Thursday, December 23, 2010

Ibadah Haji: Post Mortem (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun selesai membuat 'post mortem' mengenai ibadah haji dan umrah kita. Kemungkinan besar ibadah haji dan umrah kita, dari segi pelaksanaan rukun qaulinya, rukun fe'linya dan rukun kalbinya' berlainan daripada ketetapan as-Sunnah mengikut perintah Rasulallah (s.a.w) 'khuzu anni manasikakum' itu. Kita rugi wang kerana ibadah haji dan umrah kita tidak diterima Allah (a.w). Tapi, kita tetap mendapat pelbagai pahala ketika membuat ibadah dan amalan di dalam Masjidil Haram atau, ketika di Madinah, di Masjid an-Nabawi. Insya Allah, Allah (a.w) yg memberikan tambahan rezki kpd kita tahun ini dan tahun-tahun depan untuk mengerjakan haji atau umrah sekali lagi, setelah kita belajar dgn penuh  istiqamah, manasik atau peraturan umrah dan haji dan kita telah faham ketentuannya yg menepati ketetapan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Islam itu mudah tetapi manusia yg menjadikan ia sulit bagi kita. Islam itu akan lebih mudah jika kita berusaha mengaji memahami al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith). Ia menjadi sulit dan complicated apabila kita dengar ceramah dan caka-cakap orang yg pula belum faham (faqih) tentang Islam atau kita beli kitab dan buku, dan kita belajar dari kitab dan buku yg dikarang oleh orang yg belum pula faham (atau faqih) tentang Islam atau kita dengar tape atau CD yg dibuat oleh orang yg juga belum betul-betul faham (atau faqih) tentang Islam. Orang itu faham Islam apabila dia belajar al-Quran (bukan setakat belajar membacanya dan menghafalnya, tetapi mengerti maksud dan isi mesejnya) dan mereka juga belajar as-Sunnah dengan mempelajari al-Hadith dari guru yg faham (atau faqih). Hanya mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah akan faham (atau faqih) tentang Islam dan syariatnya dan mereka dapat mengerjakan amalan dan ibadah yg sejajar dgn tuntutan as-Sunnah. Kerana ibadah dan amalan yg menepati as-Sunnah sahaja yg diterima Allah (a.w).
Maka dgn itulah Islam mensyaratka bahawa kita wajib beramal dan beribadah dgn sandaran ilmu. Allah (a.w) berfirman dalam Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: 'janganlah kamu kerjakan sesuau amalan dan ibadah dalam Islam itu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenai apa-apa yg kamu kerjakakan (i.e. amalan dan ibadah tersebut) [Ayat 36, Surah al-Isra']. Maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dalam Islam). [Hadith]. Ilmu yg haq dan wajib dipelajari oleh setiap orang Islam yg inginkan kejayaan akhiratnya adalah tiga sahaja, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan hukum faraid yg adil. Malah kita berdosa setiap saat dan ketika jika kita tidak lapangkan masa untuk mengaji al-Quran dan as-Sunnah, bukan mengaji bersendiri tetapi dgn panduan dan bimbingan guru yg faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah. Kerana Islam menetapkan bahawa menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam. Jika wajib tak buat maka pastilah berdosa. Dosa akan menjerumuskan kita ke dalam neraka kecualilah kita bertaubat kpd Allah (a.w) dan taubat kita diterimaNya.
Apabila kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, Allah (a.w) beri kita banyak pahala, seumpama pahala orang yg brjihad pada jalan Allah (a.w). Sedikit masa yg kita tumpukan mengaji al-Quran dan as-Sunnah, para malaikat mendoalan kjesejahteraan kita untuk akhirat kita, dan Allah (a.w) kurniakan pahala yg lebih baik dari dunia dan seisinya! Begitu banyaknya keuntungan yg kita perolehi semata-mata melapangkan sedikit masa untuk mengaji. Malahan, dalam perjalanan kita menuju tempat mengajai segala makhluk yg dijadikan Allah (a.w) akan berdoa kpd kita untuk kita, sehinggakan batu-batu dijalanpun mendoakan kita!
Dalam konteks ilmu dan mengaji ini, jika saudara ingin mengaji bolehlah respons kpd mana-mana post dalam blog ini dan berikan maklumat diri, alamat tempat tinggal, dan tel (lebih baik hp) yg pihak blog boleh kontek atau hubungi saudara/saudari untuk diaturkan pertemuan bagi menentukan tempat dan masa untuk mengikut kelas pengajian al-Quran dan as-Sunnah. Insya Allah saudara/saudari akan diberikan ilmu secara percuma.
Ilmu itu utama dalam membetulkan bentuk-bentuk ibadah dan cara serta kaedah mengerjakan ibadah dan amalan dalam Islam. Tanpa ilmu kita akan jadi sebagaimana orang lain menyembah tuhan mereka. Ikut kata-kata padri atau rabbi atau sami-sami mereka yg juga tiada ilmu mengenai tuhan yg mereka sembah. Tanpa ilmu orang mudah mengikuti ajaran sesat dari orang yg mengaku dia tuhan atau rasul atau nabi atau ulama' terkemuka atau jelmaan para nabi dan sebagainya. Akan jadilah orang yg berilmu dunia mengagungkan manusia yg mengakui bertemu dgn Rasulallah (s.a.w) atau mendapat mandat atau ilham dari Rasulallah (s.a.w) atau 'wahyu' dari  Allah (a.w) melalui mimpi dan seumpamanya untuk meminpin jema'ahnya. Akan ada orang yg mengakui wali dan kita percaya kerana kita jahil. Akan ada pula yg mengatakan ada jalan pintas ke syurga hanya dgn membuat sesuatu bentuk amalan yg mudah dan sebagaimnya. Islam itu mudah tetapi tidaklah semudah yg disebutkan pengajar ugama songsang atau oleh para ulama' yg mengakui mereka berilmu atau alim.
Untuk mendapat syurga itu mudah. Yg kita perlu hanyalah mematuhi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu: 'Taatkanlah Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah', kita akan dimasukkan ke dalam syurga'. Untuk masuk neraka lagi mudah, mengikut ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa', iaitu: 'Barangsiapa menentang Allah (a.w) (yakni, tidak akur dengan ketetapan al-Quran) dan kita menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, kita tidak akur dengan ketetapan as-Sunnah), dan kita melanggar had-had atau ketetapan khusus Allah (a.w), kita pasti dimasukkan ke dalam neraka'. Seseorang itu menentang Rasulallah (s.a.w) jika dia tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) pada firmanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu: 'Ambillah apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkanlah apa-apa yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w)'. Oleh itu bila Rasulallah (s.a.w) kata buat begini dan begini, kita wajib ambil pakai dan amalkan, dan jika Rasulallah (s.a.w) kata tinggalkan itu dan ini dan jangan buat begitu dan begini, kita wajib tinggalkan atau elakkan dari melakukannya. Jika kita akur, kita telah mentaati Rasulallah (s.a.w). Antara hada-had yg ditetapkan oleh Allah (a.w) termasuklah aurat, makan dan minum yg haram, buat yg ditegah, spt mencuri, menipu, membunuh orang, membunuh anak (spt membuang bayi dalam kandungan), berzina, dan minggalkan solat, puasa dan tidak mengeluarkan zakat dan tidak menginfaqkan sebahagian kekayaan dan harta pada jalan Allah (a.w) (i.e. fi sabilillah) dan sebagainya. Maka dgn itu sesiapa yg meninggalkan satu waktu solat fardu, dia menjadi kafir secara otomatik.
Untuk tahu apa yg disuruh Rasulallah (s.a.w) dan apa yg ditegahnya, kita wajib memplajari as-Sunnah. Ilmu as-Sunnah itu kita boleh dapati dgn mempelajari Kuttubul Sittah (iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunnah Abu Daud dan Sunan ibnu Majjah). Seseorang itu dikatakan berilmu apabila dia sudah khatam sekurang-kurang Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Lebih baik jika dia juga sudah khattam mengaji kitab-kitab hadith yg lainnya. [Nota: Ada 51 kitab-kitab himpunan hadith yg diketahui oleh para ulama' muhadithin, termasuklah kitab Imam Malik al-Mua'to', kitab Imam at-Tobrani, ad-Dalimi, al-Baihaqi, Musnad Imam Ahmad, al-Umm kita Imam as-Syafie. Malah seseorang yg mengakui dia itu pengikut Imam as-Syafie wajib khattam kitab al-Ummnya baru dia boleh diiktiraf sebagai orang yg faham dgn ajaran Imam as-Syafie. Kalu tidak dia hanya bertaklid buta, mengatakan itu dan ini dalam melaksanakan ibadah dan amalam mengikut Mazhab as-Syafie. Imam as-Syafie tidak mengajarkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan as-Sunnah, kerana dia juga seorang ulama' hadith yg ulong, tetapi mungkin tidak sehebat Bukhari atau Muslim atau an-Nasa'i dalam konteks ilmu al-Hadith]. Dalam post  ini kita telah tuliskan apa kata imam-imam yg dikatakan pengasas mazhab, termasuk as-Syafie. Dia  berkata jikalah ada sesuatu ajarannya yg bertentangan dgn as-Sunnah, hendaklah kita buang ajarannya dan ambil ketetapan as-Sunnah.
Orang yg alim atau berilmu itu adalah orang yg faham dan faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah, dia boleh memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah serta faham implikasi dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan bagaimana mengamalkannya dan dia sendiri mengamalkan apa yg dia tahu. Tidaklah dia pandai bercakap tetapi tidak melakukan apa yg dia cakap. Contoh: Kalau seseorang itu faham dan faqih as-Sunnah tidaklah dia bercakap tentang 'bid'ah hasanah' kerana, Rasulallah (s.a.w) categorically menetapkan bahawa semua bid'ah adalah sesat tanpa pengecualian! Antara sabdanya: 'Man amila 'amilan laisa amruna, fahua raddun' (yg maksudnya: Sesiapa yg beramal dgn suatu amalan yg tidak ada dalam perkara yg dibawakan olehnya, maka amalannya ditolak. [Hadith Bukhari dan Muslim]. Malah dalam hadith lain disebutkan bahawa seseorang yg mengamalkan bid'ah, mengajar atau menyemarakkan bid'ah tidak diterima taubatnya bila dia ingin bertaubat, segala amalannya tidak diterima dan dia secara tanpa disedarinya keluar dari Islam, wal iya zubillah! Oleh itu janganlah lakukan sesuatu amalan atau ibadah tanpa ilmu.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment