Assalamualaikum,
Saudara, hari ini begitu mudah untuk belajar ugama - Islam dan syariatnya - kerana begitu banyak orang yg cerdik pandai dan bijak serta petah menulis atau mengarang kitab-kitab atau buku-buku ugama. Malah ada pula ulama' dan ilmuwan Islam yg suka menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan akal fikirannya membuat pelbagai tafsiran mengenai al-Quran dan as-Sunnah, tanpa belajar daripada mereka yg faham dan faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, kita akan dapat banyaklah perkara-perkara menyentuh Islam dan syariatnya yg telah disalah tafsirkan atau disalah ertikan sehinggakan lari dari ketetapan asal atau maksud sebenar perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w).
Bagi mereka yg dahagakan ilmu, lazimnya mereka yg merasai sudah tiba masanya mereka berjinak-jinak dengan sebenarnya dan secara istiqamah kpd Islam dan tuntutannya, demi mengisi ilmu dan memandu amalan mereka menjelang tibanya hari mereka akan menemui tuhannya, ketika mati. Maka mereka suka membaca kitab dan buku yg dikarang oleh para ulama' atau ilmuwan Islam sedemikian.
Malah, ramai juga para ulama' dan ilmuwan Islam yg sememangnya dikurniakan Allah (a.w) kelebihan serta kebolehan mengarang kitab dan buku. Tidak kurang pula para ilmuwan yg, apabila bercakap atau menulis sesuatu, tentang Islam mereka membuat pelbagai andaian dan ketetapan, yg seringkali pula tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, kerana berhujjah dgn peers mereka atau mereka memihak kpd guru-guru mereka yg mengajar mereka ketika di madrasah atau sekolah atau kolej atau institusi pengajian tinggi dulu, sehinggakan mereka memperolehi ijazah Ph D sebagai contoh. Hari ini pengajian ugama dan syariatnya, telah menyerupai pengajian ala akademik yg lain. Kita boleh dapat ijazah B.A atau M.A, malah Ph D pula apakala Panel of Examiners (atau Dissertation Committe) dari universiti yg kita belajar itu mengakui balawa analisis kita atau pemerhatian atau penemuan kita itu suatu yg baru atau berbeza dari convenntional thoughts atau conclusions (i.e. ilmu atau penemuan baru mengenai sesuatu perkara). Kemudian orang yg dianugerahkan M.A atau Ph D itu akan menggunakan kelulusan yg dicapainya untuk bercakap atau berhujjah secara saintifiks, katanya, untuk mentakrif atau membuat rumusan tentang sesuatu mengenai Islam dan syariatnya.
Saudara, hari ini kita kononnya boleh mempelajari dan mendalami Islam semata-mata dgn membaca kitab atau buku atau mendengar ceramah ulama' dan para ilmuwan dalam kaset atau tape atau CD atau VCD. Maka ramailah pula penulis buku atau kitab atau penceramah yg merakamkan dalam kaset atau CD atau video ilmu mereka untuk dikongsi bersama dgn orang lain - dgn bayaran, bukan percuma!
Saudara, Allah (a.w) peringatkan dalam Ayat 79, Surah al-Baqarah spt berikut:
Firman Allah (a.w): 'Neraka Wel-lah bagi orang-orang yg menulis kitab (atau buku) dgn tangan mereka sendiri lalu dikatanya: 'Ini dari Allah' (i.e. yg ditulisnya adalah ketetapan al-Quran atau wahyu Allah (a.w), yakni as-Sunnah), dgn maksud atau tujuan untuk memperolehi keuntungan yg sedikit dgn perbuatan itu. Maka neraka Wel-lah, akibat dari apa yg ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan neraka Wel-lah bagi mereka akibat dari apa yg mereka kerjakan (yakni, mengatakan sesuatu itu haq walhal batil).' [Ayat 79, Surah al-Baqarah]
Ayat ini adalah celaan Allah (a.w) kpd mereka yg menulis kitab atau buku tentang Islam dan syariatnya dan segala sesuatu yg terkait dgnnya, spt tafsiran dan penjelasan atau terjemahan atau penjelasan yg menggunakan akal fikiran atau persangkaan. Contoh: isu 'bid'ah hasanah'! Walhal, Rasulallah (s.a.w) memberitahu semua atau setiap bid'ah adalah batil dan sesat!
Mengapa Allah (a.w) mencela? Pertama, ilmu Allah (a.w) itu amat luas, tiada siapa yg boleh menguasainya kecualilah sedikit sahaja, iaitu apa yg tertulis dalam al-Quran atau yg diwahyukan kpd Rasulallah (s.a.w) dan yg disampaikan kpd kita oleh Rasulallah (s.a.w). Malah yg disampaikanpun ada yg terperinci dan ada yg secara lakaran sahaja, seperti ayat-ayat mutasyabihat, yg tiada siapa tahu maksud sebenarnya. Luasnya ilmu Allah (a.w) disebutkan dalam al-Quran tiada siapa yg boleh menulisnya. Malah kalaulah air lautan di bumi ini dijadikan dakwat dan pohon-pohon kayu di atas bumi ini dijadikan pen atau pena, digandakan tujuh kali gandapun, nescara habis air dan kayu kayan, ilmu Allah (a.w) itu tidak akan tertulis. Maka dgn itu, janganlah menulis sesuatu yg kita tidak diberitahu. Maka dgn itulah dalam perkara Islam dan syariatnya, Allah (a.w) melarang manusia menulis atau mengarang buku, kemudian berkata: 'Ini adalah ketetapan Islam (i.e. Allah (a.w))'. Kedua, Islam dan syariatnya sudah sempurna (rujuk Ayat 3, Surah ali-Imran). Maka dgn itu, orang yg menulis kitab atau buku tentang Islam dan syariatnya dan segala sesuatu yg terkait dgnnya, wajib terlebih dahulu mempelajari dan memahami al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa, panduan al-Quran dan as-Sunnah, orang yg menulis kitab atau buku sedemikian sudah pasti tersasar dan tersilap dan menggunakan sumber-sumber yg batil, spt kata-kata atau pendapat para ilmuwan yg lain. Kemudian bila dia mengumumkan yg ditulisnya adalah haq walhal batil, maka celakalah dia! Ketiga, kefahaman mengenai Islam dan syariatnya dan segala sesuatu yg terkait dgnnya tidak boleh didapati dgn self-learning, murid perlukan guru, dan guru itu pula mendapat ilmunya dari gurunya yg dapatkan ilmunya dari gurunya pula sehinggalah sampai ke Rasulallah (s.a.w). Keempat, mengambil contoh Rasulallah (s.a.w) sendiri. Beliau tidak belajar tentang Islam bersendirian. Beliau diajarkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu. dan, selain itu beliau juga berguru dgn Jibrail (a.s) apabila Jibrail (a.s) turun ke langit dunia menyerupakan manusia - lelaki yg kacak memakai jubah putih - mengajarkannya segala sesuatu tentang Islam, Iman dan Ikhsan secara berdepan. Malah ketika belajar itu lutut Rasulallah (s.a.w) menyentuhi lutut Jibrail (a.s), begitu perlunya murid belajar secara berdepan dgn gurunya.
Saudara, adakah kita boleh faham tentang Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dengan merujuk kpd kitab atau buku karangan manusia? Tidak boleh. Maka, dgn itulah sumber ilmu mengenai Islam dan syariat dan segala sesuatu yg terkait dgnnya adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa membaca al-Quran (yakni, mendapat ilmu mengenai Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah) lalu dia menganggap (atau beranggapan) bahawa ada seorang (i.e. penulis kitab atau buku mengenai Islam) yg telah diberikan sesuatu (i.e .ilmu) yg lebih utama daripada (al-Quran) yg telah diberikan kepadanya (i.e. yg telah diberitahu atau diajarkan kpdnya), maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan suatu yg diremehkan (i.e. dipekecilkan) oleh Allah (a.w) dan (pada waktu yg sama) dia telah meremehkan (i.e. memperkecilkan) pada sesuatu yg diagungkan oleh Allah (i.e. al-Quran dan as-Sunnah).' [Hadith at-Tobrani]
Inilah sebab kelima, mengapa Allah (a.w) amat murka kpd mereka yg mengarang kitab dan buku tentang Islam kemudian menyebut bahawa yg ditulisnya adalah dari Allah (a.w) (dan RasulNya)!
Saudara,. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita dalam hadith berikut bahawa Allah (a.w) itu maha utama dan al-Quran itu maha utama berbanding lain-lain kitab.
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Keutamaan Kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) itu mengalahkan semua kalam (i.e. kitab atau buku karangan manusia), sebagaimana keutamaan (yakni, keagungan) Allah (a.w) mengalahkan (kesemua) makhlukNya.' [Hadith at-Tobrani]
Saudara, inilah sebab keenam mengapa orang yg mengarang atau menulis kitab itu dimurkai Allah (a.w) (dan termasuk orang yg bergantung kpd kitab atau buku atau apa saja media tentang Islam dan segala yg terkait dgnnya) apabila dia tidak mempelajari Islam dgn berpandukan al-Quran dan as-Sunnah (dengan cara berguru).
Jazakallahu khairah
Saudara, inilah sebab keenam mengapa orang yg mengarang atau menulis kitab itu dimurkai Allah (a.w) (dan termasuk orang yg bergantung kpd kitab atau buku atau apa saja media tentang Islam dan segala yg terkait dgnnya) apabila dia tidak mempelajari Islam dgn berpandukan al-Quran dan as-Sunnah (dengan cara berguru).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment