Wednesday, December 29, 2010

Perbahasan: Orang Kafir Jadi Peguam/Hakim Syar'ie?

Assalamualaikum,
Saudara, bagi saudara yg suka membaca perkara atau isu mengenai ugama Islam, mungkin saudara dah tengok perbincangan dalam Malis Fatwa Kebangsaan, yg katanya ada pebezaan pendapat yg besar antara Dr Juanda, Mufti Perlis sekarang dgn orang lama lain, iaitu mufti-mufti arus perdana. Kerana Dr Juanda adalah ilmuwan muda yg dilantik mufti kerana kelayakan akademiknya dan kerana beliau tidak terikat kpd pegangan atau ikutan para ulama' arus perdana, sebagaimana Dr Mohd Asri yg beliau ganti.
Katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan isu: Apakah boleh seorang yg tidak Islam (yakni, kafir) dilantik sebagai Peguam Syr'ie dan, lebih utama lagi adakah orang bukan Islam (i.e kafir) boleh dilantik hakim untuk menghakimi orang Islam dan mentadbirkan syariat islam atau hukum hakam Islam?
Dr Asmadi, seorang pensyarah di UUM pula lantang bercakap macam orang yg betul faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah, memberi pendapat juga dan mengkritik pandnagan Dr Juanda.
Perkara menyentuh tajuk di atas itu mudah diselesaikan. Kita hanya perlu merujuk kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dan, berasaskan sumber ilmu dan panduan hidup jema'ah umat Islam dalam as-Sunnah, kita kena lihat sejarah pelaksanaan al-Quran dan as-Sunnah dalam pentadbiran jema'ah Islam zaman Rasulallah (s.a.w), zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, para tabi'in, para pengikut para tabi'in dan para ulama' al-Quran dan as-Sunnah sehinggalah kiamat dunia. Kerana, dalam Islam ilmu serta panduan hidup orang iman yg haq adalah al-Quran dan as-Sunnah dalam semua perkara. Tidak ada hukum-hakam yg boleh diasaskan kpd apa-apa pertimbangan, termasuklah qias dan ijtihad atau apa yg para ulama' dan ilmuwan Islam arus perdana katakan 'kesepakatan para ulama' itu. Islam itu ugama universal dan ugama penamat bagi manusia, dan hukum hakamnya tidak terikat kpd situasi atau zaman atau masa atau mana-mana kelompok manusia di bumi.
Islam tidak menghalang umat Islam berpandukan qias dan membuat ijtihad. Namun, orang yg hendak menggunakan qias itu hendaklah terlebih dahulu faham dan faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mereka itu tidak boleh menggunakan qias kerana ditakuti disebabkan kejahilan dan kecetekan ilmunya, mereka menggunakan pendapat dan persangkaan semata-mata dalam membuat pertimbangan dan ketetapan. Ijtihad juga adalah bersyarat. Orang yg boleh membuat ijtihad adalah pemimpin jema'ah Islam yg faham tentang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Kalau belum faham dan faqih, tiada hak untuk menggunakan ijtihad untuk membuat sesuatu ketetapan dalam Islam. Tambahan pula, ijtihad hanya untuk menetapkan perkara sampingan dan bukan perkara pokok. Contoh: Hukum hakam Islam itu ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kita boleh melihat contoh tindak tanduk Rasulallah (s.a.w). Kita boleh lihat tindak tanduk khalifah yg empat. Kita tidak boleh ikut amalan pemimpin Islam yg lain walaupun dianggap wara' atau ulama', tanpa usul periksa dgn merujuk kpd kketetapan al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 59, Surah an-Nisa').
Dalam Islam itu ulama' adalah orang yg berilmu. Orang yg berilmu itu mempunyai ciri-ciri brikut:
1.Mendalam ilmunya tentang al-Quran dan faham al-Quran, kefahaman al-Quran adalah dalam konteks tafsiran dengan bersandarkan tafsiran as-Sunnah;
2. Mendalam ilmunya tentang as-Sunnah dan faham as-Sunnah;
3. Kefahamannya itu membolehkan dia mencari ketetapan yg sampingan berasaskan ketetapan yg asas dalam al-Quran dan as-Sunnah; dan
4. Dia sendiri mengamalkan apa yg dia tahu dan faham dalam al-Quran dan as-Sunnah
Kefahaman dalam ilmu as-Sunnah hendaklah dia sudah mengaji dan khatam sekurang-kurangnya Kuttubul Sittah. Tanpa kekhataman dalam Kuttubul Sittah bagaimana mungkin dia punya ilmu yg memadai untuk menjadi peguam apatah lagi hakim menentukan hukum-hakam dalam Islam yg bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah terhadap jema'ah Islam dan orang Islam.
Soalnya: Allah (a.w) melarang orang kafir memegang al-Quran. Jika begitu, bolehkah orang kafir jadi peguam/hakim walhal mereka perlu sering merujuk kpdnya?
Soalnya: Allah (a.w) perintahkan supaya menghukumlah orang-orang Islam berpandukan al-Quran, jadi bolehkan orang kafir memegang al-Quran dan merujuk kpdnya untuk berhujjah?
Soalnya: janganlah kamu ambil kafir sebagai teman kamu, jika begitu bolehkan orang kafir dijadikan teman dalam hukumhakam Islam?
Soalnya: Allah (a.w) melaknat orang kafir dalam al-Quran, apakah orang yg dilaknat itu diberi kesempatan mengukum umat Islam yg diridai Allah (a.w)?
Soalnya: orang kafir itu disifatkan oleh Allah (a.w) sangat kufur, ada mata tidak melihat, ada hati tidak berfikir, ada mulut tidak bercakap benar, ada telinga tidak mendengar yg haq, boleh diberi tugas membela orang Islam dan menghukum/mengadili pula orang islam?
Mereka yg faham al-Quran dan as-Sunnah - faham Islam dan syariatnya - sudah pasti mendapati begitu banyaknya ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya yg melarang mengutamakan orang kafir dari orang iman dalam semua perkara.
Mudah-mudahan, ahli Majlis Fatwa dan orang yg terkait, dan orang yg lantang bercakap tentang Islam spt Dr Asmadi, wajar belajar lagi al-Quran dan as-Sunnah, sebelum membuat apa-apa komen tentang ketetapan Islam.

Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment