Assalamualaikum,
Saudara, hampir sebulan setengah penulis tidak menulis dalam blog ini. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur oleh Allah, dan berkesempatan bertemu semula dalam blog ini.
Hari ini kita peringatkan diri kita semula sambil memperingatkan saudara kita yg Islam satu ketetapan Islam yg amat penting, yg wajib kita jadikan panduan setiap saat dalam hidup kita. Apa dia? Kita islam. Ramai orang lain yg Islam. Kita beramal dan mengerjakan pelbagai ibadah, dan ramai pula yg beramal dan beribadah tanpa menyedari bahawa ibadah dan amalan mereka belum pasti diterima Allah (a.w).
Sesuatu ibadah atau amalan itu hanya diterima Allah (a.w) sebagai ibadah dan amalan, yakni melayakkan kita mendapat pahala di sisi Allah (a.w), jika kita penuhi dua syarat: pertama, niat kita mengerjakan sebarang ibadah dan amalan - kita kerjakan sesuatu amalan dan ibadah itu semata-mata kerana Allah (a.w), bukan kerana lain-lain motif atau sebab atau tujuan - menepati Ayat 36, Surah al-Isra' (kerana inginkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w)); dan kedua, bentuk-bentuk ibadah dan amalan serta cara dan kaedah ibadah dan amalan itu dilaksanakan hendaklah menepati apa yg dicontohkan atau diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ibadah dan amalan yg sejajar dgn spesifikasi tersebut hendaklah menepati atau menyamai amalan dan ibadah yg dicicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni ibadah dan amalan itu menepati ketetapan al-Quran (yakni, perintah Allah (a.w)) dan as-Sunnah (yakni, menepati ketetapan serta bentuk-bentuk-bentuk serta cara dan kaedah yg dibuat atau ditetapkan atau disuruh atau didemokan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Semua ibadah dan amalan yg fail ujian sedemikian tidak diterima Allah (a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' - contoh terbaik atau model ikutan terbaik. Dalam ibadah dan amalan dialah terbaik. Dialah yg mengajarkan manusia bagaimana mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Dia yg diwahyukan oleh Allah (a.w) apa dia bentuk-bentuk pengabdian yg diperintahkan oleh Allah (a.w) jinn dan manusi kerajakan. Dia yg mengajarkan manusia Islam dan bagaimana menjadi orang Islam yg menepati spesifikasi Allah (a.w). Dia yg tahu secara sempurna Islam itu. malah, seseorang yg mengakui dirinya Islam tidak mahu menerima suruhan dan larangan Rasulallah (s.a.w) terkeluar dari Islam. Kerana, Allah (a.w) dahpun perintah apa-apa yg disuruhnya hendaklah dipatuhi dan diikuti (Ayat 7, Surah al-Haysr). Kerana, Allah (a.w) beri kita tahu bahawa dialah model ikutan dalam Islam untuk semua perkara (Ayat 21, Surah al-Ahzab). Kerana, jika tak ikuti kita tidak tergolong dalam orang yg akan mendapat syurga (Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa'). Kerana, kalau tak ikuti Rasulallah (s.a.w) pastilah kita orang yg counterfactual kpd ketetapan pada Ayat 80, Surah an-Nisa', yakni kita tak taatkan Allah (a.w)). Kerana, sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sekaligus mentaati Allah (a.w).
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) berfirman bahawa semua ibadah dan amalan itu diniatkan semata-mata kerana mencari keridaan Allah (a.w), iaitu mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), yakni untuk mendapatkan ganjaran syurga Allah (a.w), dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w)(Ayat 57, Surah al-Isra'). Itulah niat sebenarnya yg diberitahu oleh Allah (a.w). Bukan kerana niat-niat selainnya. Bukan kerana manusia. Bukan kerana kita adalah seorang ahli badah. Bukan kerana kita warak. Bukan kerana menunjuk-nunjuk yg kita ni orang yg alim , i.e. supaya diktiraf oleh orang lain bahawa kita ni orang yg alim dan suka beribadah atau membuat amal makruf! Syarat kedua itu adalah bagi menepati perintah Allah (a.w) dalam Islam seperti yg ditetapkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu kita kerjakan segala sesuatu kerana itulah yg disuruh Rasulallah (s.a.w) dan kita tinggalkan sesuatu, kerana tulah yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w).
Justeru itu, segala ibadah dan amalan yg tidak menepati dua ketetapan tersebut tidak akan diterima Allah (a.w). Sia-sia saja kalau kita kerjakan! Ibadah dan amalan yg salah niat tidak diterima Allah (a.w). Kerana, kita wajib mengabdikan diri kepada Allah (a.w)semata-mata, kerana itulah perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat (yg maksudnya: Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia semata-mata untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah) kepadaKu). Syarat kedua itu adalah juga menepati ketetapan Allah (a.w) bahawa sesuatu ibadah dan amalan yg tidak menepati bentuk-bentuk serta cara dan kaedah mengibadahkannya atau mengamalkannya juga tidak diterima Allah (a.w). Inilah ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr (yg maksudnya: Apa-apa yg dibawakan (atau disampaikan) oleh Rasulallah (s.a.w)hendaklah kamu ambil pakai (atau terima dan kerjakan) dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu tinggalkan (i.e. jangan kerjakan)), dan sebagaimana yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan yg tidak dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka ibadah atau amalan tersebut tidak diterima Allah (a.w).
Oleh kerana itulah sebelum mengerjakan sesuatu ibadah atau amalan, kita wajib dapatkan ilmu tentang ibadah dan amalan tersebut terlebih dahulu. jangan ikut-ikut saja - orang buat kita buat tanpa kita sendiri semak ilmunya apakah itu yg dibuat atau disuruh atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w)? Ini adalah firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' (yg maksudnya: Janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya). Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam al-Hadith bahawa hendaklah kita berilmu dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan. Kita tidak booeh beramal atau mengerjakan ibadah tanpa kita belajar mengenai ibadah dan amalan tersebut terlebih dahulu. Jangan ikut-ikut orang. Kita wajib belajar dari mereka yg berilmu mengenainya, bukan melalui cakap-cakap orang atau dgn membaca kitab dan buku atau melali CD dan media seumpamanya. Ilmu yg haq dan benar dijadikan panduan itu adalah al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith).
Kita akan lihat dalam post-post yg akan datang implikasi perkara ini atau apakah ketetapan as-Sunnah dan kita akan tunjukkan bagaimana silap dan salahnya beberapa amalan kita kalau tidak disandarkan kpd ilmu al-Quran dan as-Sunnah,insya Allah.
Jazakallahu khairah
Askm, rujukan & tafsir Al-Quran Ok tapi kalau ada rujukan hadith yg specific itu lebih baik.
ReplyDelete