dalam Islam kita pasti akan sesat. Kenapa? Pertama, kerana mereka akan mengajarkan kita dalam kejahilan. Mereka tidak mengaji dan memahami isi kandungan dan mesej al-Quran dan mereka tidak mengaji as-Sunnah, mereka berlagak berilmu. Maka batil apa yg mereka ajarkan kpd kita. Mereka sesat dan menyesatkan kita pula. Tanpa ilmu, mereka hanya menggunakan pendapat, kebijaksanaan akal fikiran dan agak-agak atau kata sifolan dan sifolan (tok guru mereka). Kedua, mereka sering berdusta dalam apa-apa yg diperkatakan oleh mereka kpd kita. Mereka berdusta kpd Allah (a.w) kerana apa yg dikatakan tiada landasan nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Mereka ikuti apa tok guru mereka yg ajarkan mereka dulu kat, walhal tok guru mereka sendiri bercakap dan mengajar atas persangkaan bahawa yg diterimanya ilmu dari tok gurunya dulu sah dan benar dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Kerana itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa apabila beliau sudah tiada, umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, 72 golongan - yg majoriti - kecundang, beramal dan beribadah, tapi gagal mendapat syurga. Hanya golongan yg minoriti berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yg mengikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat dan mereka berjema'ah dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa daripada 1,000 orang Islam, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga, manakala 999 orang yg lain akan kecundang, yakni masuk neraka. Rasulallah (s.a.w) berkata benar kerana beliau bercakap atas wahyu Allah (a.w) [Surah an-Najmi].
Saudara,
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam sabdanya: 'Ketahuilah aku telah diberikan sebuah Kitab (yakni, al-Quran) dan bersama-sama kitab itu sesuatu yg menyerupainya (yakni, as-Sunnah).' [Hadith Abu Daud, Kitab as-Sunnah]. Jelasnya atau hakikatnya al-Quran dan as-Sunnah berganding. Orang Islam wajib ikuti al-Quran dan as-Sunnah. As-Sunnah bukan rekaan tetapi wahyu Allah (a.w) - benar sebagaimana benarnya al-Quran.
Malangnya ada orang yg terasa dirinya berilmu, tidak menerima as-Sunnah atau ragu-ragu menerima ketetapan as-Sunnah. Ketahuilah seorang yg Islam yg sangsi dgn as-Sunnah, tidak akan dapat syurga! Kerana, Ayat 13 Surah an-Nisa' dgn jelas memberitahu kita bahawa syurga itu hanya didapati oleh mereka yg ikuti al-Quran dan as-Sunnah.

Oleh itu berwaspadalah sebelum terlambat. Yg akan anianya adalah kita sendiri bukan orang lain. Tiada siapa yg akan tanggung beban kesilapan (yakni, dosa) dalam beramal dan beribadah. Kita sendiri tanggung. Orang yg mengajar kita rugi kerana mendapat kiriman dosa dari amalan batil yg diajarkannya dan dikerjakan oleh orang-orang yg diajarnya, kita pula rugi kerana segala amalan dan ibadah kita tidak laku pada Allah (a.w), yakni tidak diterima (ditolak).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment