Assalamualaikum,
Saudara, dalam post menyenth perlantikan SUK Selangor kita sebutkan bahawa orang Islam (dan orang iman) itu tidak wajar sama sekali melakukan sesuatu yg bertujuan memfitnah atau memburuk-burukan atau menjatuhkan air muka dan marwah seseorang Islamyg lain. Allah (a.w) memberitahu kita adalah beraudara dalam Islam. Kita adalah dari ketuturan yg sama , iaitu anak cucu dn cicit Adam (a.s) dan Hawa , isterinya.
Dalam Ayat 11, Surah al-Hujurat, Allah (a.w) berfirman:'Wahai orang-orang yg beriman! janganlah suatu kaum (atau kumpulan atau golongan) mengolok-olokkan (atau merendahkan) yg lain, (kerana) boleh jadi mereka (yg diperolokkan atau diperkecilkan atau direndahkan) itu lebih baik dari mereka (yg mempersolokkan atau merendahkan), dan jangalah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yg diperolokkan itu) lebih baik dari wanita-wanita (yg mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri (kerana orang iman itu adalah satu), dan janganlah kamu panggil memanggil dgn gelaran yg buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yg buruk (oleh orang iman atau terhadap orang yg) sesudah beriman (yakni, memberi gelaran yg buruk terhadap seseorang, seperti menyebut satu kumpulan itu sesat, atau menyimpang, atau salah akidah dan sebagainya); dan barangsiapa yg tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yg zalim (i.e. orang yg zalim itu tempatnya dalam neraka).' [Ayat 11, Surah al-Hujurat]
Dalam ayat di atas, kita yg Islam dilarang sama sekali memburuk-burukan sesama Islam dan dilarang mencemuh atau memberi gelaran yg buruk terhadap seseorang atau sesuatu perkumpulan. Orang yg demikian itu melakukan dosa yg melayakkan mereka masuk neraka, selain, segala pahala ibadah dan amalannya terhakis.
Dalam Ayat 12, Surah al-Hujurat Allah (a.w) berfirman: 'Wahai orang-orang yg beriman! Jauhilah berprasangka (atau, banyak berperasangka). sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan (atau keaiban) orang lain (yg Islam dan beriman); dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (atau, mengapikan -apikan supaya berbalah atau berkelahi atau bertelagah) sebahagian yg lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya (i.e. daging mayat sedemikian)'. [Ayat 12, Surah al-Hujurat]
Saudara, hari ini boleh dikatakan kesemua badan-badan ugama dan orang-orang ugama sengaja mencari keburukan atau keaiban saudaranya yg Islam. Mereka sengaja dan suka pula mengintip orang berkhalwat atau membuat dosa. Tapi, mereka tidak counsel mereka, mengajar mereka, menasihati mereka supaya mereka faham tentang ajaran Islam dan hukum-hakamnya dan akibatnya melakukan keburukan atau kemaksiatan. Setelah diintip ditemui, kemudian dihebahkan pula. Malah ada yg mengambil gambar atau video pula pasangan yg telah diserkap dalam keadaan memalukan Islam dan orang yg terlibat. Kemudian dihebahkan pula dalam internet dan sebagainya!
Hari ini, kita lihat badan-badan ugama spt JAIS suka melakukan apa yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dalam dua ayat ini. Yg lebih utama, sebagai orang iman, yg kononnya berilmu tentang Islam dan syariatnya, mengetahui begitu ramainya umat Islam yg jahil tentang Islam dan syariatnya, tidak mengajar, membimbing dan memberi nashat kpd mereka yg dianggap jahil dan melakukan pelbagai kebatilan itu.
Mudah-mudah, kita berdoa agar orang-orang ugama dalam badan-badan ugama spt JAIS dan MAIS itu sedar tentang tugas dan tanggungjawab yg wajib mereka utamakan. Ada banyak tugas-tugas lain yg lebih penting dan lebih utama sebagai orang yg berilmu, malah mendatangkan banyak pahala dan dividen akhirat (kalaulah mereka benar-benar berilmu), dari mengintip orang buat maksiat atau orang belajar ugama tanpa tauliah. Yg wajar semua pengajian boleh dipantau, lihat apa yg diajarkan, kemudian kita semak al-Quran dan as-Sunnah apakah betul atau menyimpang, barulah kita temui orang yg terlibat, bincang dan nasihatkan mereka kalau menyeleweng atau tersilap. Tapi, janganlah pula bila mereka benar mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita wajibkan mereka tinggalkan pengajian dan ikuti fahaman kemazahaban pula!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment