Monday, December 27, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum
Saudara, dalam post-post yg lalu kita telahpun lihat sedikit sebanyak ketetapan Islam tentang ilmu dan kefadhalan atau keutamaan atau kemanfaatan belajar ilmu dalam Islam. Insya Allah kerana utamanya kita menghapuskan kejahilan kita tentang Islam dan syariatnya, terutama tentang amalan dan ibadah yg diterima Allah (a.w), apakala kita ibadh dan amalkan, maka kita ulani penelitian kita tentang ilmu.
Saudara, semua kita menanggung dosa setiap saat dan ketika dan setiap hari dalam hidup kita apabila kita tidak berusaha untuk mempelajari ilmu mengenai Islam. Apabila kita berdosa, dan dosa kita tidak ditaubatkan, dan Allah (a.w) tidak menerima taubat kita, maka kita pastilah calun neraka, wal iya zubillah. Inilah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Talabul 'ilmi faridatun 'ala kulli Muslim ...' [Maksudnya: 'Mencari (dan menuntut) ilmu itu adalah wajib atas setiap orang Islam...'[Hadith ibnu Majah]
Saudara, ingatlah setiap dosa itu pasti akan menjerukuskan kita ke dalam neraka untuk dibersihkan. Kecualilah kita brtaubat dan taubat kita diterima, maka terhapuslah dosa-dosa tersebut. Kalau kita tidak berusaha melapangkan masa untuk belajar ilmu, maka kita sentiasalah mendapat dosa, seain dosa-dosa lain dari apa kesalahan atau kemaksiatan yg kita kerjakan setiap hari.
Namun, ramai para ulama' mentafsirkan hadith ini sebagai merangkumi gesaan mencari ilmu dunia. Ini tidak betul. Allah (a.w) tidak lihat kpd dunia, malah dunia tidak ada nilai pada Allah (a.w). Maka dgn itulah Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran Allah (a.w) mengajak hambaNya, i.e. kita, untuk mencari akhirat, kerana, antara lain, kesenangan dunia itu adalah kesenangan yg menipu dan amat sedikit kemanfaatnnya dibandingkan dgn kesenangan akhirat.
Saudara, ilmu yg dimaksudkan itu adalah dua (atau, tiga) sahaja seperti ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b 'Amru b 'As bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wa-ma siwa zalika fahua fadlun; ayatun muhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun 'adilatun' [Maksudnya: Ilmu yg wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa selainnya (i.e. ilmu yg selainnya) adalah baik; (adapun yg wajib itu adalah) (pertama) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yg tegak (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yg adil.] [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
Saudara, hanya dengan ilmu kita faham Islam dan syariatnya. Kita faham bentuk-bentuk pengibadahan dalam Islam, serta kita tahu cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah, dan tidaklah kita menjadi pak turut atau bertaklid buta kpd orang yg kita anggap berilmu atau alim. Hanya dgn ilmu kita pasti segala ibadah dan amalan kita diterima Allah (a.w). Orang yg alim itu adalah orang yg berilmu. Dan, dia dianggap alim atau berilmu apabila dia faqih dalam ilmu-ilmu yg disebutkan itu. Orang alim mengamalkan ilmunya.
Dalam post yg lalu kita diperingatkan bahawa Allah (a.w) amat murka kpd orang yg pintar dan bijak dalam ilmu dunianya, tetapi jahil atau bodoh dgn ilmu ahiratnya. Jika Allah (a.w) murka, maka sukarlah untuk mendapatkan kerahmatannya, kecualilah kita perbaiki diri kita dgn mendalami ilmu akhirat tersebut. [Nota: Seperti ketetapan hadith di atas itu, ilmu akhirat itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dan, kita diberitahu bahawa segala ibadah dan amalan, jika tidak menenuhi dua syarat tidak diterima Allah (a.w): pertama, niatnya betul, menepati Ayat 36, Surah al-Isra'; dan kedua, ibadah dan amalan kita itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (atau, pendeknya, menepati kaedah dan cara yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika, niatnya songsang atau tidak sejajar dgn sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka tidak ada gunanya.]
Saudara, banyak keuntungannya belajar ilmu tersebut. Tidak kurang fadilatnya adalah mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu seumpama berjihad 'fi sabilillah', i.e. berjihda pada jalan Allah (a.w)..Jika ditakdirkan kita mati dalam perjalan, Allah (a.w) janjikan syurga secara otomatis. Rasulallah (s.a.w) memberitahu, sepetang atau sepagi kita belajar ilmu tersebut, lebih baik dari dunia dan segala isinya! Begitulah besarnya fadhilat belajar ilmu. tapi, oleh kerana fadhilatnya hanya diterima di akhirat, kita tidak berikan keutamaan, berbanding dgn kalaulah kita dijanjikan wang ringgit dan kekayaan atau kemewahan dunia! Ada banyak lagi keuntungan yg kita dapat apabila belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Insya Allah kita akan teliti dalam post-post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment