Assalamualaikum,
saudara, kita lihat sedikit lagi perkara yg harus kita renungkan semasa kita mengerjakan haji dan umrah, khususnya ketika berada di Mekah (i.e. Masjidil Haram) dan ketika di Madinah (i.e. Masjid Nabawi) dulu. Kita mungkin berada di Mekah agak lama sementara menunggu hari Tarwiah untuk Wukuf di Arafah dan bermulanya kerja haji kita. Atau, kita sudah/belum mengerjakan haji dan berada di Madinah. Dalam waktu lapang itu apakah sewajarnya amalan kita?.
Pengisisan Waktu Lapang
Insya Allah kita dahpun tahu gandaan pahala amalan dan ibadah di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi. Sesuatu amalan dan ibadah yg dikerjakan di dalam Masjidil Haram itu diberikan gandaan pahala 100,000 gandaan. Contoh: Solat dua rakaat di dalam digandakan pahala 100,000 pahala solat tersebut berbanding dgn satu pahala apabila disolatkan di masjid-lain lain. Manakala, di Masjid Nabawi pula digandakan 1,000 gandaan pahala pula. Kalau kita membaca 'alif-lam-mim' kita diberikan 10 pahala setiap huruf (i.e. alif, lam dan mim 10 pahala setiap satu), tapi di Masjidil Haram kita dapat 10 x 100,000 gandaan pahala. Di Masjid Nabawi pula kita dapat 10 x 1,000 gandaan pahala. Begitulah untungnya beribadah dalam dua masjid tersebut.
Juga, Allah (a.w) menurunkan kerahmatan kpd mereka yg berada di dalam Masjidil haram sebanyak 120 kerahmatan setiap siangnya dan setiap malamnya, bagi orang yg melakukan Tawaf sunah (60 kerahmatan), yg bersolat sunat (40 kerahmatan) dan yg melihat kpd Ka'bah sambil berdoa (20 kerahmatan, doanya: 'Allahumma zid baitaka, haza tasrifan, wa-takrifan, wa-takziman, wa-birran wa-mahabatan'), ketika siang dan begitu juga ketika malam. Ini tidak termasuk doa yg dimakbulkan Allah (a.w) ketika bersolat di belakang Makam Ibrahim setelah selesai Tawaf. Adakah kita telah lakukan sedemikian ketika di Mekah atau di Madinah?
Juga, kita diberi pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w) jika kita dapat menyiapkan 50 Tawaf sunat. Begitu mudah mendapat pahala seumpama pahala haji, malah pahala haji yg berkat, bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w), semata-mata mengerjakan 50 Tawaf sunat ketika berada di Mekah.
Kita mempunyai banyak masa untuk mengkhatamkan al-Quran jika kita berada di Mekah sebulan dan kurang sedikit sebulan, dgn membaca satu juzu' al-Quran setiap hari.
Selepas Solat Subuh
Menunggu masuknya waktu Duha dan kita bersolat Duha, dua-dua rakaat supaya dapat minima 4 rakaat dan terbaiknya, maksimum, 12 rakaat dgn ditambah dgn lain-lain solat sunat, selain membaca al-Quran, berdoa, berzikir, dan berwirid.
Menunggu Solat Zohor dan Selepas Solat Zohor
dan Solat 'Asar
dan Solat 'Maghrib
Membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan berwirid dan solat-solat sunat yg dibolehkan, spt Solat Taubah dan seumpamanya.
Selepas Solat Maghrib kita bersolat ba'diah Maghrib sebanyak 6 rakaat dibuat dua-dua solat disudahi dgn satu salam.
Ketika menunggu Solat Isya', selain membaca al-Quran, berwirid, berzikir dan berdoa, kita mengerjakan Solat Tasbih empat rakaat dgn satu salam, terhapuslah 10 jenis dosa kita, selain gandaan pahala solat 100,000 gandaan tersebut. [Nota: Dalam blog ini kita telah lihat bagaimana Solat Tasbih itu dikerjakan. Jangan tersilap pula, kerana ada orang yg bersolat Tasbih tetapi kerjakan dua-dua solat dengan satu salam. Kaedah itu tiada dalam as-Sunnah. Solat Tasbih hanya dibuat sekali sehari, tidak boleh dua kali atau lebih sehari.]
Setelah tidur di hotel, kita boleh bangun jam 3 atau 4 pagi dan pergi ke masjid untuk mengerjakan olat-solat Tahajjud yg dibuat dua-dua rakaat dgn satu salam, sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak mana yg mungkin dgn di sudahi dengan tiga atau satu rakaat Solat Witir yg disudahi dgn satu salam. [Nota: dalam blog ini telah dituliskan bagaimana mengerjakan Solat Tahajjud itu dan apakah bacaan surah yg afdhal bagi Solat Witir itu. Solat Witir itu hendaklah dijadikan solat penyudah atau penamat kpd solat-solat sunat malam tersebut]
Sebelum Solat Subuh
Kalau tak sempat bangun awal waktu malam, bolehlah bangun dan berada di masjid sejam sebelum Solat Subuh untuk mengerjakan Solat-solat Tahajjud dan diakhiri dgn satu Solat Witir. [Nota: Solat Witir hendaklah dijadikan solat sunat terakhir malam dan hanya disolatkan sekali saja, sama ada satu rakaat atau tiga rakaat disudahi satu salam. Solat Witir yg lazim dibuat oleh majoriti orang kita di Malaysia iaitu dua rakaat dan ditambah satu rakaat lagi adalah tidak ada asas atau sandaran as-Sunnah. Juga, wajib diingatkan dalam syariat Islam mengikut ketetapan as-Sunnah tiada Doa Qunut dalam Solat Subuh.]
Malangnya, ramai jema'ah haji yg mencari jalan pintas. Tidur di masjid kemudian ketika dilaungkan azan bangun tanpa berwudu' dan terus solat. Wudu' sudahpun terbatal bila tidur. Atau, pergi ke toilet ambil wudu' tanpa berjaga-jaga kalau terkena beas kencing orang. Wudu' tak sah dan mendapat siksaan kubur pula apabila dalam alam barzah nanti! Atau, bersolat di atas jalanraya atau dikaki lobi hotel dgn berjema'ah walhal sof jema'ah sudah terputus dan tidak sah solatnya, sia-sia saja. Apalah gunanya berbelanja begitu banyak wang ke Mekah dan Madinah kemudian tidak bersungguh mengerjakan amalan, terutama solat fardu, tidak ke masjid!
[Nota: Dalam blog ini pernah disebutkan bagaimana mandi junub dan berwudu' mengikut ketetapan as-Sunnah. Hendaklah kita sentiasa ingat, semua ibadah yg mewajibkan kita ada wudu' akan terbataljika wudu' kita tidak sah atau jika kita berjunub dan tidak sah mandi junub kita. Mandi junub itu mengandungi dua proses, iaitu berwudu' dahulu kemudian meratakan air ke tubuh. Wudu' itu tidak sah tanpa menyebut 'Bismillah' ketika memulakan wudu' dan kita tidak menyapu seluruh kepala kita.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment