Friday, December 31, 2010

Siapa Boleh Jadi Pemimpin Umat Islam?

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tinjau sambil lalu isu: 'Siapa boleh jadi peguam dan hakim syari'ie?' dalam post yg lalu. Dalam post ini kita lanjutkan pula kpd isu: 'Siapa boleh pimpin umat Islam?'
Jika kita faham hakikat bahawa apabila kiamat dunia, maka semua manusia dibangkitkan dari kuburnya, dan yg kafir dan yg munafiq dirantai oleh para malaikat untuk terus dihumbankan ke dalam neraka, tanpa perlu dihisab. dan yg Islam dan beriman dihisab dan diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing, akan berhimpun dalam perhimpunan agung terbesar bagi manusia di padang makhsyar, maka kta telitlah status atau kedudukan orang kafir berbanding dgn status dan kedudukan orang Islam itu.
Saudara, fikirkanlah apakah orang yg dimurkai Allah (a.w) kita lantik dan akur dgn pendapat atau ketetapan mereka tentang Islam dan syariatnya, yg mereka sedikitpun tidak ada keyakinan tentang Islam dan syariatnya, kita lantik atau kita beri peluang berhujjah tentang Islam dan menghukum umat Islam dalam hukum hakam melibatkan syariat ugama Islam?  Saudara fikirlah sendiri. kalau saudara bersejtuju maka berwaspadalah dgn padah atau akibatnya yg disedikan bagi mereka yg mengagungkan pendapat manusia dan meremehkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya [Nota: Kita telahpun teliti hadith menyebuttentang kemurkaan Allah (a.w) kpd orang Islam yg iman apabila mengutamnakan pendapat atau ketetapan manusia apabila telah ditetapkan oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran) sesuatu. Berwaspadalah
Saudara, apabila kiamat dunia, kita semua akan mati dan akan dibangkitkan dari kubur kita untuk berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan kita yg ditulis oleh dua malaikat yg sentiasa bersama kita, iaitu malaikat Rakib dan Atit atau dalam suatu dimensi lain disebutkan Kiraman Katibin. Kitab ini akan kita terima kelak. kalau kitabb itu diserahkan dari sebelah kanan kita, bererti kita berjaya mendapat syurga. kalau diserahkan di sebelah kiri kita, kita gagal mendapat syurga dan kita juga akan dirantai oleh malaikat untuk dicampakkan ke dalam neraka. Jangan saudara terfikir bahawa kerana saudara orang Islam, yakin yg saudara Islam dan berpandangan bahawa di akhirat kelak secara otomatis kita mendapat syurga!.
Satu isu yg wajib kita fahami adalah kepimpinan Islam atau umunya digelar 'Imam'. Dan, isu ini terkait dgn perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan perintah Raulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah supaya umat Islam itu wajib berjema'ah. Dan, jema'ah umat Islam wajib mentaati Imam atau pemimpin mereka. Insya Allah kita akan teliti secara mendalam apakah yg dimaksudkan 'kepimpinan' dalam Islam dan apa maksud 'berjema'ah' dalam Islam. Sedikit sebanyak kita telahpun mendengar kalimah 'kepimpinan' atau 'ulil amri' atau 'imam' dalam Islam dan kalimah 'berjema'ah' dalam Islam. Kita berulangkali sebut bahawa satu daripada dua pra-syarat untuk teergolong dalam satu daripada 73 golongan atau kumpulan yg berjaya mendapat syurga itu adalah menganuti Islam secara berjema'ah (hadith dan Ayat 103, Surah ali-Imran). Dalam firman Allah (a.w) berikut kita diberitahu pula bahawa dalam perhimpunan agung terbesar dan terakhir bagi manusia itu, mereka akan berkumpul berbaris di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing di belakang Imam atau pemimpin masing-masing. Ini disebutkan dalam firman Allah (a.w) dalam Surah al-Isra’ berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Yauma tad’u kulla unasin bi-imamihim ...’ [Maksud: Ingatlah suatu hari (yang dihari itu) Kami (Allah (a.w)) panggil tiap-tiap umat dengan imam (yakni, pemimpin) mereka ...’ [Ayat 71, Surah al-Isra’]
Firman Allah (a.w) ini menunjukkan bahawa apabila kiamat dunia, manusia akan dibangkitkan semula dari kubur-kubur mereka dan mereka akan berjalan menuju padang makhsyar dimana mereka akan berhimpun dalam suatu perhimpunan agung yang terbesar. Kesemua orang Islam akan berhimpun berbaris-baris diketuai oleh imam (yakni, pemimpin) masing-masing[Lihat Nota]. Ayat ini adalah nas dan dalil al-Quran bahawa setiap jema’ah Islam itu ada imam atau pemimpinnya dan pemimpin jema’ah itu adalah orang yang hidup zamannya, bukanlah orang yang sudah mati. Para imam tersebut akan menjadi saksi kepada jema’ahnya bahawa mereka telah diajarkan al-Quran dan as-Sunnah , dibimbing dan mereka telah disuruh supaya mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, mengikuti ketetapan as-Sunnah) dalam hidup mereka dan mereka telah berikrar ‘sami’na, wa-atao’na’ (maksud: ‘Aku dengar dan aku taat’, yakni, mendegar nasihat dan mentaati nasihat)[Lihat Nota]. Maka mereka menepati spesifikasi keIslaman yang haq sebagaimana yang telah diasaskan oleh Rasulallah (s.a.w) zamannya. Itulah satu dimensi utama syariat Islam. [Nota: Analoginya adalah seumpama perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan di Putrajaya untuk mendengar amanat bulanan daripada Perdana Menteri. Setiap barisan diketuai oleh ketua-ketua jabatan masing-masing. Setelah Perdana Menteri member amanat, mereka akan bersurai ke jabatan masing-masing untuk menjalankan tugas harian mereeka seperti biasa. Justeru itu, jelaslah sesiapa yang menyatakan bahawa ‘imam’ mereka adalah as-Syafie (bagi pengikut Mazhab as-Syafie) atau Abu Hanifah (bagi pengikut Mazhab Hanafi) atau Imam Malik b Anas (bagi pengikut Mazhab Maliki) atau Imam Ahmad ibni Hanbal (bagi pengikut Mazhab Hambali) itu adalah salah berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 71, Surah al-Isra’ ini. Imam itu adalah orang yang kekal hidup di kalangan jema’ahnya. Orang yang tiada berimam bagaimana?
Saudara, renungilah firman Allah (a.w) di atas itu. Kepimpinan dalam islam itu amat utama. maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam banyak hadith bahawa tidak halal tiga orang manusia (yakni, kalau di dunia ini hanya ada tiga orang manusia) yg bertempat di bumi Allah (a.w) jika mereka tidak mengangkat salah seorang mereka menjadi imam mereka. dan, Rasulallah (s.a.w) juga bersabda bahawa tidak halal kehidupan tiga orang manusia yg bermusafir jika tidak mereka sepakat melantik seorang daripada mereka bertiga menjadi Imam mereka. Maksudnya, umat Islam itu diwajibkan berjema'ah dan melantik imam yg memimpin mereka dalam Islam. Jika tidak mereka hidup tetapi haram kehidupan mereka.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment