Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah peringatkan diri kita bahawa: pertama, jalan mudah atau pintas ke syurga itu adalah kita akur dgn Ayat 13, Surah an-Nisa'; kedua, kita akur dgn ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa'; dan ketiga, kita akur dgn ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa'. Dan kita sudah tahu kedudukan al-Quran dan as-Sunnah berbanding dgn ketetapan ulil amri atau pemimpin umat Islam. Ketetapan ulil amri tidak boleh membatasi atau mengatasi atau membataskan atau mengubahsuai ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga diperingatkan bahawa jika kita mengaji dan kita mendapat ilmu, sudah pasti kita dapat tahu begitu banyaknya amalan dan ibadah yg akan meletakkan kita di atas jalan ke syurga (siratul mustaqim) itu. dalam post kali kita lihat satu daripada kemurahan Allah (a.w) kpd kita.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa berkata (yakni, membaca): 'Lailaha illalahi wahdahu la syarika lahu, lahul mulku, wa-lahul hamdu, wa-hua 'ala kulli syai-in qadir' pada siang hari 100 kali, ada baginya pahala seumpama memerdekakan sepuluh hamba, dan ditulis baginya (oleh Allah (a.w)) 100 kebaikan, dan dihapuskan baginya 100 kejahatan (yg telah dilakukannya), dan adalah dia dilindungi (atau terjaga dari gangguan) syaitan, pada hari yg demikian (i.e. hari yg dibacanya) sehingga petangnya; dan tidak datang kpd seseorang kefadhalan melebihi sedemikian itu kecuali yg melakukan (i.e. membaca atau menyebut) lebih banyak dari demikian itu. Dan, barangsiapa berkata (yakni, membaca) 'Subhanallahi wa-bihamdihi' di dalam sehari 100 kali dihapuskan kesalahan (i.e. dosanya), walaupun dosa-dosanya itu semithal sebanyak buih di permukaan lautan.' [Hadith Muslim]
Hadith menyebutkan satu kelompok kalimah (yakni, doa atau zikir) yg banyak keuntungan atau fadhilat akhirat kpd kita yg rajin membacanya. kalimah-kalimah tersebut mengandungi kalimah tahlil (i.e. lailaha illallah) dan kalimah tasbih (subhanallah) dan kalimah-kalimah pujian memuji dan mengagungkan Allah (a.w), kerana dalam hadith lain disebutkan bahawa sebaik-baik doa adalah kalimah 'lailaha illallah' dan kalimah zikir terbaik adalah 'Allahu Akbar'.
Mudah-mudahan saudara manfaatkan pesanan Rasulallah (s.a.w) ini. Siapa yg tak mahu mendapat pahala kerana: pertama, mendapat pahala yg besar seumpama memebabaskan hamba sahaya sebagaimana orang zaman hayat Rasulallah (s.a.w); kedua, diberikan 100 kebaikan sehari; ketiga, hapuskan 100 dosa-dosanya setiap hari; keempat, terpelihara dari gangguan syaitan setiap hari; dan kelima, membaca kalimah Tasbih pula menghapuskan segala dosa-dosa kecil kita walaupun dosa-dosa tersebut seumpama buih di permukaan air lautan. [Nota: Setiap kita melakukan dosa (dosa-dosa kecil) tanpa kita sedari sehari sebanyak 2,500 dosa. Dan, setiap dosa yg kekal dgn kita melayakkan kita dibakar di dalam neraka, kalau tidak terampun dgn ditaubatkan dan Allah (a.w) menerima taubat kita, pastilah kita jadi ahli neraka untuk dibersihkan dari segala dosa-dosa kita. Saudara, setiap kali kita berwudu' dan setiap kali kita solat, dosa-dosa kecil kita gugur dan terhakis.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment